Sentuhlah saya

12 June 2011

Aku terror okey :p

Assalammualaikum w.b.t
selamat sejahtera...lalala~


sejak akhir-akhir ni...keinginanuntuk memiliki oven baru adalah menebal..
kat rumah mak mertua yang ada hanya oven bulat zaman aku baru pandai main basikal..hahahaha..ya ampun mak.

yelah siapa yang nak buat kuih kat rumah dia?tak kosernya dia kalau tak ye...ye
yang rajin menyepahkan dapur dia kan aku....hahaha

masak aku tak tahu..kalau buat instant cake aku tahu...:p

Nampak hebatkan?family aku kata sedap...padahal..tambah minyak jagung+telur+air..settle :p

Kalau kau rajin kau topping dengan chocolate ganache...senang je..sila google.. sebab aku nak buat kek pun aku google ok,kalau tak best buddy aku jadi mangsa hahaha...padan muka dia..*kau tahu kau siapa :p


Blueberry cheesetart aku yang skali hadap tinggal 3 biji je, ini adalah kegemaran semua siap request buat banyak2...boleh je.tp En.suami sila belikan oven baru....aku kalau datang mood rajin memang boleh buat berjenis-jenis kek dan biskut dalam satu masa....tapi KALAU RAJIN.kalau malas sila hadap muka sembap yang selalu tido...kalau tak kau nampaklah aku kat mall...hahaha :p.ok nak sambung tido...hew...hew...hew...lalala~





11 June 2011

Apa sebab bersedih?

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia...hahahahaha

ok tajuk entry aku kan kadang-kadang merapu...
aku suka je letak entah apa-apa..
sebab entah apa-apa je ada dalam kepala..
lalala~


memandangkan masih bersantai di atas katil *cuti kau..hahaha
tiba-tiba fikiran aku melayang merindui orang-orang di sekeliling ku..huhuhuhu


i miss my mama, atuk, mak iza and her babies.....i miss my tilam kat kampung...alolololo
x sukanya...
Aku selalu rindu sifat dengki mama aku kat budak ni sebab suka ikat rambut dia yang kerinting tu.Kau tengok guna tali rapia pon layan janji ikat.dia kata budak ni macam anak negro sebab rambut kerinting.ceh...

Lihat mereka...adalah kegembiraanku...dari kiri DANIA, DAMIA & DANISH.fine...i miss them so much :'(


This lil girl slalu datang rapat-rapat dan cakap 'along,amik gambar'...hahaha





OMG....i miss her....



Dengan pompuan ngok ngek ni lagi aku rindu sebab dia adik aku...aku sangat-sangat bosan tanpa dia kadang-kadang.cis...sebab aku boleh cakap lepas ikut suka tanpa memikirkan perasaan dia,tapi dia tetap sayang aku....huwa...wa..wa..wa..wa..apa sebab bersedih?sebab sekarang aku rasa lonely....benci~









10 June 2011

Berehat

Assalammualaikum w.b.t
selamat tengah hari..
hohohoho..
aku tengah berehat2 di atas katil dengan perut yang penuh...

Bahagia?mestilah....
cuti 2 hari kau...
Doktor suruh rehat...aku ni kan mana boleh letih sangat nanti mulalah sakit2..
hehehehe..


aku ada cerita yang mahu disiarkan..tapi nantilah tunggu aku betul2 sihat,aku cerita ye.
aku cuma mintak kau doakan aku sihat alhamdulillah...
sekarang tengah menunggu En.suami pulang dari masjid...
mahu bergolek di atas katil sama dia..hahahahaha

Petang ni mahu exercise di mall...lalalala~


suami siapalah ni...hahahaha

09 June 2011

Denyutan nadi

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia..

Denyutan nadi pagi ni seolah-olah tidak mahu memperlahankan kelajuannya...seperti meraikan cinta lebih dari hari-hari sebelum...


Alhamdulillah...Allah beri aku peluang untuk bernafas lagi hari ini...

Aku dalam mood dalam HATI ADA TAMAN......




Mari kita MeRaIkAn CiNtA..... (^_^)

08 June 2011

Allah S.W.T(^_^)

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang...

(^_^)

Dulu aku selalu merintih..kenapa aku rasa tuhan tidak adil..kenapa aku kena hidup susah dulu..kenapa ada kawan-kawan aku terus hidup senang..kenapa mak bapak dia kaya raya..kenapa mak bapak aku tak..

Dulu aku selalu tanya dekat tuhan..kenapa aku selalu bersedih..kenapa mesti aku lalui banyak perkara yang menyakitkan hati..

Dulu aku selalu tanya pada tuhan...kenapa aku ni bodoh dan tak pandai.kenapa aku tak boleh dapat 5A UPSR,kenapa aku tak boleh dapat 8A PMR,kenapa aku tak dapat 10A SPM...kenapa?

Dulu aku selalu tanya tuhan kenapa aku selalu biadap dengan orang tua aku...kenapa hati aku keras macam batu..kenapa?

Dulu aku selalu tanya tuhan kenapa ayah aku kahwin lagi?kenapa aku ada mak tiri,kenapa mama aku selalu stress dengan ayah aku.kenapa mama aku garang...dan kenapa.....

Dulu aku selalu tanya tuhan kenapa aku ni susah dapat kerja,kenapa kerja tak nak lekat kat aku...kenapa?


Dulu aku selalu tanya tuhan kenapa aku kena berjumpa dengan lelaki yang salah sebelum aku berjumpa dengan SUAMI yang sangat mencintai aku.dan kenapa aku perlu sakit hati sebelum aku bahagia?


Tapi itu dulu..sekarang aku dah tak nak tanya apa-apa lagi.sebab aku sendiri yang tak sedar Tuhan dah bagi aku banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.sampaikan aku buta mata,buta hati...aku abaikan segala tuntutan.

Tuhan itu kan maha adil...kalau dia belum beri sesuatu mungkin bersebab kenapa...kerana rencana dia lebih maha hebat dari apa yang aku inginkan.

Kenapa aku tak bersyukur?kenapa aku tak pernah mengagungkan kasih tuhan pada aku....kenapa aku tak tahu bersykur kerana sering diberikan peluang-peluang yang elok...


Tapi selepas nikah aku lebih bersyukur..hidup aku menjadi lebih baik dan baik....alhamulillah terima kasih tuhan atas segala REZEKI yang telah kau berikan.

06 June 2011

Perghhh..emo hahaha

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia..holalalala.. :p

Hari ni emosi aku tak stabil mengenangkan beberapa peristiwa yang lalu..hahaha..kenangan masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

Hahahaha..apakah pagi-pagi aku dah bagi kata-kata hikmah untuk semua orang..lalalala~
Dari minggu lepas aku asyik mengimbas masa lalu aku dan suami...
Dan tiba-tiba aku rasa sangat bersyukur sebab tuhan bagi aku pinjam seorang lelaki yang tidak sempurna tapi kuat dari segi semangat dan mentalnya.

Aku rasa sejak kebelakangan ni entry aku ni asyik emo je kan.isk..kalau kau jadi aku pun memang emo memanjang.Tapi En.suami cool..hahaha..rajin melayan aku.

aku kan selalu je meluahkan perasaan pasal sebilangan kawan-kawan En.suami yang memang aku tak hingin nak dekati lagi.hahahaha..*jahat..atas sebab-sebab tertentu.

Erm..mungkin aku pernah terluka dengan segala tohmahan yang dilemparkan...kadang-kadang aku terfikir..bukankah manusia itu pernah berbuat silap?bukankah manusia itu penuh dengan kekurangan.

KAdang-kadang aku rasa seperti mahu membalas segala kata-kata mereka dengan kata-kata yang lebih pedih,kadang-kadang aku rasa seperti mahu memaklumkan kepada dunia yang mereka itu pun apa kurangnya..malah lebih teruk lagi.

Kadang-kadang aku ketawa sendiri tengok manusia yang pada zahirnya mengaku sebagai kawan dunia akhirat...ptuih...hahaha..*eh kalau En.suami baca ni mesti dia bebel-bebel kat aku.

Hati aku dah letih,setiap pandangan mereka aku dah dapat baca..depan penuh dengan sopan belakang penuh dengan nista..apakan daya.MEreka ramai dan aku hanya berdua dengan En.suami.Tapi tuhan tu maha adil..walau banyak kesusahan,walau banyak kata-kata yang menyakitkan tapi En.suami tetap cool dan tenang.

Tipulah kadang-kadang dia terasa juga,cuma hati dia dah kebal...dah tak mampu nak kecil hati dengan kawan-kawan yang semacam itu.

Bagus aku suka,sebab sekarang dia dah pandai pilih kawan yang lebih baik.

Aku pun tak terkecuali,ada je dalam kalangan kawan yang makan kawan..tapi aku cuma abaikan.marah aku bukan lama.KAlau aku betul-betul makan hati...memang aku berjanji dengan diri sendiri yang aku tak kan dekati lagi manusia yang semacam itu.

Kadang-kadang aku ni terlalu melampau sehinggakan meminta kepada tuhan agar membalas segala tohmahan itu kepada mereka.BErdiam kadang-kadang bukan sebab mengalah,tapi lebih baik diam jika ianya akan mengakibatkan permusuhan.

Hidup ni macam-macam kan.Sampai bangun tido tadi aku berfikir lagi.KEnapa manusia tidak pernah puas?kenapa manusia sering kali berhasad dengki sedangkan tiada apa yang boleh didengkikan?

Huahuahua..berkat kesabaran atas segala perangai manusia tu..hahaha..alhamdulillah..Allah bagi lebih dan lebih lagi pada aku dan suami.Mula-mula memanglah sakit sebab adanya manusia-manusia lain yang termakan dengan kata-kata mereka.TApi kalau sudah berakal mesti dapat menilai.

Tujuan aku kali ni bermotif ye buat entry tak best ni.Aku tengah emo..sebab aku sakit hati..tapi aku dalam proses belajar bersabar di bulan REJAB.Sebab aku nak jadi orang yang lebih baik walaupun mulut ni kadang-kadang tak boleh berhenti dari sebut benda yang merepek..erk..maksud aku mencarut..

gambar di bawah adalah bukti cinta aku pada suami sebab merelakan aksi lucah ini..hahahaha

NAnti rajin aku upload lagi gambar sanding sebelum tu aku berhutang gambar malam berinai...hahahaha..jumpa lagi nanti kalau aku rajin..bye.

03 June 2011

Suami orang punya hal

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi :)

Tiap kali nak buat entry baru mesti blurr..serasanya tiada benda berilmiah mahu dikongsikan..eik..
hahaha..macam selama ni blog semua berentry ilmiah..cis.. :p

Aku tak tahu siapa reader aku,yang aku kenal hanya beberapa orang dan termasuk silent reader.. (kawan2 aku yang entah dari celah mana diaorang jumpa blog aku)

Fine...hari ni aku nak cerita pasal skandal masa skolah..eh..selamba je nak bukak cerita lama kan..dan2 aku dah kahwin segala cerita lama aku kasi bongkar hahaha

sebenarnya tak da lah heran sangat nak cerita bagai..sebab aku rasa macam tak best pun nak cerita.skandal aku tu pun dah kahwin.wife dia pon kawan2 masa skolah gak.alahai~

Mula2 aku macam tak kisah pasal diaornag ni,diaorang start bercinta bila pun aku tak tahu.sebab aku kalau dah fall in love dengan seseorang, aku memang tak amik port hal orang.asyik belek bf aku je.lalala~ *la ni nasib jadi laki.

Skandal aku ni,masa skolah memang sangat lah rajin melayan aku.walaupun dia kasar tapi dia sangat baik weh.Ini menyebabkan aku hampir dipulau oleh skeumpulan kawan2 perempuan yang berpandangan buruk pada aku. *nak wat camana,sebab tu aku tak suka sangat kawan dengan perempuan ni.leceh.

Sampai habis skolah,skandal kitaorang tamat kat situ je lah sebab aku dah ada bf..hahahaha *la ni laki aku.

Aku tak tahu yang skandal aku ni sebenarnya kecik hati dan dia ada niat nak jadikan hubungan kitaorang ni serius.TApi bagi aku hubungan kitaorang memang tak kan jadi sebab...alahai...aku tak yakin langsung dengan dia.Mugkin dah memang takdir sebagai kawan je kot.

Bila dah setahun dekat U,kitaorang terjumpa balik.Melalui Handphone lah.Kata kawan2,maka masih ceria macam dulu.Dia ada cerita yang dia ada hubungan dengan kawan skolah juga,tapi aku tak tahu siapa.ada aku kesah?hahahaha..aku buat macam biasa je lah.

sampailah diaorang bertunang,tu pon sbb tgk gambar dekat FB,baru aku tau siapa bakal isteri dia.Tapi aku okey je,sebab dah jodoh dia,aji gila aku nak jeles.Hati ku telah ku serahkan pada EN.suami masa tu.Gila setia lalalala~

Bila diaorang kahwin pun aku datang ok.masa aku kahwin je diaorang tak datang.sadis~
eh..hahahaha

Tapi entah kenapa,aku dapat rasakan yang tahap cemburu isteri dia tak pernah berkesudahan.
Yang si kawan aku ni plak macam haram.boleh je puji aku depan bini dia.nampak sangat kebodohan dia terserlah.macam nak lempang laju2 je rasanya.KAu dah ada bini hoih.jaga sikit perasaan bini.Dahlah mengomen dalam FB.

Ni tak aku pulak bertanggungjawab nak menaturalkan keadaan.seolah2 tiada apa yang berlaku.
Kalau aku jadi bini pon sakit jiwa,dahlah kau pernah ada ksandal,dah kahwin pun kau boleh je lepas cakap suka2.FINE..aku tak faham orang macam ni.

La ni boleh je kawan aku tu nak cerita pasal hal2 yang lepas.Aduhai..apakah.nasiblah En.suami memahami.Aku ni kan tak kisah,kalau kau cakap tak lurus memang aku tak faham,kalau kau cakap tegak2 baru aku faham.

Insiden yang berlaku buatkan aku rasa kurang senang.siap ada kawan lain yang sound kat wall aku lagi suruh dia ingat bini.WTF.bunyi macam aku ni perampaskah.aji gila...terjojol gambar laki aku dalam tu.betapa banyaknya gambar lucah kami laki bini.hahahahaha

Wah..aku masih waras ok.Dosa dowh nak curang terhadap suami.ok apa yang aku nak cakap ni memang BIADAP dan berunsur BONGKAK.Tapi serius ini sebenarnya yang aku mahu cakap.
Aku cakap ni sebab nak membalas apa yang orang-orang biadap cakap belakang aku.

Aku tak sangap sangat dowh nak laki orang,laki sendiri ada,lagi pun dari segi fizikal walaupun laki aku tu boroi dia tetap pujaan hati ku yang penting dia lagi hensem dari laki orang tu,lagi banyak duit walaupun tak sampai tahap kaya-raya aku dah rasa cukup senang lenang *walaupun dia yang kerja keras siang malam cari duit...wakakaka,lagi sporting aku boleh paw suka2 hati *memandangkan aku tak bekerja.Jadi apa lagi aku nak?Sebut je nak apa,laki aku sediakan * eh tak lah semua,dia dah sound aku siap2 suruh habiskan belajar kalau tak duit jajan kasi potong.

Aku dapat lebih dan lebih lagi.....yang penting aku bersyukur.haisy..tak pe lah manusia2 yang biadap aku maafkan je lah.lagipun kau dengar dari mulut orang.KAu cakap apa pun aku masih macam ni gak.Masih nafsu makan membuak2..masih gila bershopping..masih malas nak siapkan tesis LOL..hahahaha.

Susah gak ek,kalau jadi manusia jenis tak kisah ni,orang lain tak fikir hati kita pula.Aku ni cuma risau En.suami terasa hati.setakat ni dia senyum je.dia kata benda kecik bukan aku buat apa pon.erk..pedulilah...yang penting i bahagia..lalalala