Sentuhlah saya

06 July 2011

Pendengki :p

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang :p

Update sambil baring kemabukan.
sebelum aku start bercakap pasal aku seorang pendengki,aku nak cakap sikit pasal blog.
Muahahaha...aku hanya seorang penulis biasa,yang menjadikan blog sebagai wadah peribadi.Sebab tu aku jarang nak bagitahu kawan-kawan yang aku ada blog,mintak elak kalau mereka nak follow.hahahaha

Tak semua orang aku bagitau,kecuali orang yang aku rasa tak kepochi..mungkin.hahaha
Dalam blog ni melibatkan semua orang dalam hidup aku,kadang-kadang terfikir,kalau ada yang terbaca dan menyampaikan,tapi aku ambil langkah...'ada aku kesah'.

Tapi tak boleh juga macam tu,alahai entahlah.apa yang aku sampaikan kadang-kadang hanyalah luahan hati dan perkara-perkara yang betul-betul berlaku dalam hidup.

Kadang-kadang aku rasa..erk tak pe lah tak ramai follower,sebab tak ramai tahu apa yang aku tulis.tujuan asal hanya nak dapat 'A' dalam subjek Bahasa dalam multimedia 3 tahun lepas.hahaha

Sekarang aku tulis ikut suka,sebab aku rasa yang baca majoritinya tak kenal aku siapa dan tak pernah jumpa aku.*aku bahagia :p

aku cuma harap kalau ada kawan-kawan yang baca,tolong simpan segala yang kamu baca sebagai rahsia di dalam blog sahaja.hahahaha.tak payah nak bagitau dalam facebook....sebab dalam facebook ramai kepoci..i dont like.Bukan takut,tapi sekarang banyak hati aku nak kena jaga,lebih-lebih lagi kesian En.suami.huhuhuhuhu....

ok berbalik pada pendengki...huahuahuahua..aku ni seorang yang pendengki.aku tak suka tengok orang lebih dari aku,lebih-lebih lagi orang yang poyo,kalau tak aku okey je tak pernah jadi pendengki hahahaha.

Tapi terpulang kau lah kan nak poyo ke apa hahaha,selalunya kalau dalam facebook orang selalu menunjuk dekat post,tapi dalam belog boleh post gambar sekali dengan penerangan.kan?

Lagi kalau ada kawan,belum buat apa-apa lagi dah gebang lebih,cerita macam nak rak padahal alahai kesiankan kau.hahahaha *keji,nampak tak aku pendengki?

Kadang-kadang macam kesian ok,benda tak pasti tak payahlah nak gebang sampai satu dunia tahu,bila tak jadi kau sendiri yang makan hati + stress.Ni belum apa-apa kau dah beria-ia.

Contoh macam kau nak buat birthday party,kau cerita dengan semua orang nak buat dekat club,bf kau support bagai,lepas tu nak mintak kereta porsche dengan bf kau sebagai hadiah besday.Hujung-hujung bf kau outstation,besday party tak da hadiah besday pun tak nampak.

Ok ni contoh gebang yang melampaulah.
Hahahaha.saja bagi contoh :p

Kalau aku,bila berhadapan dengan orang macam ni,aku pun terus jadi gebang lebih *berlagak.
kalau diaorang cerita pasal entah pape,aku pun nak lagi best dari diaorang,hahaha...kalau dia cerita apa harta yang dia ada,hah aku pun mulalah menyiramkan minyak petrol ke dalam api,bakor lebih sikit baru best.hahahaha

Eh,tapi janganlah kau cerita yang bohong,tak best.kau cerita yang real yang memang kau ada dan memang berlaku kat kau,bagi tercengang sikit,nak gebang pun jangan tambah dosa.hahaha,menipu namanya.

Kalau kau nak membohong nasihat aku lebih baik kau diam je,tadah telinga sampai bernanah dengar orang bergebang lebih.hahahaha

Takkanlah,husband kau bawak gi makan kat hotel hari-hari pun kau nak cerita kat orang,maksud aku kat orang yang tak tahu langsung pasal hotel..eh apakah..hahaha.kau nak gebang kau cerita dengan orang yang sama standard dengan kau yang hari-hari pun melantak dekat hotel.

Kau hengat makan kat hotel hari-hari sedap?huahuahuahua setakat kat batu pahat ni,mana ada hotel standard macam kat KL tu,aku pun sampai pujuk En.suami gila-gila nak buffet lunch kat prince hotel.Sebab sedap..hahahaha..mengada.

Nah bila dah mabuk,amik kau satu benda pun aku tak hingin ok.

Maksud aku kat sini,kalau belum ada sesuatu yang pasti toksah gebang-gebang dulu.Bila dah confirm kau nak gebang satu dunia pun tak heran dah.

macam aku dulu,tengok orang sibuk bertunang aku jeles.
sebab aku tak da perancangan nak bertunang.Tapi benda terjadi tiba-tiba.only he knows why.
Hari ni cakap nak bertunang,hujung bulan depan aku dah bertunang,pasal kahwin pun sama.tarikh aku yang pilih.dan semua orang setuju.Terus kahwin juga.mula-mula nak ikat setahun sebab tak da duit.tapi mama aku paksa kahwin cepat.huih 10 bulan cepat jugalah.

Lain orang lain cara.The best part,aku mengimpikan yang simple sahaja untuk majlis,tapi insan-insan kesayangan all out dan buat terbaik untuk majlis aku.nak harapkan aku?asal boleh ok.hahaha...pengantin bajet.sebab tu aku bila orang sibuk gebang lebih ni,aku dah malas nak layan....huahuahuahuahua.

Ada member aku,relax je dapat suami kaya gila,tak da nak gebang lebih.sekali kahwin nah amik kau hantaran je boleh buat down payment rumah 1 juta ok.Kalau tengok barang hantaran dia menangis dowh...:')

aku yang menangis hahaha,dia dapat mercedez 2 pintu,jam tangan rolex,handbag chanel ada 3 biji,set barang kemas ada 2 (serba duduk),kasut chanel..adeh...memang meleleh tengok hantaran dia.tu belum duit hantaran lagi.masa tunang je dah dapat chanel 2 biji,sunglass LV.Gila wei,telan air liur je.aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku dapat.

Itu rezeki dia,yang penting jangan gebang lebih.Eh tapi hantaran kawan aku ni betul.Kawan-kawan yang pergi je tau betapa untungnya dia.hahaha..untuk perempuan materialistik macam aku memang jeles dengan dia.hahahaha

6 comments:

DawaiKokot said...

hahaha....aku tau sape yg ko citer ni beb....crius dgr adik aku citer sal preparation kawen die jek..perghhh...brdarah ah hidong...kl la ade org nk sponsor aku mcm tu...mmg senyum smpai ke telinge jek la atas pelamin tuh.....tp bak kata umi aku...ukur baju di badan sendrik...maka aku pon adalah calon..'pengantin bajet a.k.a kedekut'...huhuh

syazana said...

DawaiKokot:
PErgh..hantaran dia memang meriah gila babe.serius.Berdarah hidung tengok.Yang tak leh blah dia dapat kereta tu.menangis 10 tahun kau aku tengok.Harga handbag dia sebiji je dah boleh bayar katering ok.Memang rezeki dialah dapat lelaki kaya.Tapi aku suka,dia tak sombong pun walau dah mewah macam tu.Dan dia masih ingat nak jemput aku.

cIk pEnNa said...

hahahah..panjang gile..
x pe2...kite x sampaikan apa2 pd org ye..
kite diam2 aje..
syhhhhhhhh..
hihihih

:)

husnalalink said...

wahh..along..aku tumpang berdarah hidung jugakk(hahaha)..memang bertuah badan kawan ko tue yee..tuan badan siapa yg tahu kan? ko kata nak menanges 10 tahun? hahaha..kelakor gile long ayat ko niee..heheheh..gelak sensorang aku..hehehe..

lily lotus said...

perghh nanges gak dgr..huii bertuah betul

syazana said...

Cik Penna:
hahahaha..diam2 tau... :p

lalink7:
Betul una menangis tau tengok hantaran dia.Memang rezeki dialah.

lily lotus:
Kita yang tengok ni dah menangis pun haha,amik sekali borong chanel sampai 5 plak tu.Mau tak pitam menengok.Sekali dapat kereta pulak..hahaha aduhai.Jeles~...hahaha