Sentuhlah saya

08 March 2012

2 daripada 3

assalammualaikum w.b.t

selamat tengah hari bloggers :)

Aku sihat alhamdulillah.Hahaha..tak payah tanya aku dah jawab :p

Macam biasa,aku kena update laju2 sebelum Rania celik biji mata.Sebab kalau dia celik je confirm dia 'menyanyi' terus mintak susu.

Baru je tadi dia hek hok..aku terus sumbat Cik B kat dalam mulut dia.

Hohoho..aku fully breast feed?no..no..
belum lagi..aku campur dengan formula milk.
panjang ceritanya...aku pendekkan..aku masih berusaha untuk fully bf Rania.

siapa yang tak nak bf anak sendiri sampai dia umur 2 tahun...cuma rezeki untuk fully bf rania belum milik aku.

Kalau ada orang yang tak faham situasi aku,dia akan kata 'alahai setakat bf je,bukan susah pun'.

Ye betul....bukan susah...anak nak menyusu selak bra terus sumbat..betul?

aku ada minta 3 perkara dengan allah sebelum aku bersalin...
(1)aku mintak jihad aku untk melahirkan Rania dipermudahkan dan aku berharap Rania sihat dan sempurna dari segi mental dan fizikalnya.

(2)aku berniat nak fully bf Rania sampai umur dia 2 tahun.

(3)aku nak membesarkan Rania dengan 'tangan aku sendiri'

Nampaknya perkara pertamaallah dah makbulkan permintaan aku.
Sekarang aku tengah berusaha untuk perkara ke-2.

First day Rania keluar,susu aku masih belum ada :'(
Nurse suruh aku cuba susukan rania...
kesian rania hisap2 tak keluar apa.

aku dah mula fed up dan sedih...
Tapi ahli keluarga aku semua cakap,susu memang keluar lambat sikit.Tapi aku pertikaikan..'kawan2 along lepas bersalin je dah keluar susu,kenapa along belum?'

masa ni En.suami peluk aku kuat2 dan suruh bersabar.dia kata Rania tak kan jadi lembu kalau minum susu formula...itu semua kata2 orang yang tak faham perasaan orang lain.

Hari ke-5 selepas bersalin baru susu aku keluar,tu pon aku terpaksa mintak bidan urutkan breast aku,breast bengkak sampai 3 hari barulah susu keluar.

allah je yang tahu perasaan aku,aku ingat susu aku tak ada langsung.

Mengalir air mata aku pertama kali Rania hisap susu badan aku.
Tapi Rania x pandai direct feed.
mungkin awal2 dah bagi susu dalam botol.
Jadi aku terpaksa pam susu aku dan bagi dia minum dalam botol.

Tapi lama2 aku jadi tension kenapa dia tak nak df...
dalam senyap2 aku paksa Rania df...atas bantuan SIL dan MIL akhirnya aku berjaya gak membuatkan Rania 'lekat' dengan bau breast aku.

Serius sekarang kalau nak tidur mesti dia cari aku,selagi tak dapat melekat dengan aku mesti dia tahan mata dari pejam.

Tapi kadang2 dia macam tak puas,aku buat bodoh je malas nak bancuh susu formula.aku sumbat je breast selagi boleh.hahahahaha.

aku tak da lah fikir nak kurus sangat,sebab risau kalau aku catu makan susu aku x banyak.Tapi aku masih dalam pantangkan dan aku yakin susu aku cukup sangat untuk Rania.cuma perlu sabar untuk sementara waktu nak fully bf dia.

alhamdulillah aku ada ramai kawan yang bagi sokongan pasal bf ni,dan ramai yang bagi petua dan tips.Diaorang selalu cakap dengan aku 'jangan putus asa'.

Dan aku yakin jalan jihad yang aku ambil hanyalah untuk Rania dan kerana Allah S.W.T.
Apa pun pandangan sesetengah pihak tentang susu formula,tak berjaya mematahkan semangat aku walau perasaan aku terguris dengan kenyataan seperti ini 'kalau kita bagi anak minum susu formula umpama kita nak menjadikan anak lembu'..

adakah manusia ini tidak memahami perasaan wanita lain yang terlalu berkehendak menyusukan anak tapi belum mampu.Aku pernah berbual dengan nurse masa check mengandung.Nurse kata 'dalam 100 ibu terdapat seorang yang tak mampu nak susukan anak walau dia sangat berkehendak kerana susu dia tak keluar,jadi kita patut bersyukur walau sikit susu yang keluar itu semua rezeki untuk anak,jangan merungut cuma teruskan usaha untuk banyakkan susu.'

Jadi sekarang ni,aku makan apa sahaja yang boleh banyakkan susu badan.En.suami pun turut sama dalam jihad ni,sebab aku mengkaji apa yang boleh banyakkan susu dan dia mencari apa yang aku perlukan.semuanya hanya kerana kehendak aku nak menyusukan Rania.

Kadang2 tiap2 malam aku tya En.suami,'abang marah sayang ke?sebab tak mampu lagi nak fully bf Rania'.

Tapi dia cool dan slalu jawab 'kenapa nak marah?sayang dah cuba,lagipun yang penting kita kena pastikan Rania kenyang dan sihat,apa pun yang dia minum atau makan yang penting segalanya halal'.

Bila dah boleh df Rania,banyak cabarn lain yang muncul..hehehe...
Betul cakap kawan baik aku 'bukan senang nak jadi seorang ibu'...

Hehehe..oklah..nanti aku sambung lagi dekat entry lain...

*apa pun pendapat korang aku sangat hargai,kalau sudi tolong doakan rezeki aku untuk menyusukan Rania sepenuhnya.

2 comments:

lily lotus said...

sorry dear lambat wish kat sini ;) insyaallah teruskan usaha, semoga tercapai hasrat nak bf dia sampai 2 yrs kay

syazana said...

eh..tak pe kak.
amin..mudah2han..alhamdulillah Rania dah pandai direct feed.sekarang kena usaha untuk buat stock je :)