Sentuhlah saya

19 January 2011

Aku tak betul atau kau?

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi Malaysia..
ye Bumi Batu pahat indah pagi ni.

dengan keadaan opis seperti hutan simpan,
meja penuh dengan kertas dan file..
sampaikan En.tunang membebel kat aku.

Aku tengah menjalankan kerja-kerja mengemaskini data hahaha.
*bunyi macam rajin kan?

Okey.
Mari kepada tajuk entry di atas.
Aku tak betul atau kau?

sah-sah dah memang aku yang tak betul,kau?aku tak tahu pula.
hahaha
kenapa aku tulis macam ni?

Dulu aku tak pernah terfikir,
ada kawan-kawan nasihatkan aku,
Bila selangkah kau menuju ke alam perkahwinan,banyak benda kau kena korbankan dan kau sendiri patut berkorban.

Pendapat aku pula berbeza,
Lain orang lain fikiran bukan?

Aku akui,kehidupan aku banyak berubah sekarang ni,
aku mula berhijab,walau tak sepenuhnya tapi aku masih mencuba.

Aku menjadi lebih sabar berbanding biasa,
Hidup aku lebih tenang dan mudah walaupun aku TIADA KERJA,
Belajar pun tak habis lagi dan banyak lagi masalah-masalah hidup yang lain.

Kau mesti rasa,*eh apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya along?

Aku nak cakap yang bila kita berubah menuju ke arah kebaikan,
perkara utama ialah persepsi manusia sekeliling..
termasuk ahli keluarga kau sendiri.

Okey,keluarga tolak tepi.
kita pergi pada kawan-kawan dulu.

Dari segi kawan,
Alhamdulillah kawan-kawan aku semua okey bila aku kata nak kahwin.
Ni kawan yang betul-betul rapat dengan akulah.
Tapi kawan yang tak rapat,maksud aku kawan kepada En.tunang hahaha..telus okey aku ni.
*sebab sekarang aku dah tak kisah siapa yang baca belog ini.Haruslah aku mewujudkan kontroversi,ada aku kisah?sekarang aku dah tak kisah hahaha

Ada antara mereka yang memulaukan kami?
apa yang patut aku kata?
hahaha,kami menganggap ianya adalah dugaan.
bukan setakat itu ye kawan-kawan.
Orang kalau hati dah busuk,perkara baik yang kita lakukan kat dia pun,dia tak kan hengat.
Kau nak kena ingat pesan ini,satu masa bila kawan kau tu dah 'tak betul' kau akan tau mana kawan mana lawan.

Dalam konteks 'tak betul' aku ini adalah manusia yang tak boleh nak menilai manusia yang pernah 'berbudi' pada dia.

Kadang-kadang En.tunang tanya pada aku,"nak kahwin ni salah ke?kenapa diaorang buat macam ni?"

Jawapan aku mudah je,'Mereka CEMBURU."

Cemburu kenapa?
Cemburu kerana mereka tak pernah merasa bahagia dengan kasih sayang orang lain.
Cemburu sehinggakan mereka buta hati.

Kami sangat-sangat terduga dengan sifat-sifat manusia ini,yang pada awalnya kami hormat sebagai kawan.

Tapi sekarang aku ambil jalan mudah.Boleh blah!...hahaha
aku je yang ada prinsip macam ni,tapi En.Tunang ta,hati tunang aku snagat lembut okey,dia sangat mudah memaafkan orang lain,walaupun hati dia sakit.kalau aku jangan harap,aku buat entry amukan berdarah dulu baru aku belajar memaafkan hahaha
.
Kenapa mesti kita sibukkan orang yang menyusahkan kita,
jadi aku muhasabah diri dan aku selalu nasihatkan En.tunang.

"ingat satu perkara,JANGAN SUSAHKAN orang lain macam kawan-kawan awak ni susahkan awak."

Maksud aku,biar orang nak buat kita,tapi kita jangan buat orang.Sebab kita hidup kat dunia ni sekejap je tuhan bayar tunai.Tak perlu tunggu lama.

Cakap seperti wanita solehah yang tengah berkhutbah padahal banyak dosa.

*ye mengaku.*mengeluh

Kalau nak berubah kena buat sikit-sikit,mulakan dari dalam hati sendiri dulu.yang penting nawaitu.

Bukan main cakap je,"aku nak berubah jadi baik." ting..maka terus jadi baik.

KAlau kau teliti balik hidup kau dan manusia sekeliling kau,mesti banyak yang kau nampak.
Nak berubah jadi BAIK ni bukan satu jalan yang mudah banyak dugaan,lagipun SYAITAN sentiasa memandang SINIS akan niat kau tuh.

cuba kalau kau nak buat JAHAT,mahu bersorak semua SYAITAN tu.

Aku bukan jenis manusia yang akan meniali orang dari segi penampilan.

NAk kata aku teruk pun terpulanglah,
tapi aku ni betul-betul jenis tak kisah siapa kau sebenarnya,
kau pompuan yang hisap rokok sampai lebam,kau pompuan yang pakai seluar dan skirt nampak bontot,kau lelaki yang kaki betina,kau penagih dadah,atau siapa pun kau.Aku tak pernah kisah dan jijik.

Kita kena belajar banyak perkara,nak menasihatkan orang dengan cara yang lembut bukan dengan bercakap kasar atau menghina.*kalau aku orang bagi nasihat sambil menyindir..hahaha jangan harap aku nak dengar aku melawan lagi adalah.

Yang penting jaga adab percakapan kau,jangan sampai menghina.Kalau kau rasa seseorang itu teruk pada penilaian kau,jauhi dia.Sebab kita tak tahu esok lusa bagaimana dengan KITA,betul?

Sedap-sedap hari ni kita kutuk dia bagai nak rak,pakai hot pants sampai nak terkeluar bontot.Tapi kita ni yang pakai seluar JEANS ketat sampai nampak punggung tambah lagi kat kepala tu berhijab.apa kes?
ada beza kita dengan dia?
x da beza yang oi,
sebab dua-dua nampak bontot.
Lagi kalau tambah dengan pakai baju ketat dan tudung pendek,harus nampak buah dada pula kan?
*aku pun sama je,tak da kurangnya.Pemakaian pun tak betul lagi.


JAdi entry muhasabah diri hari ni,aku cuma nak ingatkan kau,dunia dah akhir zaman,hidup ni macam roda.Kejap kalau bertuah kau putar,kau sentiasa dapat WANG BESAR.Kalau nasib kau tak baik.Hahaha

Aku taip entry ni sebab tadi aku sempat termenung sekejap mengimbas kenangan lalu,mengenai seorang kawan yang selalu berprasangka buruk pada orang,yang selalu berkata buruk tentang orang,padahal diri sendiri 'TIADA APA'.

*pengajaran untuk aku,tapi aku nak kongsi kat sini.Sebelum kau membuat penilaian terhadap orang,kau lihat dari sisi kebaikan dia dan jangan pandang keburukan dia.

Bye =)

No comments: