Assalammualaikum w.b.t
hehehe..kan aku dah cakap..azam baru nak update sekerap mungkin.
Sila hadap sampai muntah purple..lalalala
Okey..aku nak cerita pasal permulaan tahun baru yang kurang memberangsangkan..
Rania admitted..awal januari lepas..
Sebab demam virus..paed panggil RSV..
aku tak tahu makna penuh dia...
Dah tak sempat nak memikirkan,sbb risaukan anak demam tak baik2..
Ceritanya bermula bila Rania mula demam di petang hari.
Aku bawa ke klinik biasa,bagi makan ubat.
Tapi bila menjelang tengah malam,badan dia makin panas...panas yang melampau..
Aku yang pangku dia ni..tangan boleh rasa perit sebab suhu dia terlampau panas.
Aku bagi ubat macam biasa,tapi bila tak baik2 juga..aku paksa suami bawa jumpa paed.
Dan kami diminta supaya membenarkan Rania admitted..
masa ni jantung aku mcm nak gugur....sbb aku dah terbayangkan yang tangan dia mesti kena cucuk sbb nak dripp kan...
*mak pitams
Check in je,paed terus cucuk tangan rania bagi dripp..baru je budak ni nak berhenti menangis dah kena sedut kahak pulak..aku plak rasa nak tepuk je nurse yang buat prosedur ni...dah mmg itu cara2nya kan.Nampak kasar..tapi kena redhalah..kata nak anak baik...
Masa ni hari last Rania kat spital,dah tak da sedut2 kahak.Dia main tepuk2 je..masa ni aku dah beranilah nak tgok prosedur dia,kalau tak harammm...anak kena sedut kahak,mak yang melelh air mata kat hujung katil...*sobs...sobs...sobs
Masa ni tengah layan cerita kartun..lepak punya pasal..sampai tertidur kat kaki aku..sedih weh masa ni..dia x nak makan,tak nak minum..tidur nak berpangku..merengek memanjang..aku plak yang sayu....
Opkoslah...manja babah kena lebih sket...tak boleh langsung babah dia nak angkat punggung..jangan harap..ada yang meraung satu spital karang.
Ini budak kecik dapat hadiah besday awal.Babah belikan kereta.Kau tengok sampai menganga tidur syok sangat naik kereta...bosan weh..6 hari admitted..budak ni x boleh keluar lgsg dari bilik.Paed takut orang lain berjangkit.Penyudahnya..aku yang berjangkit demam..tak pe..demi anakkkk... *macam mintak sakit pulak kan..hahaha
Masa ni dia macam dah sihat sikit..tapi still merengek2 manja..cheh..hahaha..Tapi dia cukup fobia dgn orang pakai baju biru (nurse)..bila pintu terbukak je,mesti laju2 dia tgok siapa yang masuk..kalau nurse..dia terus peluk aku sambil menangis dan merengek..
Mau tak seriau..kalau aku pon sama..silap2 panjat bumbung spital..selang beberapa jam kena makan ubat..kalau sejenis x pe..ni berjenis2..belum yang disuntik..yang masuk melalui tangan..guna machine..eh peninglah...belum part sedut kahak...*pengsan..
Memanglah budak ni tak nak tgok nurse..suara paed pun dia dah cam.
Habis semua nurse yang try bagi makan ubat kena sembur dgn Rania..kira sepanjang dia admitted..agak pemeslah dalam kalangan staff2 kat situ..asal bercerita je.. 'Baby bilik mana ye?'...nanti yang lain jawab 'alah baby yang sembur ubat kat kita baliklah..'..kan????
Bila discharge..meriah r bahagian tu,semua nak bergambar dgn budak kuat sembur..x paham aku..Dia plak boleh relax je senyum2 posing amik gambar..
Al kisah..alhamdulillah..dia dah sembuh..tapi aku still berhati2..kalau demam je sket..cepat2 kasi ubat...seriau dah tgok Rania kena admitted...nehi....
ok..aku dah penat..esok sambung...bye..*lambai tangan
No comments:
Post a Comment