Sentuhlah saya

05 February 2013

Perkara terbaik :)

Assalammualikum w.b.t.

Pheww...lamakan tak update..
aku x sempat..bz memanjang..
padahal..harammmm..pemalasss.

La ni dah bulan februari..baru hegeh2 nak laksanakan azam tahun 2013..
nak update sekerap mungkin..apakah terlaksana..*biasanya aku mimpi je :p

2012 banyak kenangan yang aku simpan kemas dalam ingatan..
Paling utama ialah kelahiran Nur Rania Humairah..buah cintaku... :)

Syukur..ahad lepas Rania dah setahun..sihat alhamdulillah..
sbnrnya bulan lepas dia admitted 6 hari kat spital..
seriau aku...korang tolonglah jaga anak baik2.Kalau demam cpt2 hantar ke klinik.Jangan biarkan.

Itu aku cerita panjang kat entry sekian..hahaha .*keji
Aku kalau boleh dah tak nak ingat perkara2 takbest yang berlaku tahun lepas.Tapi itu semualah yang buat aku lebih tabah menghadapi dugaan dan menjalani kehidupan yang sangat hebat hari ni.*kau bajet kau retis????

29 disember 2012..
aku kehilangan seorang pakcik yang aku anggap seperti bapaku sendiri.Arwah merupakan adik mama aku.Pergi mengejut..sakit pun tiba2 je..dah sampai ajalkan.
Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan mereka2 yang dikasihi.

Dah2..stop sedih2 ni..*lap air mata..jilat air hidung..hahaha :p 
Yang pergi tetap pergi..yang hidup ni beramallah..kerana mati itu pasti..

Meh aku ajak korang cuci mata tgok gambar buah hati kesayangan ni..babah & Rania..
dua2 memang kesayangan aku..



Anak aku dah pandai jalan..dah banyak akal :')
sob..sob...cepat je masa berlalu.Aku dah dengar2 suara2 merdu tanya 'dah boleh bagi Rania adik ni'...

ceh...sorang ni pun aku tercirit nak jaga.Aku tak tolak rezeki Allah..tapi buat masa ni..biarlah Rania membesar dulu.Biar dia pandai berdikari sket..

La ni pun manja bukan main..haish..

eh ok..aku dah penat..esok sambung..

bye!!!

No comments: