Sentuhlah saya

29 November 2010

Swing2 mood

Salam,
selamat pagi..

Huhuhu..
Monday blues..
dengan suara yang semakin seksi akibat batuk yang teruk.
Tapi alhamdulillah hari ni suara i dah makin okey ye dari sebelum ni hampir2 tak kedengaran je suara aku..haish..

Semalam adalah ahri untuk dating dalam mood swing2..masing2 adalah tidak keruan...but for my Fiancee poor him..
terlalu banyak masalah.

LEpas satu..satu yang datang..including me.
kami cuba menahan rasa marah masing2 tapi terlepas gak semalam.
isk..susahkan mahu bersabar..
Tak tahu nak tunding jari kat sapa.
dia ada masalah,aku pon ada masalah.
*sigh..
masing2 ada masalah yang agak berat..

Dalam keadaan marah2 tu pergi gak dating..hehehehe layan movie NGANGKUNG..
terbaik..huhuhu bestlah untuk gelak2...tak rugi.

Sekarang rasanya kami sudah semakin matang dalam menangani situasi.
MAksudnya kalau dulu aku macam takut2 je nak tegur kesilapan dia secara terang,
sekarang aku dah tau camana nak berterus-terang.
Dan dia pon sama tak ada lagi nak marah2 kalau tak puas hati.
BErbicara secara tenang dan dalam nada yang lembut..cehh

Huhuhuhu..
tapi ada satu masalah yang sangat mengganggu ketenteraman aku..
perangai aku sendiri..sangat2 'kepala batu'
kadang2 rasa seperti mahu ketuk kepala sendiri sampai batu pecah..hahaha
bolehkah?

sampaikan En.Tunang pernah sebut macam ni 'eeee..kepala batu betullah,dah tak tau nak didik macam mana lagi'.

sob..sob..Sedih~

Hahaha..tapi masihlah tidak insaf..kenapakah perempuan ini sangat degil..
La ni,En.Tunang dah tak kuasa nak bebel2 atau marah..paling2 pun..
'suka hati awaklah sayang,janji awak gembira'

itu kalau dia dah tak tau nak cakap apa lah kan.
malas nak gaduh dengan aku agaknya.

LAtely..mungkin sebab masalah banyak sangat..
aku rasa aku dengan dia sangat jauh..
macam renggang..
aku cubalah tanya dia slow2..
kenapa macam tak nak selalu jumpa aku..
kenapa pergi site tanpa jumpa aku..
kenapa bz sangat sampaikan aku rasa tersisih..
yup..aku sunyi~..
lama sangat tak bergurau dan borak2 dengan dia..
dia mengaku yang dia stress dan banyak problem..
dia nak lepak dengan aku..
jumpa bagai..
tapi dia tak nak terlepas marah kat aku,sbb dia tak sampai hati tengok muka aku mencebik je..ces~

Aku bukanlah demand mahu setiap masa dengan dia.
Cuma aku nak dalam satu hari ada beberapa minit yang berkualiti,
yang aku boleh habiskan dengan dia.

See..
huhuhuhu..orang bisnes..setiap saat adalah duit..
baik aku kena pegang kata2 ni,
sebelum bertunang lagi dia dah cuba fahamkan aku tentang dunia dan kerjaya dia..
jadi aku nak kena lekatkan dalam kepala kalau dah berkahwin,aku kena amik risiko yang waktu berkerja dia lebih banyak dari waktu berehat.

Owh..saya adalah orang yang sangat manja..
tak boleh ditinggal lama2..maka akan kerinduan berlebihan..
*mengada2
serius itulah aku....En.Tunang memang kuasa je lah nak melayan..hahaha
*berani r tak nak layan..cuba2

TApi semalam kami macam sangat hambar sebenarnya..
sebab pagi tu dia dah bebelkan aku..
pasal liat sangat nak dengar kata..
lepas tu ada gaduh sikit..
lepas tengok wayang..sudah baik sikit..
lepas tu pergi makan lagiiiiii baiik..owh rupa2nya dua tidak sihat dan sangat lapar semalam..
hahahaha *ketawakn diri sendiri.

tak ada motif sebenarnya mahu buat entry pagi ni..
aku dalam mood sengih2 sendiri sbb teringat kisah2 lampau..
if aku rajin nak share nanti aku cerita ye..
Bubye =)

26 November 2010

Ibadah

Salam,
selamat pagi.

Salam Jumaat..
hari ni hati agak tenang...
semoga segala urusan dipermudahkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku,yang penting setiap hari yang mendatang kita akan cuba jadi lebih baik dari SEMALAM.

JAdi apa kata kalau tiap2 hari jumaat aku tarbiyahkan korang..hahaha
kita share ilmu sikit pasal agam.
Asyik cerita pasal hidup je kan,mana datangnya nyawa kalau tak dari DIA,betul?

entry lepas aku ada cerita pasal BABI.
la ni aku nak share pasal wuduk.

mesti korang kata 'eleh tak payah bgtau pun tak pe,kitaorang solat cukup tak macam kau'
see..hahaha..confirm ada meh cakap macam ni.
JAdi tujuan aku kongsi ni untuk sapa2 yang tak tau lagi,atau jarang solat macam aku atau sekadar baca untuk kuatkan lagi ingatan atau apa2 lah.

mula2 kita mulakan cerita dengan bahagian air dulu.

(1)Air Mutlak
=Air yang suci lagi menyucikan (air telaga,air mata air,air hujan,air laut,air sungai,air embun,salji)

(2)Air mustakmal
=Air yang sudah digunakan untuk membasuh yang fardhu sama ada air mengangkat hadas kecil atau hadas besar dan air yang bercampur dengan sesuatu yang suci seperti air kopi.

(3)Air musyammas
=Air yang terjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yang berkarat.

(4)Air Mutanajjis
=Air yang sedikit (kurang dari 2 kolah (170 liter)) dan bercampur dengan najis.


Okey,setakat yang aku tau kita diwajibkan berwuduk sebelum solat kan?
ni kita cerita pasal AKU lah ea,aku yang kurang tau bab agama.
Sebelum ni aku ingat kita mesti ambil wuduk dengan air yang banyak,macam air yang mengalir (air paip)
hah macam tu lah,sebab aku jarang berada dalam keadaan darurat untuk ambil wuduk.Bukan tak pernah cuma kalau darurat tu aku masih ada ikhtiar lain untuk dapatkan air yang banyak untuk berwuduk.

Pak Imam tanya:
'kalau dalam keadaan darurat,dan kita hanya ada segelas air bersih untuk berwuduk,boleh tak kita mengambil wuduk dengan air sebanyak itu?'

hah,jawapan...jawapan please..
ramai yang jawab 'tak'..
aku?
aku mendiamkan diri sebab konpius kan..hahahaha *sebenarnya takut jawapan salah..

Pak Imam:
'JAwapannya,boleh.Siapa kata kita tak boleh berwuduk hanya dengan segelas air bersih.Islam itu mudah dan indah,hanya dengan segelas air je kita dah boleh berwuduk.Tak semestinya kita perlukan air yang banyak dan mencurah2.Wuduk itu juga membawa erti 'meratakan' air ke seluruh anggota wuduk.Kalau guna banyak air pun,tapi masih tak rata air ke anggota wuduk maka wuduk adalah tidak sah,kerana masih ada bahagian2 yang tidak terkena air.'

Berwuduk hendaklah menggunakan air yang suci lagi menyucikan.
Bukan sahaja menggunakan air paip,malah air telaga,air hujan,salji..
lihat KEINDAHAN islam.
Kalau korang nak gunakan air kolah boleh,tapi pastikan yang air itu melebihi dua kolah.
Yelah kita kan tak tau darurat tiba2 tak ada air.

TApi aku suka ayat Pak imam tu,ISLAM ITU INDAH.
Serius aku sangat tergamam bila dia kata secawan air boleh dibuat wuduk...kau?

Kalau misal kata tak ada air pun korang masih boleh bertayamum (wuduk menggunakan debu)
bab tayamum ni bukan aku tak nak terangkan tapi aku masih kurang jelas.nanti kalau ada info2 yang menarik aku bgtahu lagi ea.

P/S:Kalau info aku salah,sila betulkan.KAlau ada yang kurang sila tambahkan.

25 November 2010

Ujian Hidup

Salam,
selamat petang..

Alhamdulillah,tengah hari tadi dapat berita yang agak baik..
thanx cayang (you know who you are)

Aku hampir2 'tersungkur' hari tu..
terlalu banyak masalah datang menimpa.
Rasa seperti mahu menjerit..

Sesungguhnya aku hampir patah semangat.
Aku dah tak berani mahu mengeluh,tak berani mahu berkata2..
hilang punca..seperti segala2nya telah bernoktah.

En.Tunang tak pernah berhenti memberi sokongan macam tu juga dengan kawan2 yang lain.
My best buddy advice me, sujud kepada Allah S.W.T minta dia permudahkan segalanya,minta dia tenangkan hati yang tengah gusar.

Alhamdulillah....
Allah itu maha mendengar..
aku lega..lega yang tersangat.

Sekarang ni aku perlu kuat untuk berdiri..
berhadapan pula dengan manusia2 yang terlalu suka untuk menyakiti aku.

Sesungguhnya aku tak tahu apa masalah mereka..sumpah aku tak tahu.
Aku sedih...sedih sangat...
Aku tak layak mengadu pada manusia...hanya pada Allah aku berserah.

Allah maha pemurah..
mereka berikan aku kesakitan,
TApi Allah kurniakan aku kekuatan.

Aku belajar untuk memaafkan dan biarkan apa sahaj kata2 dan tohmahan,apa saja sindiran2 yang menyakitkan hati.TErpulang mereka hendak berkata apa sekalipun.
DAn hidup aku mesti diteruskan,tak boleh berhenti kerana aku kecewa dengan tindakan mereka.

Mereka bebas untuk berkata apa2,dan mereka hanya akan merasa puas kalau hubungan antara aku dan En.Tunang terputus.
YA,itulah kepuasan mereka.

Semakin banyak yang Allah berikan kepada kami,semakin banyak yang mereka tidak senang hati.

Kenapa?
sedangkan aku membiarkan mereka dengan hidup masing2.

Puncanya dari mulut seseorang,lelaki tapi mulut mengalahkan perempuan.Barua + 'Gunting dalam lipatan'

Aku hanya mampu berdiam,menangis dan menahan hati dari berdoa yang bukan2 untuk mereka.BIARKAnlah..

Allah itu maha adil.
Aku yakin dan sangat YAkin.
Aku cuma berharap agar aku diberi lebih kekuatan untuk bertahan,
lebih kekuatan untuk menerima dan bersabar.

KErana SABAr itu indah (^_^)

23 November 2010

Sabar

Salam..
selamat pagi..
aku sedih~
sedih sangat..
kenapakah?

Ya! Allah..aku berserah...
aku sujud dan meminta padamu..

Moga hati aku tabah untuk menghadapi dugaan.

Sabar..sabar..sabar..sabar...dan sabar..
*sakitnya hati ni =(

21 November 2010

Jiwa Kacau

Salam,
selamat pagi..
such a jerk day..

eh..bukan hari..tapi aku.
aku tak boleh dah duduk lama2 kat batu pahat ni..
aku tak tahu kenapa sakit sangat jiwa ni.

Macam2 hal dalam satu masa.
I think i'm not good enough to solve my problems..
huhuhuhu

sangat jeles tengok En.Tunang.
dia sangat sabar..cool okey
apa pun yang berlaku...dia sangat cool.
kenapakah?
aku tak boleh macam dia..
susah..
susah sangat mahu seperti dia =(


Dia agak bz sekarang ni jadi aku tak mahu ganggu dia dengan segala masalah remeh temeh..
kesian kat dia..
lebih2 lagi kalau tengok muka dia tengah tido..
shittt..
bukan lama pun mahu naik UPM.
satu malam je.
tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Tapi serasanya esok dia dah amik aku balik.
mintak2 dia jadi pergi Klang besok =)

i'm not in a good mood.
kesian dia selalu je kena tempias2 jiwa kacau aku.
tapi selalu je dia yang pujuk aku
'sabarlah..'

see..
kadang2 sampai aku cakap dengan dia,
'asyik nak sabar je,sabar,sabar,sabar...kenapa nak kena sabar?orang buat kita macam2'

dia senyum je,tak marah pun..
eeeee...aku plak yang sakit otak.
'Sabar sayang,ustaz kat kursus tu kan cakap sabar tu adalah perisai kita'

last2 kalau aku hilang sabar,aku menangis je..yup..menangis.
and he will hugs me...
'shhhhhh...semuanya akan selesai tak lama je lagi,anggap ni dugaan kita nak kahwin,percaya allah tu sayang kita'

i'm not strong enough like him
lately memang banyak je entry meroyan aku.
owh blog aku,ada aku kisah
*ceit perempuan ni poyos.

Hahaha...
kadang2 aku nak je mintak kat tuhan,percepatkanlah hr yang berlalu.
aku tak nak sakit hati.aku nak cepat2 kahwin.
banyak dugaan woooo..
selagi tak kahwin,selagi tu macam2 hal.

Jadi2..sapa mahu bagi saya tips bergembira?
lalala~
i need rest
i need peace

rasanya bila marah aku lapar.
la ni tak langsung..mungkin hati tengah tak best kot.

*sigh...

*tarik nafas,hembus..tarikkkkkkkkk...hembussssss

aku dapat rasakan yang badan sangat2 lemah..
adeh macam ni je lah tiap kali..
asal jiwa kacau je aku tak sihat.
mahu jumpa doktor mintak ubat yang paling kuat,
makan ubat pastu tido,
bila bangun memory yang tak best semua terpadam...
see..adakah ubat macam tu.
kalau banyak confirm laku dan habis betul?
kaya Farmasi2 dan Doktor sebab org nak ubat yang padamkan memory.


Kalau aku cakap macam ni..
'i need rest in peace'
hahahaha..
mampos je orang akan kata baik kau mati je long..
aman bahagia..memang peace..
eh..sapa kata..
kau hengat aman?
kalau kat dunia ni banyak dosa..
boleh bayangkan?
tak tunggu kiamat lagi sudah rasa seksaan kubur okey.


No need to talk about 'rest in peace'
seems like macam tau je nak mati bila
*sigh

Okeh2...
aku mahu mandi dan segarkan jiwa yang kacau.
*korang nak ikut mandi?
hahahahahahaha..
rumah atok aku tak ada swimming pool tapi kolah ada r....mahu?
*semua orang tahu kolah tu apa?google..sila2

18 November 2010

Babi

Salam,
selamat sejahtera ke atas kamu.

Aku dah kepochi bgtau kat korang aku dah dapat sijil kursus pra perkahwinan kan?
yes,tinggal beli borang,Hiv test,pengesahan status dan interview...

Semua settle je sudah boleh kahwin (^_^)

Ok,sebenarnya bukan tu aku nak cerita.
aku nak cakap pasa 'babi'.Ye 'babi'..sesetengah dari korang kalau marah mesti sebut perkataan ni kan?

Jangan tipu? *siap angkat kening..

Masa kursus tu,Pak imam tu ceritalah pasal 'babi' ni.
berpunca daripada cerita pasal 'najis'

secara umumnya,kita tahu babi itu haram..
dilarang makan dan sentuh.
Dan Kecuali darurat sahaja kau boleh makan (untuk org islam).
MAksud aku darurat yang memang tak ada langsung makanan dan yang kau ada cuma 'babi'
see..macam tu..


Dulu pernah ada kes (menurut Pak imam),
di mana ada seorang pelajar universiti dikecam hebat,hanya kerana dia pegang babi.
Kenapa dia pegang babi?
Sebab dia nak buat kajian ke atas haiwan itu..*selanjutnya kenapa haiwan itu yang dikaji,aku tak tahu.

Pak imam cakap lagi,pelajar itu ambil gambar sa,bil dia dukung abbi tersebut sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada lecturer dia,yang sememangnya tugasan beliau sudah dilaksanakan.BErmaksud dia tak menipu untuk mendapatkan keputusan kajian.

MAlangnya,gambar beliau memegang babi itu dikecam hebat sehinggakan menyebabkan beliau tertekan dan terpaksa menangguh kuliahnya selama setahun.see..kesian..
kerana bila di kampus dia selalu dikecam hebat oleh pihak2 tertentu.

JAdi dalam sesi cermaha ni,pak imam menerangkan..
memegang atau menyentuh babi itu sememangnya haram tapi tidak berdosa..sekali lagi tidak BERDOSA.

Contoh sama je dengan anjing,bila terpegang kedua2 binatang ini kau harus samak dengan 7x air bersih berserta 1x air tanah.

Tak perlu sampai satu lori kau amik tanah.
hahaha...

Mula2 aku pon keliru gak..haram sahajakah atau berdosa.
Tapi bila pAk Imam kata hanya haram dan tidak berdosa,barulah lega sikit.
Cuma Pak Imam tu kata mentaliti kita ni sebagai orang Melayu yang problem.
KAdang2 kita ni ubah hukum sesuka hati.
YAng tak patut kita wajib dan haruskan,yang patut dan wajib kita abaikan.

TApi jangan lepas ni korang nak bela dan pegang babi sesuka hati pulak.
Hukum tetap hukum jangan main lanyak je.. =)

Kenapa Babi tak boleh makan?
Menurut Doktor yang bagi ceramah kesihatan masa tu,dalam babi ini ada sejenis cacing yang dinamakan cacing pita.Cacing pita ni camana pun kau buang dari badan kau,dia akan tetap kekal dalam badan..dalam erti kata yang lain..'degil'.


Secara langsung kau pon tau kan ada beberapa penyakit berkaitan dengan babi?


Jadi kata PAk IMam lagi..
'Islam itu Indah dan banyak rahsia di dalamnya'.

Itu je aku nak kongsi untuk hari ni.
Bila nak kahwin ni banyak rupanya yang aku tak tau.
jadi harus mulakan perjalanan dedngan 'belajar' lagi.
Kalau apa yang aku bagi ini tidak sempurna dan salah,silalah korang pulak mencari info2 yang berkaitan lepas tu kita kongsi ye. =)

17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam,


Selamat Hari RAya Aidiladha..maaf zahir dan batin
serta
Selamat Hari LAhir untuk Cousin kesayangan..
Siti Aisyah Binti Akiah.
Semoga panjang umur dan murah rezeki serta semoga segala urusan untuk majlis perkahwinan kamu bulan hadapan dipermudahkan sayangku (^_^).

Kepada korang yang membaca blog busuk aku ini..
selamat hari raya aidiladha.
Sila korbankan lembu bagi yang mampu dan memang berkehendak tetapi jangan korbankan diri sendiri ye..

Marilah kita pergi beraya dan mengumpul duit raya..
Aku rasa macam nak buat biskut rayalah..hahaha