Sentuhlah saya
10 August 2010
Selamat datang Ramadhan
selamat petang..
hari ni last korang makan siang ye...
nak jumpa lunch hour sila tunggu sebulan lagi..
Pada sapa yang boleh solat mari kita mula mengerjakan solat sunat tarawikh malam ini..
Semoga ramadhan kali ini dapat kita nikmati dengan sepenuhnya..
Aku cuma nak berkongsi tentang diri aku.
sebelum masuk U aku sangat menikmati RAmadhan..
aku slalu tak sabar2 menunggu Ramadhan..
tapi sejak 5 tahun lepas aku seringkali lalai dan leka..lebih gembira menikmati hal dunia.
bukanlah aku tak puasa..*memang tak pernah penuh pon.
Maksud aku,aku jarang menjalankan ibadat2 sunat dan menikmati kelebihan Ramadhan.
Sampaikan satu masa aku tak rasa apa2 untuk menikmati Ramadhan,yang aku fikirkan hanya sekadar menunaikan tuntutan Islam.
Damn..hahaha..manusia sering alpa kan..
tapi aku tak kira Tahun ni aku nak tebus balik kesilapan aku 5 tahun yang dah berlalu ni..
5 kali Ramadhan aku sia2kan..
Aku harap Ramadhan kali ni penuh keberkatan,ketenangan dan kebahagiaan...
aku harap bahagia yang boleh menempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman kelak.
*ini impian aku okey..
Tak da sesiapa yang tak inginkan perubahan,so do i..
Aku inginkan kehidupan yang lebih baik.
kalau kau sempat doa panjang2 sila doakan aku sekali ye..doakan semoga aku menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini.
Aku mengharapkan sesuatu yang bakal aku lakukan kelak 'berterusan' hingga aku menutup mata.Aku tak sabar2 nak menikmati RAmadhan kali ini..kau macam mana?
Ramadhan kali ini aku dikelilingi dengan insan2 kesayangan.JAdi tak hairanlah kalau aku gemuk.aku susah hati pon aku tetap senang hati..hahaha..
Bukan kerana aku dah puas hidup sendiri,
Tapi aku dah puas rasa 'sakit'.
Bahagian kita semua kan tak sama,mungkin bahagian kau lebih baik dari aku..
Jadi kita patut bersyukur apa yang telah ditetapkan untuk kita.
Kepada semua blogger dan sesiapa yang sudi membaca blog aku nih,
SELAMAT BERPUASA,SEMOGA PUASA KORANG LEBIH BERMAKNA.
*aku ternampak 'dia' sujud menyembah Allah S.W.T dengan khusyuk.Kalau 'dia' sudah berhijrah kenapa aku melengah2kan.Cepat along..cepat =)
09 August 2010
Raya+Engagement
selamat pagi..
miss me.?=p
*miss lah..miss lah miss lah..hahaha biol.
weekend kau jangan haraplah nak dapat entry x berilmiah dari aku,
sebabnya i memang pemalas okey..
lebih2 lagi semenjak hidup kat kampung ni..
umphhhh..udara segar di pagi hari..
huahuahuahua (^_^)
Banyak je insiden berlaku minggu lepas,
tapi aku update mana yang aku rasa aku nak je lah,
Rabu lepas yang mana aku rasa En.Tunang macam baru bangun dari tido..
tb2 dia ajak aku keluar awal waktu tengah hari..
of course ler aku macam termangu2..
okey,nak heran apa dia bos kecik kan?
jadi aku kena patuh arahan.
puncanya semata2 aku teringin sangat nak naik 'Toyota Fortuner'
kereta yang agak mewah.
mewah lah pada aku sbb tak mampu nak pakai keta lagu tu.
semestinya bukan kereta En.Tunang ye,kereta salah seorang kontraktor yang memang dah kaya.
kami menumpang berkat je..
okey melalut..
naik2 je aku siap kagum..
*(*_*)
kagum sangat sampai lupa nak tanya mamat tu nak heret aku ke mana.
tak kan nak balik rumah makan kot.baru kol 12..rupenya dia membawa daku ke shopping complex..
*siap control muka tak nak tunjuk yang aku dah nak melompat2 kegembiraan..
Dia heret aku masuk Gulatis.
lepas tu dia terus duduk kat sofa dalam Gulatis tu dan cakap..
En.Tunang:awak gi pilih kain yang awak nak.sy tak pandai nak pilihkan,takut tak kena selera awk.
*holololo..comel..
Aku:kain untuk?
En.Tunang:buat baju raya lah sayang,hr tu tunang kan sy tak bagi.la ni kira bergandalah untuk tunang dan raya..
*yippiee...
Aku:Awk tak nak pilihkan?
En.Tunang:awk pilih mana yang awk suka yang penting warna 'peach' boleh sedondon dgn sy.
*Hoyeah..
Aku:erm..*siap kelip2 mata
En.Tunang:ops! anggaran maksimum ialah RM*****
*PEluang dtg sekali je dalam setahun (haram,peluang aku banyak kali datang kalau pandai jek =p)
Pencarian bermula dengan dibantu oleh pekerja kedai..
En.Tunang hanya memberikan pandangan cantik atau x..
Bajet memang tak over..
jadi korang leh undi aku untuk jadi host destinasi bajet musim depan
*perasan hahaha
Memanglah tak over,setelah membayar dan baki dari jumlah anggaran ialah RM2 sahaja.. =p
En.Tunang:kamu ni memang bijak berbelanja ye,memang patut kamu bagi balance hanya RM2*sambil usap kepala aku =p
Bijak tak aku?bijak kan?kan?kan?kalau kau nak shopping ajak aku skali ye =)
Kain adalah di dalam paper bag,
tengok bag saja sudah,segan dengan korang.
sebab baju korang confirm lagi meletop dari aku..
aku beli bikini 2 piece je dr gulatis huahuahuahua

06 August 2010
Perasaan atau realiti
selamat pagi..
Friday again..
:-( hr ni kena dok opis sorang2 okey,
En.Tunang gi JB hantar dokumen.
LAgipun ada keja kat opis yang kena aku buat.
Semalam aku hantar lauk kenduri ke rumah atok semah,
*Rumah atok mar buat Tahlil..
Sampai2 je kat kampung ada mak uda+Pak UDa+Cik Alus(cousin)+Cik Aman+ada sedara mara lain dan adik beradik aku 'satu ayah' (aku,abang tam,zizi dan zizul)
Aku bukan nak cerita pasal atok aku yang ssh bebenor nak dipujuk gi klinik,
dah terlantar sakit,semua orang dah habis akal nak memujuk dia...
sedih?..harus sedih...
sebelum2 ni aku hantar makanan dia sihat je..
aku rasa dia jatuhlah masa jalan2 keliling rumah.
sebab kata Cik Halus ada lebam besar dekat punggung dia..
aku suruh ayah hantar pergi urut..
kau tau bapak aku cakap apa..
'nak urut tang mana long?atok kau tu tinggal tulang je.PEning kepala orang yang nak urut tu karang sbb tak da daging'
See?
bapak aku tu dah pening sebenarnya..
susah hati tengok mak dia macam tu..
menyimpang..kau lah ni tak nak tegur..
hahaha..tadi dah cakap tak nak cerita pasal atok aku yang sakit..
Ceritanya macam ni..
secara tak langsung aku kan ada adik-beradik lain selain adik aku yang dua org tu kan..
secara rasmi kami yang Ber-bin dan Ber-binti kan RAHMAD ada 9 orang semuanya.
yang paling sulong abang.
kitaorang panggil Abang Tam.
dulu sebelum aku masuk U,
dia sangat baik dengan aku..
dia panggil aku 'adik' okey.
Hubungan kitaorang tak da masalah,
dia kahwin dan beranak pinak..
aku tak tau sejak bila dia suka sangat buat muka masam kalau nampak aku..
erm..kalau tak silap sejak raya tahun lepas...erk..tak2...sejak aku sambung belajar lagi.
YE...sejak aku sbg master.
Dia dah tak macam dulu..
*sebenarnya kami memang tak da kemesraan adik beradik..
i think its my dad fault..*please ignore this statement...
Semalam aku sikit punya senyum kat dia,tegur lagi..dia leh tarik muka..kejadah..
aku nak je sembur..
'kau dah senang sekarang ni,kau rasa kau bagus ke?'
aku rasa ni semua punca dari kereta buruk yang bapak aku belikan aku tulah..
kau fikir logik akal..
dia masuk U dulu dr aku,
patutnya dia pun dapat kereta jugak kan?
Tapi ayah aku tak da offer dia apa2 sebab ayah aku yakin dia leh masuk U,sebab dia pandai..
aku plak sebaliknya,aku tak pandai dan malas belajar tu sebab ayah aku offer kereta kalau aku dapat masuk U.
Salah aku ke?
Kakak aku pon sama,
kalau dulu cakap she will treat me nicely..but now..hanya kata2 sindiran..
jadi patut ke aku tolak kereta buruk tu dalam gaung semata2 nak sedapkan hari semua orang.
sedangkan hidup diaorang lg senang berbanding aku...
Aku tak pernah hirau hidup diaorang,
tapi ayah aku adalah gak ngadu2 pasal diaorang kat aku..
aku tak rasa i'm dadys daughter..
tapi Cik Alus kata ye..i'm dadys daughter..
dalam konteks aku kat sini..
'anak yang rapat dengan dia'...
memang aku akui aku tak pernah kena 'cuit'..sikit pon tak pernah..
bukan sbb aku baik atau apa..
sebab aku sangat hormat ayah aku...
tapi kadang2 aku rasa ayah aku ni terlebih2 plak..
seems like..
(1)kalau aku mintak kebenaran untuk satu2 hal,memang payah dia nak bagi.Tapi adik beradik lain petik jari je ayah aku dah bagi.
Contoh:pergi camping etc.
(2)KAlau hal pantang2 makan untuk belajar ni,aku semua tak leh makan,
contoh:pernah satu masa aku berdua je ngan dia gi 'ngeteh',aku order nasi goreng kampung.Bila sampai je nasi,banyaklah bilis yang bertaik kat dalam tuh.Dia terus panggil tokey kedai mintak tukar yang lain dengan alasan takut aku jadi bodoh makan taik bilis.*aku dah memang sengal pon walau tak makan taik bilis
Situasi kedua:dia beli tonkeng ayam banyak2,tapi bila aku nak amik je dia siap marah 'kau tak boleh makan ni nanti belajar tak pandai'..tapi bila adik2 aku makan dia bagi je..*kenapakah?
Situasi ketiga:masa semua orang sibuk meratah kepala ikan merah masak asam pedas,aku sorang makan isi..*adilkaH?
Situasi keempat:aku demam dan balik dari klinik kitaorang sgah makan,aku nak order orange juice 'sejuk' padahal aku batuk teruk,mama aku marah tak kasi.Tapi aku berkeras nak,ayah aku terus cakap 'tak pelah dah dia nak bagi je lah'.*WHat the????????
Tapi situasi empat tu aku suka sebab bila aku berkeras dia akan bagi jugak..walaupon muka dia berkerut tengok aku sedut air batu tu..=p
Dalam 9 orang ni,aku sorang je yang tak pernah kena pukul.KAu rasa?ayah akupilih kasih?
Adik2 aku pernah je perli2 aku..
'kau kan kesayangan ayah'
bila aku nafikan..
'mama yang cakap dalam ramai2 kau ni paling dia sayang'
MAsih salah aku?
aku survive sendiri okey.
aku tak amik kesempatan pon,sebab aku tau kondisi ayah aku camana.
never ask him anything kecuali 'sila bayar ansuran kereta along'
Adakah abang aku jeles sebab ayah aku pernah puji aku terapung-apung di udara..
*silap kau gak,kau tak pernah nak amik hati orang tua tu.selalu je orang tua merajuk ngan kau.TAk kan aku yang adik ni nak ajar camana nak jaga org tua.Kau CIKGU dowh,lagi pandai dari aku.Kasih sayang no limit okey,tak semestinya kau dah kahwin semuanya over between kau dengan ayah..He loves you so much bro..more than you thought.
Kau tau kenapa aku study gila babi masuk U bagai walaupon cita2 aku tak berkaitan dengan U langsung okey,ayah halang cita2 aku sebab ayah nak aku jd macam kau.sebab ayah slalu kata kau pandai dan anak yang baik.Jadi aku pon nak jadi terbaik macam kau thats why i wanna beat you..be much better than you.
Tapi bukan bermaksud aku merendah2kan kau,sejak azali kau adalah abang dan aku adalah adik...tak da apa pon yang akan mengubah hakikat tu..
Hush..emo sekejap..
aku tak tau nak luahkan macam mana...
En.Tunang of course aku tak kan cerita..
Blog?dia tak da masa nak baca blog aku ni.
FYI aku ni selalu je bergaduh ngan ayah aku..SELALU..adik2 aku taulah..
tapi ayah tak boleh merajuk lama dengan aku
*statement ini deperakui oleh Cik Alus.
HE needs me..
untuk bercakap+berbincang+meluahkan perasaan
aku tak cakap adik-beradik lain takut dengan dia,
cuma aku bukan jenis menerima sahaja tanpa membantah..
bila ayah aku bagi pandangan dia,aku akan selalu argue disamping menyampaikan hujah2 aku..sampailah ayah aku terdiam..see?not a good girl right?
aku dah jauh menyimpang..
aku tak bangga pon kalau jd anak kesayangan..kalaulah kan..
untuk apa?kalau adik-beradik yang lain asyik dok pandang senget je kat kau..
kitaorang adik-beradik pon tak rapat,masing2 hidup sendiri2.
serius,kalau aku tak bercerita dengan kawan2 diaorang pon tak tau aku ada adik-beradik ramai..
hahaha..aku ada 5 anak sedara tapi semua aku tak ingat sapa nama..boleh?hahaa
nak jumpa setahun sekali pon susah.
Perasaan atau realiti.
entahlah aku pon tak tau diaorang ni marah kat aku atau apa,
sebab aku amik keputusan malas nak tanya kalau memburukkan lagi keadaan.
Yang penting aku bahagia dengan hidup aku sekarang ni walaupun banyak je cabaran...
t.a.t.a =p
04 August 2010
Sucks when..
selamat petang..
pagi tadi aku rasa sangat best sebab aku gi kerja saing ngan bff aku...
tapi petang ni aku rasa tak best sebab tangan aku sakit..
sakit!!!!!!! kerana insiden bergelut dengan En.Tunang..
dia cari pasal dulu usik aku,maka adengan serang balas berlaku,tanpa disengajakan tangan aku terkena grill kat rumah dia..
wa..wa..wa..wa..wa..wa..
rasa seperti mau patah....
aku menangis..sumpah aku nangis sebab tangan aku siap tak leh gerak bagai..menggigil sebab tahan sakit..
aku terus jalan masuk bilik dia panggil nak tengok pun aku tak layan..
sakit sangat...tiba2 rasa marah yang teramat kat dia..
pada hal salah aku gak..
dramatik sungguh..
masuk bilik siap kunci bagai kan.. =p
dia ketuk2 bilik aku tak mau bukak..
sampai aku terdengar dia geledah laci almari cr kunci spare..
drama samapai ke kemuncak bila mak dia join sama ketuk pintu bilik.
aku pon kuarlah dengan air mata berjuraian..
hah apa lagi..
mak dia punya muka terkejut gila,hahaha padanlah muka kamu kena bebel =p
dia cr minyak gamat nak sapu kat tangan aku..
aku punya keras hati..aku tak bagi langsung dia pegang tangan aku..
dahlah tangan sakit,hati sakit plak tu..
lepas sapu minyak aku terus halau dia keluar...
ye...aku terus tutup pintu lg skali..
tb2...hp berbunyi tanda ada sms menerjah..
'maaf ye sayang, tak sengaja la..'
kau rasa aku?
aku reply balik dan cakap..aku tak maafkan dia..
walhal aku dah maafkan..
eeeeeee...sakit tangan aku tau tak...
sekarang ni pon masih sakit..
oleh kerana aku nak gembirakan diri sendiri,maka aku pon buat entry ni..
tajuk entry tak da kena mengena..
harap maklum.. =p
babai..En.Tunang dah call suruh buat kerja...see you
03 August 2010
Again with her =)

Menu kami pada malam itu..nom..nom...
sedapkan..
whooohoo..lupa nak bgtau,sebelum aku kuar dating ni..ada drama antara aku dengan En.Tunang..
Aku:Abang,hr ni syg nak dating dengan syira tau..
En.Tunang:ermmm.....(senyap)
Aku:abang dengar tak ni?
En.Tunang:dah 2 kali tau syg dating dengan syira,dengan abang dah 2 minggu tak dating.(tarik muka)
Aku:lah..nak dating ke?awat tak bgtau awal2..
En.Tunang:Sayang tak ajak abang,sayang syira lebih dari abang..
Hahahhaa..bodoh okey masa ni..aku dah gelak gila2 tengok muka dia masam..apa ke hal dengan syira nak jeles...kejadah syira tu sejantina okey dengan aku,dia ada apa yang aku ada + nafsu kami adalah normal dan hanya untuk berlawanan jantina sahaja.Syira is my best buddy from 1998...so What THe..hahahahaha...
Mungkin aku tak perasan,yang lelaki ni ada 'sisi sensitif'.Mungkin aku alpa dan pandang remeh..erm..sorry ye En.Tunang.Hahahahahaha..now he feel what i feel....
Yang penting sudah berjimba hr sabtu lepas,owh..bilakah kamu mahu membelanja saya 'SALT'?
*owh dia sudah memberi syarat,sila siapkan jurnal dahulu sebelum bersuka ria,sudah diberi arahan keras oleh mama untuk menyiapkan tesis..*sigh
02 August 2010
Power of saturday
see..bila aku rajin..
hapdate sesaja..bila malas..ngadap ler entry busuk..
banyak tak lauk kat bawah ni?
berlaku masa sabtu lepas..
ada makan2 kat rumah atok aku..
dr pagi atok aku masak segala juadah termasuk dibantu oleh aku,auntie mah dan bibik.

heaven right..
untuk pengetahuan anda,perutku sudah buncit kembali =p
akibat..bahagia cukup makan...
kalau kat Opis En.Tunang yang jaga makan minum aku..
kat rumah of course ler atok aku..
aku pon bertapa gak depan dapur gas buat bubur tepung a.k.a 'candil'
*tak snap gambar akibat terlalu letih
request by En.Tunang..owh...dia tak datang rumah aku..
aku hantar pi rumah dia..manja okey mamat nih..
aku dah bertapa depan dapur gas 2 jam sambil menggentel 2kg adunan tepung pulut..
gigih tak?
aku memang nekad kalau dia makan bubur ni tak bertambah aku rebus dia plak dalam periuk..
banyak gila atok aku masak sebab cucu menantu pertama nak datang rumah..
husband kakak sepupu aku yang kahwin hr tuh..
erk..kau ingat ke..abaikanlah aku tak update pon pasal tu..
LEpas lunch hour atok aku gigih tapaukan untuk bakal cucu menantu plak..
sapa lagi kalau bukan En.Tunang..
menyampah okey..atok aku sayang betul dengan dia.. =p
*aku adalah jeles
sampai2 rumah En.Tunang dia leh bantai membuta..
wah harus siren berbunyi sambil dibantu siren kedua (future mum)

En.Tunang suruh aku solat asar dulu sebelum kuar dating..
dia leh layan baring balik...'cik abang oi..perut kamu sudah mula timbul okey'
aku punye bersungguh mengejut sampai gelang aku putus..huwaaaaaaaaa...
sedih....
*ke gelang aku merajuk sbb dah bau2 nak dapat baru...tetttttttt =p
sebenarnya tak da lah kerana En.Tunang gelang ni putus,
aku memang ganas..
*perhatian En.Tunang kalau nak belikan saya barang kemas sila beli yang tebal okey,kalau nipis alamatnya cepat khatam =)
Tapi dia kata sebab aku membangkang cakap dia..
apakah?
hanya dia yang tahu...
wah..benci..tiap kali melawan dia ada je benda jadi kat aku..
'tulah' ke?entah kebetulan kot...
anggap je kebetulan.

syok wei..kau gi lah tengok..
tak rugi...
abaikan model yang gagal dapat kontrak Big Cinema ni ye..

The last thing i want to share...
is..presenttt...majalh pengantin..
howaa....kopak..duit..
kerana mu majalah aku sanggup pejam mata hokey...
sebab ramai member2 suruh aku beli majalah ni,
survey butik andaman,survey design baju,survey material lace,survey gubahan barang hantaran...
dulu aku memang berangan mau buat sehebatnya..kini..
tidak lagi...
umpama kawan aku kata...'berjimat cermat'
sbb lepas kahwin nak pakai duit gak =)
okey sambung nanti..
bakal suami sudah telefon mahu ajak minum petang
t.a.t.a
*sekarang sudah tahu siapa punca aku gemuk?...sila tunding jari kepada 'En.Tunang'
Kemalasan....
selamat tengah hari..
hoyeah..lama aku tak update..sbb malassssssssssssssssssssssssssssssss
sebenarnya aku banyak keja lain..
tb2 aku rasa mcm nak terminate FB account lah..
melekakan okey.
sekarang aku tengah tahan diri dari on FB..bahaya
kau tau knapa?sebab jurnal aku tak siap lg..
mampos je kan..poyo sem ni nak hantar tesis. =p
aku nak update pasal khamis lepas....
wakakaka....
basi sudah...
tapi tak peduli nak update gak..

hahaha tak leh blah statement..
atenya lag bahagia sorang2 okey..
kalau En.Tunang ada huru-hara hidup aku kat opis..
2 benda je
(1)Dia sakat aku
(2)kitaorang bergaduh..sebab..dia punye mood swing2..hahaha
Ops!khamis kitaorg outstation ke klang..
keja punya pasal & nk cr duit untuk kahwin..
kahwin lagik..motip!
cari duit nak shopping baju raya..
hehehehe
kami berdua saja,
mula2 dia macam tak nak bawak aku,
sebab kitaorang segan dengan bos besar a.k.a bakal biras aku..
jd macam redha je lah nak berpisah selama tak sampai 24 jam..
tapi..hahahahaha haru..drama okey..
dia sms bos besar dan cakap nak bawak aku...
see..see...se...hahahahahaha
'takut i kena ngorat dengan orang lain ke bang?'
=p

my GIGOLO..hahahahaha
weih..
nak tau..hahahaha..
kejadah aku asyik ketawa je kan...
padahal tengah susah hati..
masa otw klang aku yang drive kereta..ye...manual okey..
diulangi manuallllllllllllll..
sejak azali aku paling tak suka manual sebab kalau jem sakitttttttttt..
dan sejak 5 tahun dulu aku tak pernah drive manual..sbb keta aku auto,
tapi kalau enjin diesel..aku suka sebab kalau terlepas clutch tak terus mati..dan nak masuk gear pon sonang =)
dengan bangganya aku memandu di KL..
amik kau hazabbbb jem di federal highway..benci...
keta mati 3 kali okey...3 kali tau..hahaha...
jadi,sapa2 yang berani mati je leh naik keta manual dengan aku..
setakat ni cuma En.Tunang yang berani bagi aku memandu manual.
ada bran...???????sila pelawa.. =)