Sentuhlah saya

18 January 2011

Habiskan masa di Spa

Assalammualaikum.
Selamat pagi..

di harap kawan2 di belog ku ini sihat2 belaka.

ceh~

hahaha

Lama seyh tak update.
kata sibuk sangat kan.

Aku tengah sibuk menguruskan hal perkahwinan hehehe.
alhamdulillah 50% sudah hampir selesai.
Tinggal tesis je ni..adeh matilah..hahaha
*aku ni macam tak nak belajar je kan? =p

memandangkan aku sangat kusut dan penat minggu lepas...
aku telah mengambil keputusan untuk memanjakan diri di Spa..lalalala

*gambar kredit to Pakcik Google =)
Nampak?
kau nampak perempuan dalam gambar tu relax?
hah macam tu lah rupa aku masa berendam dalam tab kat spa tu hari tu.
aku ambil pakej biasa-biasa je,memandangkan sepatutnya rawatan badan memerlukan appointment terlebih awal.
Aku ni main aci redah je,asal boleh hahaha.
Aku buat sauna dan mandi susu+aura seri.
Secara keseluruhannya berjumlah RM50.
bagi aku dah mahallah tu.
kau nak mandi susu+aura kat rumah pun boleh buat..
lagi murah kos.
Apa susah kau cari je lah cream bath yang mengandungi susu...kecuali susu pekat manis.
aura seri kau boleh beli di toko2 jamu dan pusat2 kecantikan.
mudah kan?
ni akak kat spa tu yang ajar aku.
jadi lain kali aku nak bersauna dan berlulur je..hahaha
*kedekut
ye kenapa baru hegeh2 mahu jaga badan bagai..
aku tak sempat okey nak belek tubuh sendiri.
la ni pun aku curi2 masa mana yang sempat.
Tawakal je lah.
ni pun aku curi masa menaip entry mahu kasi post jugak.
kalau tak kau tak nak singgah lagi blog aku.
kesian tau aku..
hahahahaha
kalau ada natara yang baca blog aku ni dari Batu Pahat,Johor.
aku mahu kongsi antara spa yang termurah dan berbaloi di Batu Pahat ini.
(1)Zafira beauty centre,kat jalan soga belakang The store Jalan Rugayah.
(2)Sri Cahya Beauty & spa, Jalan Rugayah dekat dengan Bas stand Batu Pahat.
Dekat Jalan Rugayah tu je ada banyak spa.tapi aku malas nak survey...malassssss...
banyak sangat..
jadi aku nak tetap pada tempat2 yang aku rasa serasi bersama..lalala~
Okey..nanti kalau ada apa2 yang best aku kongsi lagi ye =)..
bye

2 comments:

lalink7 said...

wowww bestnyee spa...hehehehe..teringin nak jgk..lagi best kalau ade peneman kat sblah kan? hehehe

syazana said...

Yang tak payah jauh2.kat serdang tu bersepah je.hehehe