Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi para pemblog
*ada ke istilah macam tu?
hahaha =p
Sebenarnya aku nak cerita adengan emosi antara aku dengan En.Tunang malam sabtu yang lepas..hahaha *rasa macam nak lempang diri sendiri. =p
Malam minggu aku dan En.Tunang pergi membeli barang keperluan rumah.*bunyi macam dah kahwin kan?hiks gatal =p
Barang untuk rumah atuk aku lah.
Lepas tu aku ni kan super mengada nak makan suka makan yang sedap-sedap je ikut tekak aku bukan aku kisah orang tu bergaji atau tak.*ada sifat kejam disitu.
Aku teringin nak makan 'fish&chip' kat Hotel Crystall In, Batu Pahat.*bunyi macam poyo juga sebab pergi makan kat hotel,padahal hotel 3 bintang je.Bukannya 'fish&chip' tu berharga RM50.00 sepinggan. =p
Jadi sebagai tunang yang sedih tengok muka bakal isteri dah berkerut-kerut kebulur,maka dilayankan juga...jeng...jeng..
Hahahahaha..ok dah nak tiba part aku menangis nih.
Lepas je order makanan tiba-tiba keluar lagu sentimental 'Right Here Waiting=Richard Marx'
Kau mesti tau kan lagu ni?
lagi-lagi kalau sesiapa yang memang kaki jiwang karat.Haruslah sentiasa hafal kan?
Tapi aku tak berapa suka lagu ni,walaupun aku suka dengar.Sebabnya setahun dan beberapa bulan yang lepas,akibat kebodohan aku.Aku minta PUTUS dari En.Tunang.Tragedi berlaku dalam tahun 2009.ye sadis~ =(
En.Tunang:Yang,lagu awak ni.
Aku:saya dah tak suka lagu ni.
En.Tunang:pasal insiden dulu? Abang tak simpan dalam hati pun.
Aku:yelah,tu pertama kali saya minta putus dengan awak.*air mata bergenang
En.Tunang:Dah-dah,kan dah cakap tak ingat pun,kenapa nangis tu?Tak payah ingat lagi,masa tu awak tengah tak betul.saya faham.
Aku:Saya minta maaf ye.
En.Tunang:saya dah lama maafkan awak,tak mahu ingat lagi.Kita pun dah nak kahwin kan.
Lepas tu aku ok je sebab dah dapat makan kan.hahaha
Imbas balik kenangan lepas.
Betul-betul macam drama dah masa tu,kebetulan petang semasa drama tu berlaku aku nak balik ke UPM.lagilah haru kan.
Rasanya hal kecil je masa tu,entah mungkin sebab masa tu aku kusut sangat-sangat.Dah tak boleh nak fikir dengan baik, ditambah lagi dia datang ambil aku kat rumah lewat 2 jam.Aku ni kan panas baran,lagi lah membebel-bebel je sepanjang perjalanan, dan En.Tunang pula masa tu tak berhenti-henti ucap 'maafkan saya'.
Tapi aku buat bodoh je,air mata dah bergenang,kalau orang hati batu dan sengal macam aku ni mana nak rendahkan ego,selagi aku boleh sembur,aku sembur habis-habis.Aku sakit hati,dan aku akan buat kau rasa sakit hati macam yang aku rasa.Ye itulah aku =(
Pada hari yang sama,En.Tunang pelawa aku pergi survey laptop untuk kegunaan aku sendiri,dengan tujuan laptop tu boleh membantu memudahkan kerja-kerja penulisan tesis aku =). *Akhirnya Dia belikan aku laptop tu,pada asalnya aku cuma nak pinjam duit dia untuk beli laptop tu kemudian aku bayar balik.Rezeki aku.Dia belanja aku Laptop tu =)))))))))))
Kalau dah namanya kepala batu dan keras hati,kau heretlah aku macam mana pun,kalau dah aku kata 'TAK NAK',kau menangis air mata darah pun aku biarkan je.
Masa ni dia memang dah putus asa nak pujuk aku.Kalau aku marah cuma ada 2 perkara je menjadi penyebab utama, yang pertama sebab aku tersangat lapar dan aku boleh bertukar menjadi GILA,yang kedua sebab hati aku SAKIT sangat-sangat pun aku boleh jadi GILA juga.
Jadi orang yang GILA je boleh layan perangai GILA aku ni.Hahahaha..
Tak baik kan cakap tunang sendiri GILA,kejap-kejap cerita panjang lagi.Nanti baru kau tahu siapa yang lagi GILA sebenarnya.Hahahaha
Sebagai jalan terakhir untuk meredakan hati aku yang panas,dia bawa aku pergi makan.Tapi hampa,masa makan lagilah kau kena 'fire' dengan aku tak sudah-sudah,kesian tunang aku,terkulat-kulat dia masa tu,sampai nak makan pun tak ada selera.Aku yang marah ni,laju je makan habis pula tu.hahaha =p.Tapi masa tengah makan ni pula ada orang menyanyi( live band) lagu Right Here Waiting.Dan En.Tunang tahu aku suka lagu tu.
En.Tunang:Sayang,awk ada lagu ni tak?
Aku:ada.
En.Tunang:bluetooth dengan saya boleh?
Aku:Tak boleh,jangan haraplah saya nak bagi.
En.Tunang:terkulat-kulat tengok je muka aku.
Ingatkan dah bawa makan, aku SEJUK.Jangan haraplah kau,kan aku dah cakap tadi,aku tak kan puas selagi aku tak tengok kau sama rasa sakit hati.kan?kan?kan?
Dalam perjalanan ke terminal bas, pun sama..aku masih lagi dalam situasi MEROYAN,aku rasa kalau lelaki lain dah lama dia tendang aku keluar kereta.Hahaha.
Ini dia situasi GILA:
Aku:aku tak kira aku nak putus gak dengan kau.Aku dah tak nak dengan kau lagi.
En.Tunang:*terdiam.Kenapa?(masa ni suara dia sayu sangat)
Aku:aku dah bosan dengan kau,kau selalu buat aku sakit hati.
En.Tunang:Tolonglah,saya boleh berubah.Saya janji,saya tak kan sakitkan hati awak lagi.
Aku:Tak nak,kan aku dah cakap tak nak,tak nak lah.kau tak faham ke?
En.Tunang:Janganlah macam ni, saya sayang awak sangat-sangat.Tolonglah jangan buat saya macam ni.
Aku:kau ingat aku kisah ke kau sayang aku atau tak,kau jangan telefon aku lagi,kau jangan cari aku lagi.(masa ni aku lupa aku pakai postpaid,bil hp kan dia yang bayar.Suka hati aku je nak merepek-repek ni)
En.Tunang:Ok-ok,macam ni lah.Awak ambil masa 2 @ 3 hari fikir baik-baik pasal hubungan kita,kalau awak nekad nak putus juga saya redha,tapi saya tetap cintakan awak.
Aku:Tak payah nak tunggu lama-lamalah,leceh.semak je kepala aku nak fikir.Dah bas aku dah sampai tu.(masa ni dia hulur tangan dia nak salam dengan aku,tapi aku terus je keluar dari kereta.hempas pintu kuat-kuat,tinggalkan dia)
Mesti macam real kan,dia kejar aku ma,perempuan tengah menggila haruslah kau jaga elok-elok dibuatnya aku bakar bas pulak lagi teruk kan?.hahaha =p
Masa ni air mata aku dah laju macam air terjun.*aku yang mintak putus,aku pula yang rasa sedih sangat-sangat.Bangang.hahaha =p
Dah naik atas bas pun dia masih tunggu lagi aku,biasanya kalau dah naik atas bas dia akan call aku.kitaorang akan bercakap lagi sampailah bas aku jalan.
Jadi sila bayangkan sorang kat dalam bas tepi cermin sambil tengok ke bawah,dan sorang lagi kat luar bas sambil mendongak ke atas.
Dia call aku banyak kali,tapi aku tak jawab pun,aku tengok je dia kat bawah tu.Sampailah dia buat reaksi macam nak naik bas dan heret aku ke bawah.Oi..jangan kau..drama Melayu paling hebat nanti hahaha =p
Akhirnya aku angkat juga,kesian hp aku asyik berbunyi je.
Perbualan melalui telefon sebelum bas bergerak:
En.Tunang:*suara sayu.Nanti dah sampai Serdang call saya ye?
Aku:tak nak.
En.Tunang:janganlah macam tu,nanti call saya ye.Jadi saya dah tau awak selamat sampai.
Aku:awak nak sibuk apa,kalau saya kat tak nak tu jangan paksa boleh tak?
En.Tunang:Kalau awak tak nak call saya,saya bom jambatan sungai batu pahat ni,runtuh.awak tak dapat balik sana.
Aku:Awak dah gila?ingat bas ni tak ada alternatif lain?
En.Tunang:bukan saya tak boleh kejar bas ni.
Aku:Kejar nak buat apa?
En.Tunang:Halang baslah,ambil awak bawak balik rumah.Cakap dengan mak nak kahwin dengan awak malam ni juga.
Aku:Awak dah hilang akal eh?
En.Tunang:awak buat saya hilang akal.Saya tak kira,kalau awak tak call saya.Malam ni juga saya suruh mak masuk meminang.
Aku:awak ingat saya anak ayam ke?suka-suka hati awak je.
En.Tunang:tak pedulilah,janji saya dapat awak.
Aku:awak ingat bas nak berhenti layan kerenah awak?
En.Tunang:Kita tengok nanti,kalau awak tak call saya,jangan terkejut kalau mama awak call cakap mak saya jumpa dia.
Aku:Kalau saya sembunyi kat mana pun bukan awak boleh cari.
En.Tunang:Nak 1000 daya,apa susah.Saya buat iklan cakap awak kena culik,bagi wang ganjaran pada sesiapa yang jumpa awak.MAna awak nak lari?
Aku:banyak duit awak?
En.Tunang:Kan saya dah cakap,janji saya dapat awak.
Okey sekarang kau tahu siapa lagi GILA?
Drama panjang lagi,aku malas nak taip panjang-panjang.Masa aku taip ni pun air mata aku bergenang.Tapi aku kan relax haruslah telan Kinder Bueno dulu buat hilang rasa sebak.*Cis macam bangang je rasa nak menangis ni.
Itulah kali pertama dan terakhir aku minta putus dari dia.Pengalaman dan kenangan banyak ajar aku erti berfikir sebelum berkata-kata.
Kita manusia biasa kan?begitu juga En.Tunang,selalu buat silap dan dia bukan lelaki sempurna yang akan sentiasa memujuk aku dengan kata-kata indah sambil bagi aku sejambak bunga dan sekotak coklat.Dia bukan jenis macam tu.
Keikhlasan dia hanya dari dalam hati dan dia zahirkan melalui mata.*ni cuma aku je yang faham..lalala~
Owh,maaf ye.Pagi-pagi isnin aku dah taip entry emosi ni,bukan apa,semenjak nak kahwin ni.Banyak benda yang aku belajar terutamanya macam mana nak menangani emosi sendiri.Kebelakangan ni aku cepat betul hilang sabar.*sigh.
HAh gelaklah puas-puas lepas baca entry ni,sebab aku pun tengah gelak sendiri mengingatkan perangai GILA aku tu.KEsimpulannya..hahaha sayangi dan hargailah orang yang sayang anda =)
No comments:
Post a Comment