Sentuhlah saya

31 January 2011

Right Here Waiting

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi para pemblog
*ada ke istilah macam tu?
hahaha =p

Sebenarnya aku nak cerita adengan emosi antara aku dengan En.Tunang malam sabtu yang lepas..hahaha *rasa macam nak lempang diri sendiri. =p

Malam minggu aku dan En.Tunang pergi membeli barang keperluan rumah.*bunyi macam dah kahwin kan?hiks gatal =p
Barang untuk rumah atuk aku lah.
Lepas tu aku ni kan super mengada nak makan suka makan yang sedap-sedap je ikut tekak aku bukan aku kisah orang tu bergaji atau tak.*ada sifat kejam disitu.

Aku teringin nak makan 'fish&chip' kat Hotel Crystall In, Batu Pahat.*bunyi macam poyo juga sebab pergi makan kat hotel,padahal hotel 3 bintang je.Bukannya 'fish&chip' tu berharga RM50.00 sepinggan. =p

Jadi sebagai tunang yang sedih tengok muka bakal isteri dah berkerut-kerut kebulur,maka dilayankan juga...jeng...jeng..

Hahahahaha..ok dah nak tiba part aku menangis nih.
Lepas je order makanan tiba-tiba keluar lagu sentimental 'Right Here Waiting=Richard Marx'
Kau mesti tau kan lagu ni?
lagi-lagi kalau sesiapa yang memang kaki jiwang karat.Haruslah sentiasa hafal kan?

Tapi aku tak berapa suka lagu ni,walaupun aku suka dengar.Sebabnya setahun dan beberapa bulan yang lepas,akibat kebodohan aku.Aku minta PUTUS dari En.Tunang.Tragedi berlaku dalam tahun 2009.ye sadis~ =(

En.Tunang:Yang,lagu awak ni.

Aku:saya dah tak suka lagu ni.

En.Tunang:pasal insiden dulu? Abang tak simpan dalam hati pun.

Aku:yelah,tu pertama kali saya minta putus dengan awak.*air mata bergenang

En.Tunang:Dah-dah,kan dah cakap tak ingat pun,kenapa nangis tu?Tak payah ingat lagi,masa tu awak tengah tak betul.saya faham.

Aku:Saya minta maaf ye.

En.Tunang:saya dah lama maafkan awak,tak mahu ingat lagi.Kita pun dah nak kahwin kan.

Lepas tu aku ok je sebab dah dapat makan kan.hahaha

Imbas balik kenangan lepas.
Betul-betul macam drama dah masa tu,kebetulan petang semasa drama tu berlaku aku nak balik ke UPM.lagilah haru kan.

Rasanya hal kecil je masa tu,entah mungkin sebab masa tu aku kusut sangat-sangat.Dah tak boleh nak fikir dengan baik, ditambah lagi dia datang ambil aku kat rumah lewat 2 jam.Aku ni kan panas baran,lagi lah membebel-bebel je sepanjang perjalanan, dan En.Tunang pula masa tu tak berhenti-henti ucap 'maafkan saya'.

Tapi aku buat bodoh je,air mata dah bergenang,kalau orang hati batu dan sengal macam aku ni mana nak rendahkan ego,selagi aku boleh sembur,aku sembur habis-habis.Aku sakit hati,dan aku akan buat kau rasa sakit hati macam yang aku rasa.Ye itulah aku =(

Pada hari yang sama,En.Tunang pelawa aku pergi survey laptop untuk kegunaan aku sendiri,dengan tujuan laptop tu boleh membantu memudahkan kerja-kerja penulisan tesis aku =). *Akhirnya Dia belikan aku laptop tu,pada asalnya aku cuma nak pinjam duit dia untuk beli laptop tu kemudian aku bayar balik.Rezeki aku.Dia belanja aku Laptop tu =)))))))))))

Kalau dah namanya kepala batu dan keras hati,kau heretlah aku macam mana pun,kalau dah aku kata 'TAK NAK',kau menangis air mata darah pun aku biarkan je.

Masa ni dia memang dah putus asa nak pujuk aku.Kalau aku marah cuma ada 2 perkara je menjadi penyebab utama, yang pertama sebab aku tersangat lapar dan aku boleh bertukar menjadi GILA,yang kedua sebab hati aku SAKIT sangat-sangat pun aku boleh jadi GILA juga.

Jadi orang yang GILA je boleh layan perangai GILA aku ni.Hahahaha..
Tak baik kan cakap tunang sendiri GILA,kejap-kejap cerita panjang lagi.Nanti baru kau tahu siapa yang lagi GILA sebenarnya.Hahahaha

Sebagai jalan terakhir untuk meredakan hati aku yang panas,dia bawa aku pergi makan.Tapi hampa,masa makan lagilah kau kena 'fire' dengan aku tak sudah-sudah,kesian tunang aku,terkulat-kulat dia masa tu,sampai nak makan pun tak ada selera.Aku yang marah ni,laju je makan habis pula tu.hahaha =p.Tapi masa tengah makan ni pula ada orang menyanyi( live band) lagu Right Here Waiting.Dan En.Tunang tahu aku suka lagu tu.

En.Tunang:Sayang,awk ada lagu ni tak?

Aku:ada.

En.Tunang:bluetooth dengan saya boleh?

Aku:Tak boleh,jangan haraplah saya nak bagi.

En.Tunang:terkulat-kulat tengok je muka aku.

Ingatkan dah bawa makan, aku SEJUK.Jangan haraplah kau,kan aku dah cakap tadi,aku tak kan puas selagi aku tak tengok kau sama rasa sakit hati.kan?kan?kan?

Dalam perjalanan ke terminal bas, pun sama..aku masih lagi dalam situasi MEROYAN,aku rasa kalau lelaki lain dah lama dia tendang aku keluar kereta.Hahaha.

Ini dia situasi GILA:

Aku:aku tak kira aku nak putus gak dengan kau.Aku dah tak nak dengan kau lagi.

En.Tunang:*terdiam.Kenapa?(masa ni suara dia sayu sangat)

Aku:aku dah bosan dengan kau,kau selalu buat aku sakit hati.

En.Tunang:Tolonglah,saya boleh berubah.Saya janji,saya tak kan sakitkan hati awak lagi.

Aku:Tak nak,kan aku dah cakap tak nak,tak nak lah.kau tak faham ke?

En.Tunang:Janganlah macam ni, saya sayang awak sangat-sangat.Tolonglah jangan buat saya macam ni.

Aku:kau ingat aku kisah ke kau sayang aku atau tak,kau jangan telefon aku lagi,kau jangan cari aku lagi.(masa ni aku lupa aku pakai postpaid,bil hp kan dia yang bayar.Suka hati aku je nak merepek-repek ni)

En.Tunang:Ok-ok,macam ni lah.Awak ambil masa 2 @ 3 hari fikir baik-baik pasal hubungan kita,kalau awak nekad nak putus juga saya redha,tapi saya tetap cintakan awak.

Aku:Tak payah nak tunggu lama-lamalah,leceh.semak je kepala aku nak fikir.Dah bas aku dah sampai tu.(masa ni dia hulur tangan dia nak salam dengan aku,tapi aku terus je keluar dari kereta.hempas pintu kuat-kuat,tinggalkan dia)

Mesti macam real kan,dia kejar aku ma,perempuan tengah menggila haruslah kau jaga elok-elok dibuatnya aku bakar bas pulak lagi teruk kan?.hahaha =p

Masa ni air mata aku dah laju macam air terjun.*aku yang mintak putus,aku pula yang rasa sedih sangat-sangat.Bangang.hahaha =p

Dah naik atas bas pun dia masih tunggu lagi aku,biasanya kalau dah naik atas bas dia akan call aku.kitaorang akan bercakap lagi sampailah bas aku jalan.

Jadi sila bayangkan sorang kat dalam bas tepi cermin sambil tengok ke bawah,dan sorang lagi kat luar bas sambil mendongak ke atas.

Dia call aku banyak kali,tapi aku tak jawab pun,aku tengok je dia kat bawah tu.Sampailah dia buat reaksi macam nak naik bas dan heret aku ke bawah.Oi..jangan kau..drama Melayu paling hebat nanti hahaha =p


Akhirnya aku angkat juga,kesian hp aku asyik berbunyi je.

Perbualan melalui telefon sebelum bas bergerak:

En.Tunang:*suara sayu.Nanti dah sampai Serdang call saya ye?

Aku:tak nak.

En.Tunang:janganlah macam tu,nanti call saya ye.Jadi saya dah tau awak selamat sampai.

Aku:awak nak sibuk apa,kalau saya kat tak nak tu jangan paksa boleh tak?

En.Tunang:Kalau awak tak nak call saya,saya bom jambatan sungai batu pahat ni,runtuh.awak tak dapat balik sana.

Aku:Awak dah gila?ingat bas ni tak ada alternatif lain?

En.Tunang:bukan saya tak boleh kejar bas ni.

Aku:Kejar nak buat apa?

En.Tunang:Halang baslah,ambil awak bawak balik rumah.Cakap dengan mak nak kahwin dengan awak malam ni juga.

Aku:Awak dah hilang akal eh?

En.Tunang:awak buat saya hilang akal.Saya tak kira,kalau awak tak call saya.Malam ni juga saya suruh mak masuk meminang.

Aku:awak ingat saya anak ayam ke?suka-suka hati awak je.

En.Tunang:tak pedulilah,janji saya dapat awak.

Aku:awak ingat bas nak berhenti layan kerenah awak?

En.Tunang:Kita tengok nanti,kalau awak tak call saya,jangan terkejut kalau mama awak call cakap mak saya jumpa dia.

Aku:Kalau saya sembunyi kat mana pun bukan awak boleh cari.

En.Tunang:Nak 1000 daya,apa susah.Saya buat iklan cakap awak kena culik,bagi wang ganjaran pada sesiapa yang jumpa awak.MAna awak nak lari?

Aku:banyak duit awak?

En.Tunang:Kan saya dah cakap,janji saya dapat awak.

Okey sekarang kau tahu siapa lagi GILA?

Drama panjang lagi,aku malas nak taip panjang-panjang.Masa aku taip ni pun air mata aku bergenang.Tapi aku kan relax haruslah telan Kinder Bueno dulu buat hilang rasa sebak.*Cis macam bangang je rasa nak menangis ni.

Itulah kali pertama dan terakhir aku minta putus dari dia.Pengalaman dan kenangan banyak ajar aku erti berfikir sebelum berkata-kata.

Kita manusia biasa kan?begitu juga En.Tunang,selalu buat silap dan dia bukan lelaki sempurna yang akan sentiasa memujuk aku dengan kata-kata indah sambil bagi aku sejambak bunga dan sekotak coklat.Dia bukan jenis macam tu.

Keikhlasan dia hanya dari dalam hati dan dia zahirkan melalui mata.*ni cuma aku je yang faham..lalala~

Owh,maaf ye.Pagi-pagi isnin aku dah taip entry emosi ni,bukan apa,semenjak nak kahwin ni.Banyak benda yang aku belajar terutamanya macam mana nak menangani emosi sendiri.Kebelakangan ni aku cepat betul hilang sabar.*sigh.

HAh gelaklah puas-puas lepas baca entry ni,sebab aku pun tengah gelak sendiri mengingatkan perangai GILA aku tu.KEsimpulannya..hahaha sayangi dan hargailah orang yang sayang anda =)

28 January 2011

Dah Lusuh =(

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dan selamat sejahtera ke atas kamu yang membaca blog aku ni.

Mood gembira semacam kan?
sebab hari ni hari jumaat,besok cuti yeay.

Rasanya seperti mahu ke spa,menjalani proses pemutihan badan.
hahahahahaha

Okey,
Hari ni aku kasi letak gambar seluar denim kesayangan aku.
Huwawawawawawa....
dah lusuh.
Motif siaran adalah minta jasa baik kau untuk tekan pada iklan Nuffnang aku. =p

Nak kumpul duit beli seluar baru.



Lihat seluar kesayangan ku =(
Dah lusuh sangat-sangat.
Ini adalah antara beberapa helai seluar yang menjadi koleksi.
Lebih kurang macam hobi lah.
Kalau kau suka kumpul setem,*eh ada lagi ke orang yang suka kumpul setem?
Aku suka kumpul seluar..hehehe..tapi yang melabur pastilah orang lain dan bukan aku.















Aku tak mampu nak beli yang mahal-mahal macam Guess,CK,dan apa lagi.
Tapi aku tetap setia dengan jenama kegemaran LEVI'S.
Walaupun hanya setahun sekali aku beli.
Harga?kalau kau nak tau aku kumpul sehari seringgit sampai setahun,
baru aku beli seluar baru.
Percaya tak?percayalah..hahaha
Motif entry di pagi ni,
aku tengah pujuk En.tunang belikan aku seluar lagi,
Yang aku pasti,memang akan dapat..tapi bukan sekarang =(
Raya nanti...











bye...

26 January 2011

Red Valvet Cake =)

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi MAlaysia...


HAri ni aku kasi tepek gambar kek..
kau mesti terkejutkan..*eh bila masa perempuan ini pandai buat kek.

Ye lorh,aku belajar buat sendiri okey dan dimonitor oleh kawan melalui telefon.


Semenjak kebelakangan ini..cewahhh ayat tak boleh blah,
banyak sangat aku baca blog2 orang yang sibuk dok pung..pang..pung..pang pasal Kek baldu merah ni..ops..Red Valvet cake..hahaha *poyo feel omputih.


Mengikut kata makcik-makcik aku
"Baguslah dah nak kahwin ni pandai buat macam-macam,nanti dah kahwin senang jimat duit laki."

hahahaha jimatkah?
bila aku cerita dengan EN.Tunang..
haruslah dia cakap..

"ye makan kat luar tu jimatlah,tapi bila bab shopping tak da maknanya.Kalau bagi Sejuta pun boleh habis dalam masa seminit."

Ceh..itu ayat bakal suami.Tak membina langsung.
Alhamdulillah,dia ada dapat projek sket...dapat duit lebih sikit..*sambil kelip2 mata..

Aku:Tahniah...rezeki nak kahwin kan,yang penting ada duit masuk.

En.Tunang:Ye..tahniah..kejap lagi,abang khatam lah ni.

Aku:Eh,apasal pulak?

En.Tunang:Yelah,dapat duit tak nak makan sorang kan *sambil menjeling kat aku..

Aku:hahahaha..x payah cakap dah faham maksud ye..senang..sebab tu I lap u..hoyeah~

Holalalala...ops!...tak boleh berjoli sakan..kena simpan..
lepas kahwin banyak lagi benda nak kena buat.
Honeymoon?...muahahaha..kami tak rancang mahu kemana2.
Ada rezeki lebih insyaallah.
LAgipun kalau dah kahwin nanti,tiap2 malam pun boleh ber Horny-moon..hahaha *gatal.

Eh..melalut..ok2..sila tgk gambar kek hasil kerja tangan saya ye Puan2...

Tadaa.....Red Valvet Versi Cik Syazana
Terima kasih banyak2 pada CikMerahJambuOren
Sebab,monitor kawan dia yang sengal ini melalui hp...
muahaha..bebeh kaulah kesayangan aku =)
Kat bawah aku kasi resepi,malas nak translate,
Kalau kau nak resepi lain sila berjumpa dengan Auntie Nani
Kau geledah lah blog dia confirm jumpa resepi Red Valvet ni.

Resepi:


2 1/4 cup of MFM self raising flour (is recommended brand)
1 teaspoon/ tablespoon of salt (seriously, didnt affected much. TRUST ME)
1 tablespoon of cocoa powder (more cocoa means the darker your cake will be)
1/2 bottle of red food coloring
250 grams unsalted butter/ buttercup brand (must divided by 2 for cake and the topping)
1 1/4 cup of sugar (is ok. not too sweet)
2 large eggs (if gred B-3 eggs and gred C-4 eggs)
1 cup of plain yogurt
2 teaspoon/ table spoon of vanilla extract (yet, didnt affected much)
1 teaspoon of baking soda NOT MUCH!
1 teaspoon of white vinegar
250grams of cream cheese NOT chesdale slices!
1 cup of icing sugar












PREPARATIONS:

pre heat the oven to 180 degree celsius.

mix the flour and baking soda. then 'ayak' them. add salt and put aside.

in a different bowl, beat butter and sugar by hand then follow by the mixer in a medium speed.

add eggs, one at a time. then, add the flour in few tablespoons at a time. * if the mixture is TOO sticky add an egg. it works BUT if the mixture is over 'cair' add the flour. still beating them in the medium speed.

then, mix the plain yogurt. bit by bit add food coloring and cocoa until you get the color. *remember if you want the bright color add a teaspoon of cocoa only.

last but not least, the vanilla extract and the white vinegar. whisk them until it smooth.















FOR THE TOPPING,

beat the cream cheese and butter until creamy. add vanilla extract and icing sugar. cont beating until the mixture is light.place the topping on the red velvet by using a spatula.

22 January 2011

Aku nak yang ni... =p

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi..

x banyak benda nak cakap pagi ni..
cuma aku nak cakap benda merepek sikit.


ada sesiapa nak bagi hadiah macam kat bawah ni tak?

*kredit to uncle google


Aku nak dress ni.. =)



*kredit to uncle google
Ini juga..ada sesiapa mahu bagi?hahahaha
lawa seyh..aku nakkkkkkkkk...
terbeliak biji mata pak aji dan mak aji kalau aku pakai ini
lalalalala~

21 January 2011

Kad Jemputan

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi.

aku dah boring mengadap skrip drama,
jadi aku curi tulang sat nak update blog..
kata kawan aku blog adalah salah satu terapi stress..
memanjang stress kan?
mengada okey.

Aku tak tempah kad jemputan lagi,
sebab tak tau nak design yang macam mana.
Jadi aku pun berfikiran cuma nak yang simple dan sempoi yang penting MURAH.
hahaha.. =p


Untuk pertama kali memilih kad jemputan,aku suka yang kat bawah ni,
tapi kos dia agak tinggi.*kedekut
Kalau nak letak reben sendiri boleh,tapi aku tak da masa,
karang ada yang dapat ada reben ada yang tidak,takut ada yang kecik hati dapat kad tak ada reben *motip.

Cantikkan kaler dia?

*kredit untuk Pakcik Google

Setelah berfikiran lama,
aku macam berminat dengan kad jemputan yang ada gambar kartun macam ni...
kebetulan kitaorang pun ada gambar karikatur ga..tapi x hengat letak mana..lalala~
*kredit untuk Pakcik Google
NAk diikutkan aku lagi suka kad yang kat bawah ni..
wheeeehuuuu
Tapi aku takut mama aku tak kasi,
aloh tak pe lah mama aku serah bulat2 kat aku..heheh
*kredit untuk pakcik google
Kesimpulannya tak tempah lagi,
dengar cerita ada orang mahu belanja kos untuk kad jemputan ni.
Mudah2han jadilah ye dia belanja aku ni..
*kekeringan wang...
lalala~



19 January 2011

Aku tak betul atau kau?

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi Malaysia..
ye Bumi Batu pahat indah pagi ni.

dengan keadaan opis seperti hutan simpan,
meja penuh dengan kertas dan file..
sampaikan En.tunang membebel kat aku.

Aku tengah menjalankan kerja-kerja mengemaskini data hahaha.
*bunyi macam rajin kan?

Okey.
Mari kepada tajuk entry di atas.
Aku tak betul atau kau?

sah-sah dah memang aku yang tak betul,kau?aku tak tahu pula.
hahaha
kenapa aku tulis macam ni?

Dulu aku tak pernah terfikir,
ada kawan-kawan nasihatkan aku,
Bila selangkah kau menuju ke alam perkahwinan,banyak benda kau kena korbankan dan kau sendiri patut berkorban.

Pendapat aku pula berbeza,
Lain orang lain fikiran bukan?

Aku akui,kehidupan aku banyak berubah sekarang ni,
aku mula berhijab,walau tak sepenuhnya tapi aku masih mencuba.

Aku menjadi lebih sabar berbanding biasa,
Hidup aku lebih tenang dan mudah walaupun aku TIADA KERJA,
Belajar pun tak habis lagi dan banyak lagi masalah-masalah hidup yang lain.

Kau mesti rasa,*eh apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya along?

Aku nak cakap yang bila kita berubah menuju ke arah kebaikan,
perkara utama ialah persepsi manusia sekeliling..
termasuk ahli keluarga kau sendiri.

Okey,keluarga tolak tepi.
kita pergi pada kawan-kawan dulu.

Dari segi kawan,
Alhamdulillah kawan-kawan aku semua okey bila aku kata nak kahwin.
Ni kawan yang betul-betul rapat dengan akulah.
Tapi kawan yang tak rapat,maksud aku kawan kepada En.tunang hahaha..telus okey aku ni.
*sebab sekarang aku dah tak kisah siapa yang baca belog ini.Haruslah aku mewujudkan kontroversi,ada aku kisah?sekarang aku dah tak kisah hahaha

Ada antara mereka yang memulaukan kami?
apa yang patut aku kata?
hahaha,kami menganggap ianya adalah dugaan.
bukan setakat itu ye kawan-kawan.
Orang kalau hati dah busuk,perkara baik yang kita lakukan kat dia pun,dia tak kan hengat.
Kau nak kena ingat pesan ini,satu masa bila kawan kau tu dah 'tak betul' kau akan tau mana kawan mana lawan.

Dalam konteks 'tak betul' aku ini adalah manusia yang tak boleh nak menilai manusia yang pernah 'berbudi' pada dia.

Kadang-kadang En.tunang tanya pada aku,"nak kahwin ni salah ke?kenapa diaorang buat macam ni?"

Jawapan aku mudah je,'Mereka CEMBURU."

Cemburu kenapa?
Cemburu kerana mereka tak pernah merasa bahagia dengan kasih sayang orang lain.
Cemburu sehinggakan mereka buta hati.

Kami sangat-sangat terduga dengan sifat-sifat manusia ini,yang pada awalnya kami hormat sebagai kawan.

Tapi sekarang aku ambil jalan mudah.Boleh blah!...hahaha
aku je yang ada prinsip macam ni,tapi En.Tunang ta,hati tunang aku snagat lembut okey,dia sangat mudah memaafkan orang lain,walaupun hati dia sakit.kalau aku jangan harap,aku buat entry amukan berdarah dulu baru aku belajar memaafkan hahaha
.
Kenapa mesti kita sibukkan orang yang menyusahkan kita,
jadi aku muhasabah diri dan aku selalu nasihatkan En.tunang.

"ingat satu perkara,JANGAN SUSAHKAN orang lain macam kawan-kawan awak ni susahkan awak."

Maksud aku,biar orang nak buat kita,tapi kita jangan buat orang.Sebab kita hidup kat dunia ni sekejap je tuhan bayar tunai.Tak perlu tunggu lama.

Cakap seperti wanita solehah yang tengah berkhutbah padahal banyak dosa.

*ye mengaku.*mengeluh

Kalau nak berubah kena buat sikit-sikit,mulakan dari dalam hati sendiri dulu.yang penting nawaitu.

Bukan main cakap je,"aku nak berubah jadi baik." ting..maka terus jadi baik.

KAlau kau teliti balik hidup kau dan manusia sekeliling kau,mesti banyak yang kau nampak.
Nak berubah jadi BAIK ni bukan satu jalan yang mudah banyak dugaan,lagipun SYAITAN sentiasa memandang SINIS akan niat kau tuh.

cuba kalau kau nak buat JAHAT,mahu bersorak semua SYAITAN tu.

Aku bukan jenis manusia yang akan meniali orang dari segi penampilan.

NAk kata aku teruk pun terpulanglah,
tapi aku ni betul-betul jenis tak kisah siapa kau sebenarnya,
kau pompuan yang hisap rokok sampai lebam,kau pompuan yang pakai seluar dan skirt nampak bontot,kau lelaki yang kaki betina,kau penagih dadah,atau siapa pun kau.Aku tak pernah kisah dan jijik.

Kita kena belajar banyak perkara,nak menasihatkan orang dengan cara yang lembut bukan dengan bercakap kasar atau menghina.*kalau aku orang bagi nasihat sambil menyindir..hahaha jangan harap aku nak dengar aku melawan lagi adalah.

Yang penting jaga adab percakapan kau,jangan sampai menghina.Kalau kau rasa seseorang itu teruk pada penilaian kau,jauhi dia.Sebab kita tak tahu esok lusa bagaimana dengan KITA,betul?

Sedap-sedap hari ni kita kutuk dia bagai nak rak,pakai hot pants sampai nak terkeluar bontot.Tapi kita ni yang pakai seluar JEANS ketat sampai nampak punggung tambah lagi kat kepala tu berhijab.apa kes?
ada beza kita dengan dia?
x da beza yang oi,
sebab dua-dua nampak bontot.
Lagi kalau tambah dengan pakai baju ketat dan tudung pendek,harus nampak buah dada pula kan?
*aku pun sama je,tak da kurangnya.Pemakaian pun tak betul lagi.


JAdi entry muhasabah diri hari ni,aku cuma nak ingatkan kau,dunia dah akhir zaman,hidup ni macam roda.Kejap kalau bertuah kau putar,kau sentiasa dapat WANG BESAR.Kalau nasib kau tak baik.Hahaha

Aku taip entry ni sebab tadi aku sempat termenung sekejap mengimbas kenangan lalu,mengenai seorang kawan yang selalu berprasangka buruk pada orang,yang selalu berkata buruk tentang orang,padahal diri sendiri 'TIADA APA'.

*pengajaran untuk aku,tapi aku nak kongsi kat sini.Sebelum kau membuat penilaian terhadap orang,kau lihat dari sisi kebaikan dia dan jangan pandang keburukan dia.

Bye =)

18 January 2011

Habiskan masa di Spa

Assalammualaikum.
Selamat pagi..

di harap kawan2 di belog ku ini sihat2 belaka.

ceh~

hahaha

Lama seyh tak update.
kata sibuk sangat kan.

Aku tengah sibuk menguruskan hal perkahwinan hehehe.
alhamdulillah 50% sudah hampir selesai.
Tinggal tesis je ni..adeh matilah..hahaha
*aku ni macam tak nak belajar je kan? =p

memandangkan aku sangat kusut dan penat minggu lepas...
aku telah mengambil keputusan untuk memanjakan diri di Spa..lalalala

*gambar kredit to Pakcik Google =)
Nampak?
kau nampak perempuan dalam gambar tu relax?
hah macam tu lah rupa aku masa berendam dalam tab kat spa tu hari tu.
aku ambil pakej biasa-biasa je,memandangkan sepatutnya rawatan badan memerlukan appointment terlebih awal.
Aku ni main aci redah je,asal boleh hahaha.
Aku buat sauna dan mandi susu+aura seri.
Secara keseluruhannya berjumlah RM50.
bagi aku dah mahallah tu.
kau nak mandi susu+aura kat rumah pun boleh buat..
lagi murah kos.
Apa susah kau cari je lah cream bath yang mengandungi susu...kecuali susu pekat manis.
aura seri kau boleh beli di toko2 jamu dan pusat2 kecantikan.
mudah kan?
ni akak kat spa tu yang ajar aku.
jadi lain kali aku nak bersauna dan berlulur je..hahaha
*kedekut
ye kenapa baru hegeh2 mahu jaga badan bagai..
aku tak sempat okey nak belek tubuh sendiri.
la ni pun aku curi2 masa mana yang sempat.
Tawakal je lah.
ni pun aku curi masa menaip entry mahu kasi post jugak.
kalau tak kau tak nak singgah lagi blog aku.
kesian tau aku..
hahahahaha
kalau ada natara yang baca blog aku ni dari Batu Pahat,Johor.
aku mahu kongsi antara spa yang termurah dan berbaloi di Batu Pahat ini.
(1)Zafira beauty centre,kat jalan soga belakang The store Jalan Rugayah.
(2)Sri Cahya Beauty & spa, Jalan Rugayah dekat dengan Bas stand Batu Pahat.
Dekat Jalan Rugayah tu je ada banyak spa.tapi aku malas nak survey...malassssss...
banyak sangat..
jadi aku nak tetap pada tempat2 yang aku rasa serasi bersama..lalala~
Okey..nanti kalau ada apa2 yang best aku kongsi lagi ye =)..
bye

12 January 2011

Shopping yang aku rasa macam nak menangis..

Salam,

hi kawan2..*sila lempang



ya allah blog aku bersawangnya..lalala~

rindu aku?

hahaa opkos tak..

blog bukan ilmiah pun mahu rindu2 bagai...



Lalala..

KAu jangan mengharapkan aku upload gambar.

serius weh..

aku tak pandai nak bluetooth gbr dr BB ni..

muahaha *sila gelakkan aku.



Aku br je melawat blog2 orang ..

tapi yang memang slalu aku baca je lah.tanpa meninggalkan komen..

lalala~



aku rasa macam kaku pula mahu menulis entry ni.



Okey,

semalam adalah Hol di Johor.

maka company tempat aku berkerja adalah cuti.

JAdi aku dan En.Tunang mengambil kesempatan melebarkan sayap hingga ke KL semalam.

wah penat~



PEnat dapat..

duit pon habis..hahaha



*alamak yuran sem ni belum bayar lagi..huhuhu..tapi alhamdulillah dah ada hold duit untuk yuran.



Jumaat ni settle yuran pulak.

petang ni nak jumpa Photographer,besok mahu tengok contoh kad jemputan,bulan depan kena amik cincin kat kedai emas (parah).



Aku dah nak pengsan ni lalala..mana mau cari duit lebih..di mana?



Alhamdulillah walaupun kepala kusut dengan tesis,dengan macam2 dugaan lain.segala urusan berjalan dengan perlahan dan lancar.Barang2 hantaran sudah 95% sempurna,la ni fikir mahu buat tesis je dulu.Hujung bulan depan baru serius mengadap hal kahwin2 ni balik..lalalala~



Kita buat satu2 ye..hehehe..

banyak aku nak update tapi tak terupdate.dengan waktu yang sentiasa cemburu dengan aku.ok..nanti kalau rajin aku update lagi.

korang jangan risau,aku hidup lagilah..hahaha