Sentuhlah saya

05 March 2012

Kembali dengan cerita.

Assalammualaikum w.b.t

okey2..aku taip laju2..adoii..Rania dah gerak2 pula...

Fine...

aku nak cerita dari awal..

Kan aku dah cakap yang aku nak bersalin normal dan kat hospital kerajaan...kerajaan ok...sebab nak save budget..*kejadah nak save bukan duit aku pun yang keluar.sah2 duit En.suami.Aku memang bahagian mentekedarah duit diaje...huahuahuahua..

Tapi aturan allah tu lebih hebat dari yang kita rancang..siapa tahu kan?

Aku start check dekat Specialist bila kandungan aku masuk 7 bulan.Sebabnya aku asyik rasa sakit perut dan bahagian yang paling menakutkan ialah bila MIL bagitahu segala gejala yang aku alami macam kontraksi nak bersalin...okeyh...masa ni dah tak keruan...yolah dari awal lagi kandungan aku ada sedikit masalah...tapi macam aku cakap...aturan allah S.W.T itu lebih hebat.

Gynae kata itu adalah kontraksi tipu2.Dalam erti kata lain macam nak bersalin tapi tak sebenarnya.Fine...bhahahaha..*ok boleh gelak lagi,padahal memang sakit.

Jadi semenjak itu aku sentiasa check kat specialist 2 minggu sekali,tapi dekat klinik kesihatan pun aku tak pernah culas ok.

Ok,patah balik pada trimester first pregnancy....
fuh2....

Lepas seminggu nikah,aku didatangi period..*apakah ayat..hahaha
=serius lepas nikah je memang nak terus buat anak.*ni cita2 suami dan bukan aku,tak bermaksud aku x nak anak,cuma aku ...alahai mungkin tak bersedia.Tapi bila fikir balik,baik aku terima je rezeki yang datang (^_^)

Aku ni bukan pandai menghitung waktu subur,aku rasa badan aku lain....lemah + slalu pitam dan kuat membuta...tapi apakan daya...den baru kahwin manalah tahu segala petanda orang mengandung ni.

Lepas 2 minggu period aku kena gastrik...hyper gastrik..bahagian memang menonggeng dan menangis sampai tak ada suara..*tak percaya tanya suami aku.

Pukul 2 pagi,En.suami hantar ke poliklinik...bila dah dapat injection gastrik baru aku tanya dia.."bang kalau sayang pregnant camana ek?rasanya ubat gastrik ni kuat boleh sebabkan keguguran"....fine muka En.suami terus berubah...

ok lepas tu dah x mahu fikir sampailah aku lewat period 2 hari dan perut aku asyik senak memanjang...

end up buat test sendiri kat rumah...dup..dap..dup..dap...

positif (^-^)

alhamdulillah...rezeki awal...even aku tak ada kerja dan study tak habis tapi aku dapat rezeki lain dulu...syukur tuhan.

Tapi masa pertama kali scan,air muka doktor je dah cukup buat aku risau...bila dia kata..
"kandungan awak 50-50 ye,sebab janin betul2 ada kat bawah ni,kalau berlaku sedikit gegaran mungkin akan gugur"

ye...effect injection tu mungkin.Tapi bidadari kecil ku sangat kuat dan tabah kat dalam.
walau apa pun keadaan aku masa mengandung,bleeding...entah banyak lagi...Rania masih bertahan dan terus bertahan....

dan berbalik pada aku check di specialist,gynae detect yang baby besar 2 minggu dari usia sebenar.

Berat Rania masa tu sentiasa bertambah2 lebih2 lagi bila nak cukup bulan.dan penghujung bulan 1 gynae memberi perkhabaran yang agak kurang menyenangkan aku..

"Erm...saya rasa awak akan berisiko kalau bersalin normal.sebab ikut scan berat baby menjangkau 4.4kg,kalau saya kurangkan ukuran pun boleh jadi dalam 3.9kg.Tapi kalau ikut pengalaman saya,baby awak berat dia sekitar 4kg.Jadi saya cadangkan awak c-sect.Saya bagi tempoh seminggu,sebab baby dah padat dan awak pun tak berapa larat nak jalan.Kalau lebih dari 4 februari saya akan serah kes ni ke general hospital."

ok,panjang lagi sebenarnya yang kami bincangkan,En.suami terus proceed dengan c-sect,dalam kepala aku..'omg...gila ke?kos je dah makan 5k'.

balik aku bincang dengan En.suami,dan dia tetap dengan keputusannya.Janji aku dan anak selamat.

Dalam masa tu gak,makan tak kenyang,tidur tak lena...*hahaha macam orang angau :p

akhirnya aku akur dengan keputusan untuk c-sect.... (^_^')

Maka hari yang dinanti2kan ialah jumaat bersamaan dengan 3 februari.....
maka aku telah selamat mengeluarkan si kecil dari perut aku...
Dengan berat bersih ialah 4.02kg..
alhamdulillah Rania sihat...
tiada jaundice...

Tuhan kan maha adil :)

ok...aku nak tengok Rania...dia dah gerak2 tu..nanti sambung.

No comments: