Sentuhlah saya

26 August 2011

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat tengah hari semua.
Aku masih di opis kerana EN.suami ada kerja yang perlu diselesaikan.

HAri ni mood aku agak tercalar sedikit.dan aku memohon maaf kepada si kecil di dalam perut kerana mummy dia terlepas cakap mencarut tadi.

Mau aku tak hangin,naik2 opis je,banjir.Basah ok karpet.Panas betul hati aku,owner bangunan lak sengal,aku dah bagitahu hari tu siling opis ni bocor.Karang kalau aku dah naik minyak jangan tanya kenapa.

Aku nak kena lap segala kebasahan yang menimpa mesin photostat.Sibuk mencari file yang lama2 atas permintaan orang lain dan hampir2 tersembam ke lantai akibat tersandung wayar yang panjang.

Cukup sudah membuatkan mak buyong ini naik minyak di hari jumaat.

Tapi malas nak taip banyak2 perut aku sakit tiba2.aku mabuk dan nak baring.

Apa pun selamat hari raya maaf zahir dan batin.ampunkan kalau ada tersalah taip atau sengaja mencarut atau yang seangkatan dengannya.Memandu dengan berhati2,shopping dengan berjimat cermat.

15 August 2011

Berat hati

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi diary.

Minggu ni aku ada urusan penting yang perlu diselesaikan.BErkaitan dengan hidup dan masa depan.

Tapi aku rasa berat hati,aku yakin dengan langkah aku.Tapi itulah semakin hampir dengan hari yang dijanjikan aku rasa berat hati.Aku lebih yakin dengan kata hati.

Orang kata ikut hati mati.Tapi itulah memandangkan keadaan aku sekarang,rasanya aku kena nekad dalam berbuat sesuatu.

Susahnya kalau dah berat hati.Aku selalu mintak dengan tuhan berikan aku KESENANGAN dalam setiap KESULITAN yang aku hadapI.Cuma aku nak kena cekal dan kuat.En.suami selalu ada kat sebelah aku,apa yang aku perlu takutkan?

Tapi kalau ikut kepala gila aku,hahaha..memang kasi settle lepas pantang je tahun depan.Hahahaha.En.suami selalu je cakap 'saya selalu rindu perkara gila yang awak buat'.

Sekarang mana nak datang gilanya oi...dah mahu jadi mak budak.Hahaha.Muhasabah diri sikit.sedar diri sikit.Hahahaha.

Tak apalah..aku memang sengal kadang2,suka buat sesuatu dengan pemikiran gila aku.Tapi kadang2 perkara gila yang kita buat lebih berbaloi berbanding perkara yang siuman.Isk..apakah aku ni.Hahahaha.

Oklah..selamat berpuasa.

12 August 2011

Fuhhhhh (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia..


Huhuhuhu...sambil menahan kemabukan yang melanda aku gigihkan juga nak menaip di dalam diary usangku ini.*motip nak tulis usang :p

Semenjak seminggu yang lepas kesihatan aku agak merundum,mungkin sebab emosi tak stabil atau aku terlalu banyak berfikir atau sebab aku berpuasa.*aku memang tak kan salahkan puasa.

Hidupkan?memang banyak masalah...terutamanya orang yang macam aku ni.Hahaha.tak ada masalah tapi selalu cari masalah.Eh,macam tak tahu nak kongsi macam mana masalah aku tu.I malu noks..hahaha *lempang diri sendiri.

Tukar topiklah..erk..
Kan aku dah bagitau yang aku tak sihat tu kan,malam kelmarin aku rasa bahagian pinggang aku pedih dan sakit semacam sampailah ke bahagian perut.Aku tak boleh bergeraK langsung, tak boleh bernafas...subhanallah.Sampai aku terfikir 'kalaulah sakit ini sikit peratusnya daripada sakit semasa melahirkan anak...'...subhanallah..sakit yang melampau.

Bangun pagi aku memang tak larat nak buka mata,sebab sepanjang malam aku tak boleh tido. :'(
Sakit yang membuatkan aku tak mampu nak menangis pun...terlampau.

Aku terus ajak En.suami pergi klinik chek,apa masalah aku.Dalam kepala aku...aku tak terfikirkan diri aku langsung.Yang aku fikir cuma anak..anak dan anak.Dia ok ke kat dalam?dia sihat ke?aku puasa ni dia ada masalah tak?sementara menunggu En.suami siapkan kerja aku usap perut sambil menangis sendiri.Yelah,kita memang harapkan yang baik2 je kan?tapi kalau ada sesuatu berlaku pada dia,tentulah aku tak dapat nak maafkan diri aku sebab tak pandai jaga diri sendiri.


Doc pegang bahagian yang aku adu sakit.Lepas tu dia buat kesimpulan yang bermasalah buah pinggang aku,mungkin air kencing kotor.Aku terus cakap nak scan nak tengok baby,aku risau.Doc cuma senyum,faham kot perasaan orang first time preggy ni.

Masa Doc sapu gel scan kat perut aku berdoa dalam hati,janganlah si kecilku ada apa2.harap2 dia sihat.Dan....Subhanallah...aku terpaku tengok monitor scanner tu.Si kecilku dah nampak bentuk dan sifatnya.En.suami pandang aku sambil tersenyum lebar.

Doc: see u'r baby.Ibu dia tak makan pun dia boleh bergerak aktif,nampak tu jantung dia,tangan dia,kepala dia.

Aku:Ya Allah,dia tengah berguling ke tu doc?

Doc:Yes.Baby awak sangat aktif,nampak dia tak berhenti bergerak.Ada je pergerakan dia.

Serius sebak..terharu..indahnya ciptaan tuhan walaupun hanya di dalam perut.Dia sihat dan cergas.Aku dan En.suami terdiam lama sambil tersenyum sendiri.

Lepas scan doc nak tengok urine aku.Huahuahuahua..dengan rasa gumbira dah tak fikir diri sendiri ambil bekas terus buat urine test...and the result is..

Doc:Kuman dalam urine awak memang sikit,tapi kalau tengok result urine memang tak berapa bagus.Awak nak kena banyak minum air,kalau kencing kotor berterusan ianya akan mendatangkan kesan pada baby.

Dan2 masa tu En.suami terus tenung aku tajam.*okey..aku takut..hahaha

Dari mula ambil ubat kat kaunter,sampai masuk kereta,sampailah kat depan rumah..fuh penuh taik telinga aku sebab dengar En.suami membebel.Akibatnya,semalam MIL rebuskan air barli.*Air barli ni bagus untuk cuci kencing kotor.

Dan akibat yang lain pula,En.suami yang sediakan air untuk makan ubat dan sebagainya,dia tunggu depan mata aku ok.Kalau tak tertelan memang dia ugut aku..'sayang baby tak?'

Huwawawa...memanglah aku sayang baby.sebab tu aku telan walaupun ubat tu busuk ya ampun.

Tapi tulah,aku ni kadang2 lupa hakikat kejadian.Allah dah beri kelebihan pada wanita hamil,tapi bila sakit aku selah2 mengeluh macam tak bersyukur.Astaghfirullahhalazim..mintak dijauhkan aku dari sifat mengeluh tu.

Aku set dalam minda aku,normallah kalau wanita hamil selalu tak sihat.Nama pun hamil,perubahan hormon dan sebagainya.


Aku selalu cakap dengan si kecil..'Tak apalah sayang,mummy sakit sikit je.Yang penting sayang sihat kat dalam'.

Aku ni bukanlah pandai sangat nak berkomunikasi,tapi katanya mummy to be kan.Haruslah belajar banyak perkara.

*Rezeki di bulan ramadhan,kami dapat sesuatu dari benua Eropah.Alhamdulillah.Tapi rasanya macam awal sangat.Erk..tak pe lah Baby, Pak ngah & Mak ngah awak excited tu.Mummy dengan Babah layankan je.

Selamat berpuasa semua,doakan semoga kesihatan aku semakin baik dan segalanya berjalan lancar.Aku juga berharap agar Tuhan memberi kesenangan dalam setiap kesulitan yang aku hadapi.Untuk korang begitu juga.


09 August 2011

Queen control (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia.hehehehe.

See...since preggy ni aku memang malas sesangat nak update belog..muahaha.
Melayan sickness sepanjang hari.

Ok2...aku tak nak melalut.Jom kita pergi kepada tajuk entry yang tak panas tapi boleh bikin hati aku panas.hahahaha

Malam tadi kami (aku,En.suami dan MIL) berbual pasal kawan baik.
Tiba-tiba TERmengumpat kawan En.suami :p

MIL:Pis (En.suami),kau jangan kawan dengan si *** tu lagi,mak tak suka.Ada ke patut dia burukkan kau kat abang ipar kau sendiri.Depan kau sikit punya baik belakang kau mulut dia jahat.

En.Suami:mana mak tau?

MIL:abang ipar kau sendiri cerita dengan mak.kau tengok,kau bagi dia pakai lesen nak dapatkan projek,bila projek dah dapat,apa kau dapat?duit?jangan haraplah makin dia buruk2kan kau ada.

Aku:dia cakap apa mak?

MIL:dia kata apis (En.suami) dah tak macam apis yang dulu lagi,apis sekarang dah lain.Apis yang sekarang TAKUT BINI.

Okey masa ni muka aku dah berubah nak bertukar jadi HULK.

Aku:subhanallah,sampai macam tu sekali mak?

MIL:iyelah,sebab apis malas nak keluar melayan dia.Dia cakap macam tu dengan abang ipar kau.Dah pis,kau jangan kawan dengan dia lagi.Dari dulu mak cakap budak ni tak boleh percaya,kau tak nak dengar.

Aku:Mana saya tak bising mak,bila waktu berkerja diaorang dah lepak minum,dah jumpa,eh tak kasi apis balik tengah hari makan tengah hari dengan saya.Nak melayan dia,dah lah petang nak kena minum petang dengan dia.Tak cukup tu lepas maghrib dia telefon lagi ajak keluar.Habis saya ni apa?isteri ke patung kat rumah ni?

Masa ni memang aku cakap tegak-tegak je.En.suami terdiam tengok muka aku.

En.suami:sebab tu saya mana ada keluar dengan dia lagi.MAlas saya nak melepak dengan dia.Bukan ada HASIL pun.Ni duduk lepak minum cerita projek tak habis-habis.Hujung-hujung saya kena bayar.kalau sekali minum RM5 tak pe,ni sekali bayar amik kau RM20 ke atas.

MIL:dia kan dah ada isteri dan anak,apasal tak duduk rumah layan anak bini dia?Kau dah kahwin,layanlah bini kau.Kalau nak hidup macam orang bujang buat apa kahwin dulu.Ni bini tengah mengandung memanglah nak perhatian lebih,dengan siapa bini kau nak berkepit kalau bukan dengan kau.Dah-dah tak payah kawan dengan dia lagi.




Panjang plak aku taip,hahaha.Tujuan aku cakap macam tu bukan untuk berkurang ajar.Aku sayang suami aku,dosa kalau aku sakitkan hati dia.Kau jangan risau aku dah mintak ampun malam tadi sebelum tido.Aku cuma luahkan apa yang aku fikir.Ye MIL sangat open minded,aku selalu bincang hal-hal macam ni dengan dia.Kadang-kadang En.suami ni selalu je sebelahkan kawan-kawan dia.yelah orang tengah berkawan mana nampak buruk kan?

Awal-awal lagi aku dah tak senang,kau bayangkan kalau siang malam nak keluar.Mana aku boleh tahan.Memang aku membebel sampai merajuk.Baru En.suami okey sikit,lepas tu mula lagi...masa ni aku dah tak da tolak ansur.Aku siap cakap dengan En.suami,aku memang tak percaya kawan dia tu,mesti diaorang akan bergaduh jugak nanti.Masin kau mulut wanita mengandung ni.huhuhuhu.

Tak cukup dengan tu,bila En.Suami tak nak melayan si kawan ni,dia canang plak dengan biras aku yang En.suami ni takut bini.kejadah macam haram okey.

Aku akui aku memang kasar dan garang,selalu je naik angin.Tapi aku tak pernah nak putuskan apa-apa yang berkaitan dengan hal En.suami.Dia dah matang tahu berfikir sendiri,tapi kadang-kadang suami pun perlukan guideline dari isteri.

Malah sebaliknya aku yang takut dengan En.suami sebab dia tegas.KAu dah gila nak jadi queen control?tak cium bau syurga okey.Tak nak aku.

Dia kata suami aku takut bini sebab,tiap-tiap kali lunch hour.En.suami akan balik rumah makan,rehat dan solat.KAdang-kadang aku dengan En.suami membuat waktu tengah hari.Salah ke Suami aku balik rumah dan makan,dan salah ke kalau suami aku bawak lunch kat luar sebab itu memang tanggung jawab dia bagi aku makan.

Bukan mangkuk ayun ni sorang je cakap suami aku takut bini,memang dah ada orang lain gak cakap.Tapi keadaan sebenarnya cuma aku dan En.suami yang tahu.Eh buruk sangat ke perangai kalau setakat nak melayan isteri,nak manja-manja dengan isteri?kau dah ada bini,ulit lah bini kau.Yang lain tu,korang tak kahwin lagi bolehlah cakap macam tu sebab tak da tanggung jawab.

Kalau dah kahwin tapi 24jam asyik nak melepak je,baik tak payah kahwin.

Aku ni tak adalah nak zalim sangat,kau tanya suami aku pernah aku sekat dia pergi main snooker?pernah aku sekat dia nak lepak minum dengan kawan,pernah aku sekat dia nak keluar malam?

Semua ada limit,tak kan pukul 9 malam kau keluar pukul 3 pagi kau baru nak balik kan?kalau siang dah melepak tak kan malam pun nak melepak lagi?agak-agaklah der....isteri itu amanah.

Aku memang selalu je tanya En.suami kalau dia keluar atas tujuan apa.Dia jujur bagitau nak lepak dengan kawan.Aku okey je,tapi janganlah balik lewat.aku tak suka tidur sorang-sorang.

Adakah dengam memahami masih lagi dikatakan sebagai 'queen control'.Aku tak pernah anggap suami aku takut dengan aku,tapi dia hormat dan sayangkan aku sebab tu dia selalu layankan kehendak aku.

Apa yang aku nak dia tak layankan?aku rasa semua suami sama.Dia sayang isteri dia,sebab tu dia sanggup korbankan waktu kat luar.Kadang-kadang aku bukan suruh dia duduk rumah pun,tapi dia yang rela nak membuat sepanjang hari.Adakah itu pun sebab takut bini?

Banyak kali kalau aku nampak dia macam stress,aku akan picitkan kepala dia dan suruh dia pergi main snooker dengan kawan-kawan.Supaya hilang stress dia tu.Tapi ada orang tahu?haish...tulah manusia tahu bercakap je.Kalau benda tak betul,bukan ke itu dah jadi fitnah?

Dulu pun ada kawan En.suami cakap hal yang sama,hah sekarang tengok bila dah berkahwin,asyik kepit bini je.Sebab?sebab dia sayang.Kalau belum kahwin kau memang tak faham,sebab bila dah berkahwin banyak benda kau nak kena fikir.Hal kecil pun kau kena ambil tahu.

Fuhh..penat aku menaip bulan pose ni.karang kalau taip banyak-banyak tambah dosa pulak.Haish..aku harap manusia macam ni akan terkunci mulut dia bila diaorang dah ada tanggung jawab nanti.HAh masa tu baru kau tahu bukan mudah KAHWIN ni.

Hahahahahahahaha :p

03 August 2011

Maaf

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi...
salam ramadhan.


Maaf aku dah lama tak update sebab ada hormon malas nak update,memandangkan kesihatan merundum dan mabuk yang masih teruk....aku memang tak da rasa nak update apa.

Sebenarnya aku tengah betul2 down ni...lemah semangat yang sangat2...ada masalah hidup...huhuhu melibatkan masa depan.

Ya allah aku harap tuhan mudahkan segala yang sulit untuk aku dan 'si kecil'.

Aku tak mahu stress sebab nanti beri kesan pada taraf kesihatan aku dan dia..

Alhamdulillah dah berapa hari puasa ni,aku mampu untuk berpuasa walaupun mengalami mabuk yang sangat teruk.

Malam tadi beberapa jam selepas berbuka puasa,aku muntah.Semua yang aku makan masa berbuka keluar balik,lemah rasanya.

Dengan emosi tak stabil ditambah dengan masalah hidup lagi.Ya allah...aku redha je.Betul aku memang dah tak da semangat.Keyakinan diri pun dah hilang.TEruknya aku sekarang ni.

En.suami risau kalau aku sangat tertekan nanti baby yang terkena tempiasnya.

Entahlah,aku cuma rasa perasaan aku sangat kosong sekarang ni.

Ok lah.selamat berpuasa...banyakkan amalan.