Sentuhlah saya

23 February 2013

Handbagssssss....

Assalammualaikum w.b.t

Selamat malam..

Hehehe..aku bosan x tau nak update apa...
alang2 on9..baik kita survey design dan harga designer handbag..

Mak aihh..lepas offer masih lagi riban2...*sentap..gigit jari.
Apa nak diharap..suri rumah..tgok je lah.*nafsu x leh kawal


Hahaha..x sampai sebulan beli Handbag baru,mata dah gatal tengok yang lain.

Coach plak asyik sale memanjang...sakit jiwa ahkak tau..*sentap lagi.

ada balance duit yang En.suami bagi,ingat nakbeli wristlet coach...sekali aku terpandang handbagggggg lagi..tapi kena gosok2 En.suami dulu malam ni mintak tambah duit.*Ketawa jahat.

Confirmlah dia akan cakap..'Baru beli handbag yang hari tu'..

Pitamlah kau dapat bini mcm aku..
Kerja 'menggosok' je *eh,macam Aladdin gosok teko jin dia tu..

Bhahaha...aku x da mood nk upload gambar handbag.Setakat aku blogger picisan upload coach je...sapa heran.

Hahahaha..kalau kau tgok kakak2 blogger lain pakai Chanel lagi merintih hati kau nak..hahaha.*ni semua nafsu dan dunia semata.

eh...ok2..katil dan Lil queen dah memanggil2 ajak tido..

Nite peeps...

22 February 2013

Jauh :(

Assalammualaikum w.b.t

Selamat malam...

He's away from home..
i miss my hubby.

Bukan jauh pun, dia ke kl.Urusan kerja.
Alhamdulillah...dia maju setapak ke hadapan.

Tadi masa dia nak bertolak,dia renung2 aku dalam2...macam berat je dia nak tgalkan aku dgn anak.

Dari malam semalam lagi dia dah cakap..'kita x pnh berenggang kan?'

Sepanjang aku hidup dengan dia,ini kali ke-3 aku tidur malam tak peluk dia.*statement pitam..ada aku kisah..suami aku kan,

Kali pertama,masa baru2 kahwin.Aku ke UPM.Kali ke-2 dia terpaksa bermalam di kajang atas urusan kerja (tidak dirancang).Kali ni,atas urusan kerja juga.

Rasanya utk 1 malam ni je.Anak x merengek...mummy plak yang merengek..ceh.


Okeylah,aku lapar..malas nak ke dapur sbb x da kawan.
Good nite..babai :)

07 February 2013

Admitted :(

Assalammualaikum w.b.t
hehehe..kan aku dah cakap..azam baru nak update sekerap mungkin.
Sila hadap sampai muntah purple..lalalala

Okey..aku nak cerita pasal permulaan tahun baru yang kurang memberangsangkan..
Rania admitted..awal januari lepas..
Sebab demam virus..paed panggil RSV..
aku tak tahu makna penuh dia...


Dah tak sempat nak memikirkan,sbb risaukan anak demam tak baik2..

Ceritanya bermula bila Rania mula demam di petang hari.
Aku bawa ke klinik biasa,bagi makan ubat.
Tapi bila menjelang tengah malam,badan dia makin panas...panas yang melampau..
Aku yang pangku dia ni..tangan boleh rasa perit sebab suhu dia terlampau panas.

Aku bagi ubat macam biasa,tapi bila tak baik2 juga..aku paksa suami bawa jumpa paed.
Dan kami diminta supaya membenarkan Rania admitted..
masa ni jantung aku mcm nak gugur....sbb aku dah terbayangkan yang tangan dia mesti kena cucuk sbb nak dripp kan...

*mak pitams

Check in je,paed terus cucuk tangan rania bagi dripp..baru je budak ni nak berhenti menangis dah kena sedut kahak pulak..aku plak rasa nak tepuk je nurse yang buat prosedur ni...dah mmg itu cara2nya kan.Nampak kasar..tapi kena redhalah..kata nak anak baik...


Masa ni hari last Rania kat spital,dah tak da sedut2 kahak.Dia main tepuk2 je..masa ni aku dah beranilah nak tgok prosedur dia,kalau tak harammm...anak kena sedut kahak,mak yang melelh air mata kat hujung katil...*sobs...sobs...sobs







Masa ni tengah layan cerita kartun..lepak punya pasal..sampai tertidur kat kaki aku..sedih weh masa ni..dia x nak makan,tak nak minum..tidur nak berpangku..merengek memanjang..aku plak yang sayu....








Opkoslah...manja babah kena lebih sket...tak boleh langsung babah dia nak angkat punggung..jangan harap..ada yang meraung satu spital karang.





Ini budak kecik dapat hadiah besday awal.Babah belikan kereta.Kau tengok sampai menganga tidur syok sangat naik kereta...bosan weh..6 hari admitted..budak ni x boleh keluar lgsg dari bilik.Paed takut orang lain berjangkit.Penyudahnya..aku yang berjangkit demam..tak pe..demi anakkkk... *macam mintak sakit pulak kan..hahaha



Masa ni dia macam dah sihat sikit..tapi still merengek2 manja..cheh..hahaha..Tapi dia cukup fobia dgn orang pakai baju biru (nurse)..bila pintu terbukak je,mesti laju2 dia tgok siapa yang masuk..kalau nurse..dia terus peluk aku sambil menangis dan merengek..



Mau tak seriau..kalau aku pon sama..silap2 panjat bumbung spital..selang beberapa jam kena makan ubat..kalau sejenis x pe..ni berjenis2..belum yang disuntik..yang masuk melalui tangan..guna machine..eh peninglah...belum part sedut kahak...*pengsan..

Memanglah budak ni tak nak tgok nurse..suara paed pun dia dah cam.
Habis semua nurse yang try bagi makan ubat kena sembur dgn Rania..kira sepanjang dia admitted..agak pemeslah dalam kalangan staff2 kat situ..asal bercerita je.. 'Baby bilik mana ye?'...nanti yang lain jawab 'alah baby yang sembur ubat kat kita baliklah..'..kan????

Bila discharge..meriah r bahagian tu,semua nak bergambar dgn budak kuat sembur..x paham aku..Dia plak boleh relax je senyum2 posing amik gambar..

Al kisah..alhamdulillah..dia dah sembuh..tapi aku still berhati2..kalau demam je sket..cepat2 kasi ubat...seriau dah tgok Rania kena admitted...nehi....

ok..aku dah penat..esok sambung...bye..*lambai tangan

06 February 2013

Happy Birthday Baby :')

Assalammualikum w.b.t
aku tau dah lambat nak buat entry pasal besday Rania..
Dah lepas pun 3 februari..

Demi anakkkk....
Mummy buat juga entry khas..walaupun mummy buntu tak tahu nak tulis apa..

*lantakssss..hahaha



Dear Humairah (panggilan manja oleh mummy)

Happy Birthday Sayang...
Semoga menjadi anak yang sihat,sempurna,cerdik,berakal,berilmu dan beramal soleh.
Mummy harap Allah bantu mummy dgn fasihkan lidah yayang untuk membaca al-quran dan hadis.

Mummy sempoi...tak akan paksa yayang jadi apa yang mummy nak..
yang penting jadi manusia yang berguna,taat dan patuh kepada agama islam serta mummy dan babah...

Humairah..mummy halalkan segala sakit dan mudarat yang datang pada mummy semasa mengandungkan yayang...

Mummy halalkan setiap titis susu yang mengalir dalam tubuh yayang.

Mummy tak sempurna...
Mummy tak mahu balasan @ hadiah..
Mummy cuma nak yayang tahu yang mummy korbankan cita2 mummy untuk sementara hanyalah untuk yayang dan babah.
Mummy tak sanggup nak berpisah dengan yayang,sbb tu mummy berhenti belajar.
Mummy nak bagi babah stabil dan usaha keras untuk cari duit.
Mummy janji dgn diri mummy,bila yayang dah bercerai susu,mummy akan sambung balik cita2 mummy.

Tapi ingat 1 perkara walau apa pun yang berlaku,mummy dan babah sayang adik sangat2...sayang sangat. :')

Signature




Selalu orang letak kat bawah..tapi aku letak kat atas..amacam feeling retis..kau ada?hahahaha..

Saja nak feeling mcm blogger otai..hell...padahal harammm...hahhaha...

Dah2..jangan layan aku sangat nanti kau senget.

ok.Bye

05 February 2013

Perkara terbaik :)

Assalammualikum w.b.t.

Pheww...lamakan tak update..
aku x sempat..bz memanjang..
padahal..harammmm..pemalasss.

La ni dah bulan februari..baru hegeh2 nak laksanakan azam tahun 2013..
nak update sekerap mungkin..apakah terlaksana..*biasanya aku mimpi je :p

2012 banyak kenangan yang aku simpan kemas dalam ingatan..
Paling utama ialah kelahiran Nur Rania Humairah..buah cintaku... :)

Syukur..ahad lepas Rania dah setahun..sihat alhamdulillah..
sbnrnya bulan lepas dia admitted 6 hari kat spital..
seriau aku...korang tolonglah jaga anak baik2.Kalau demam cpt2 hantar ke klinik.Jangan biarkan.

Itu aku cerita panjang kat entry sekian..hahaha .*keji
Aku kalau boleh dah tak nak ingat perkara2 takbest yang berlaku tahun lepas.Tapi itu semualah yang buat aku lebih tabah menghadapi dugaan dan menjalani kehidupan yang sangat hebat hari ni.*kau bajet kau retis????

29 disember 2012..
aku kehilangan seorang pakcik yang aku anggap seperti bapaku sendiri.Arwah merupakan adik mama aku.Pergi mengejut..sakit pun tiba2 je..dah sampai ajalkan.
Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan mereka2 yang dikasihi.

Dah2..stop sedih2 ni..*lap air mata..jilat air hidung..hahaha :p 
Yang pergi tetap pergi..yang hidup ni beramallah..kerana mati itu pasti..

Meh aku ajak korang cuci mata tgok gambar buah hati kesayangan ni..babah & Rania..
dua2 memang kesayangan aku..



Anak aku dah pandai jalan..dah banyak akal :')
sob..sob...cepat je masa berlalu.Aku dah dengar2 suara2 merdu tanya 'dah boleh bagi Rania adik ni'...

ceh...sorang ni pun aku tercirit nak jaga.Aku tak tolak rezeki Allah..tapi buat masa ni..biarlah Rania membesar dulu.Biar dia pandai berdikari sket..

La ni pun manja bukan main..haish..

eh ok..aku dah penat..esok sambung..

bye!!!