Sentuhlah saya

22 April 2011

Tak da duit pun boleh kahwin.

Assalammualaikum w.b.t


Selamat petang.





Aku dah macam zombie,tak cukup tido.MAlam tadi mama kena tahan kat hospital sebab hyper gastrik.aku tak tahu caman dia boleh kena.Kol 12.45 a.m angah col bagitahu,terus bersilat aku bangun tido.Berderau darah aku.





Kau bayangkanlah,johor bahru dengan kampung aku amik masa sejam lebih nak sampai,dahlah aku rasa ayah aku drive laju macam mana pun macam tak sampai-sampai je.





Kau bayangkan apa perasaannya,memanglah angah kata mama okey tak ada apa-apa.Tapi hati orang yang belum sampai dan tengok ni.Rasa macam nak pengsan je dengar.Setiap 15 minit aku call angah tanya keadaan mama,sampaikan angah naik rimas.





OK2..kau jangan risau sekarang ni mama aku dah okey,aku baru je call dia kat tempat katering.Adeh...pening aku.Aku yang naik risau.Majlis minggu depan,bukan aku je yang kena jaga kesihatan.Dia pun sama.





Okey.melalut..aku nak cakap pasal 'Tak ada duit pun boleh kahwin'.


Hahahaha...ok.ni ditujukan khas untuk aku.sekian terima kasih.





Untuk pengetahuan kau,aku adalah manusia yang tak habis study dan tak ada kerja tetap yang bergaji best.


Aku cuma tolong En.tunang dan abang ipar dia buat kerja kat office.Elaun bulanan aku adalah RM800.00.



Dalam zaman sekarang kau rasa cukup ke?


hahaha..jangan cakap apa-apa.


Terpulang pada kau nak kata aku gedik nak kahwin ke apa.TApi hakikatnya aku redha rezeki kahwin aku sampai dulu.

Duit gaji aku,aku simpan dan buat belanja sikit-sikit.selebihnya ditanggung oleh En.Tunang.Hahaha..bunyi macam pisau ciukur.ada aku kesah.orang nak bagi,aku tak mintak.Orang kata rezeki jangan ditolak.

Aku sedar diri,dan aku ada bajet tertentu dalam merialisasikan impian,prinsip aku 'Sederhana tapi Sempurna'.



Bermula dengan Katering:


Bahagian ni disupport 100% oleh orang tua aku.Sekian terima kasih.hahaha :p


Dalam family mama aku,kalau salah seorang nak buat kenduri atau kahwinkan anak,adik-beradik lain akan 'menderma' dalam erti kata lain 'support'.Walau tak banyak pun sikit.KAlau jenis yang banyak duit tu,memang akan support banyaklah,contoh macam kambing,ayam atau lembu.Tapi kalau yang kurang duit sikit,diaorang akan belanja goodies atau kuih-muih.Alhamdulillah rezeki nak kahwin,orang tua aku kata,jangan risau semua akan diselesaikan walau sulit macam mana sekali pun.




Dituruti dengan Tempahan dewan serta peralatan:


PArt ni aku selesaikan sendiri,sewa dewan tak mahal hanya RM150.00,yang jadi mahal sebab deposit RM200.00 belum ++++ dengan sewa red carpet+meja panjang + bla..bla..


Dewan dan meja aku sewa dengan Majlis perbandaran.Meja bulat dan kerusi untuk tetamu aku sewa dengan orang lain.Bab tu mama aku settlekan.Meja utama ,pak andam settle,meja buffet ayah aku settle.pergh..orang tua aku banyak beri kerja sama.Sekarang yang jadi masalah Reben untuk kerusi..alahai..kena beli pula.

oKey,untuk majlis berinai selepas nikah,nasib aku baik.sebelah rumah nenek aku ada dewan terbuka.Maka tiada kos di situ kecuali bayar bil air dan elektrik.Alhamdulillah =)



Diikuti dengan pelamin serta andaman:


Aku berangan nak buat seperti fairy tales.Berangan saja.sebab ada andaman yang superb dia kenakan bayaran pakej sebanyak RM8k keatas untuk tema seperti itu.Kau bayangkan,kalau 8k hanya untuk majlis bersanding macam mana dengan majlis berinai?*mati.



Aku x da duit.aku tak mampu dan aku tak nak berangan tinggi-tinggi.nanti aku lebih jealous tengok majlis orang lain.Jadi muhasabah diri.Kita buat apa adanya.Sebab kalau kita nak sama gah macam orang lain,sedangkan kita tak mampu,sanggup ke nak berhutang semata2 nak buat pelamin yang gah gila dan jadi sebutan ramai sampai orang meleleh air liur tengok pelamin kau?hahahahaha

Kalau aku..memang x da maknanya.Konsep aku sbnrnya agak simple berbanding sekarang ni.Tapi bila nak kahwin kadang2 kau perlu fikir banyak perkara juga,niat aku memang nak buat seperti apa yang aku inginkan tapi aku ambil kira perasaan dan pandangan orang tua aku juga.

*ye aku anak yang baik tak payah puji lebih2..wakakaka.pengsan.

Aku amik pak andam yang mengandam aku masa tunang.Aku jumpa dia dan nyatakan bajet aku serta bagitau dia apa yang aku nak.Alhamdulillah,dia boleh buat dan beri apa yang aku nak.Sepatutnya aku kena bayar lebih dari bajet aku,memandangkan aku request baju baru.TApi dia kata 'tak perlulah,sebab awak boleh bertolak ansur dengan kita'.

Hahahaha...rumah tunang aku pon amik dengan andaman yang sama.ok lepas majlis baru aku kasi tau pakej dan harga ye.Yang penting tak melebihi 8k untuk dua2 belah pihak.


Seterusnya adalah goodies:
Ni bab paling simple.HAhaha...semua parents aku settle.Goodies untuk kawan2 aku pun mama aku yang belikan.yeay..hahaha*aku tak mintak tau.aku ni kalau boleh semua sama je.

Yang ni rahsia juga.kalau bgtau awal2 nanti kau kutuk aku.hahaha

Tapi ada kawan ayah yang sangat baik hati,kemungkinan besar dia nak support separuh dari goodies.Kami terima apa adanya.Alhamdulillah (^_^)


Kemudian adalah barang hantaran:
Fine,terus-terang kami spend duit yang banyak untuk ini.sebab ikut nafsu dan kehendak masing2.hahaha..dia listkan segala barang dan kami cari bersama2.ops bukan pakai duit dia sorang ye,dia beli untuk aku dan aku beli untuk dia.adil kan?tapi dia ni demand..hahaha..tak leh blah.Paw aku gila2..hahaha *selama ni aku paw dia gila2 sampai poket dia rabak,dia relax je.hahaha

Umpama dia kata,'kita akan pakai barang2 ni yang,alang2 beli biar yang kita puas hati'.
Hahahaha..aku ok je.lalala~

Tapi ada salah satu barang tu dia memang hadiahkan khas untuk aku.hahaha.
kau jangan expect aku dapat handbag LV ke,Chanel ke.mak tak mampu noks.kau hengat bakal laki aku cop duit.hahahaha.Biasa2 je,kembali kepada konsep asal.'sederhana tapi sempurna'..untuk kami lah :p

Untuk belah aku,kira 30k jugaklah habis,tapi bakal suami lagi kesian..huhuhuhu..banyak seyh dia habis..banyakkkkkkkkkkkkkkk sangat.tu tak termasuk renovate bilik,perabot,duit hantaran etc.kesian dia.lepas kahwin ni memang betul2 kena berhati2 ketika berbelanja.


Sampingan:
Huhuhuhuhu..kami anggap honeymoon adalah perkara sampingan.Boleh?aku tak kisah ke mana pun.asal ada duit jalan.plan asal mahu ke bali.tapi sebab lambat tempah tiket dan pakej bagai.dalam malaysia pon boleh,kalau dia bawak aku ke sunway lagoon pun dah cukup bersyukur.Pssstttt aku nak makan buffet kat 5 star hotel sebab aku dah survey beberapa hotel yang buffet lunch dia meletops kau.*aku memang kuat makan,sebab tu aku tak kisah kalau tak honeymoon jauh2.

BAgi aku,percutian adalah = makanan yang lazat + tidur yang cukup @ berlebihan + waktu santai yang kosong tanpa memikirkan apa jua hal.

Okey dah penat menaip nanti sambung lagi.tiba2 kekeringan idea.hahahaha :p

3 comments:

Pn. Marliana said...

Tu rezeki kawen nama yer... da sampai jodoh ... sume jalan dipermudahkan ... rezeki dr tunang .. rezeki dr family members ... so biarla org nak kata tak der duit pon nak kawen jugak ... sbb ble da sampai seru ... jodoh da sampai ... kawen la kte.. kun fa ya kun ...

buat majlis ikut kemampuan masing2 la ... kte berdua ni bkn artis pon ... huhuhuhu

pasal honeymoon pon.. i pon tak la bz nak pk gi sampai obersea ... huhuhu... So much places to explore in our country ... plus i cuti honeymoon pon mayb tunda... n masih survey nak gie mana for honeymoon.. mcm u define honeymoon = nak mkn best ... sume its up to us... pe yg buat kte happy .. klu gie Bali/ europe duit habis byk sangat...for exclusive room & flight... n mostly my fren gi sana makan magi ... so00 not in my list ... i nak makan best ... tak kisah la even just ikan bakar or tom yam jer... coz i suker tom yam sgt2 .... coz i m a simple person ... ;)

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum beb.

aku nak buat nota tambahan ni:

berdasarkan ramalan aku, kau akan bertambah berkilo-kilo lepas kahwin kalau asyik sebut pasal makanan je weh!

haha. i love you la bestfriend. what ever it is, i will always there for you. xoxo.

p/s: kirim salam mama kau. cakap dgn dia jangan diet nanti kena gastric lagi. hihi.

syazana said...

Ms Marliana:
Hahahaha..kan?kalau bercuti setakat makan megi,i pon tak mau.JAdi i redha je skrg ni.Janji kahwin *gatal..muahahaha.

Honeymoon i pun kena tunda sebab bz..dan ada hal2 yang perlu diselesaikan.

Syira:
heip...hahaha..janganlah..i bergantung harap dengan PB.nasiblah ada korset kalau tak badan cfirm dah mengembang dengan jayanya.

Ok.nanti aku sampaikan dengan mama aku. =)