Sentuhlah saya

01 June 2009

MAMA....

Isnin..lagi..hehehe.i hate monday.sebenarnya bukan apa,aku malas nak memulakan minggu baru.Semalam,kelmarin dan sebelumnya.Hujung minggu yang membahagiakan...balik kampung jumpa mama and si dia.Kesian mama kalut nak balik kampung tunggu adik yang x tau jalan balik rumah.Tiap2 minggu macam tu, tunggu anak yang degil,tapi mama x pernah jemu walaupun dia tau adik x kan balik n gi melepak kat rumah best friend dia.erm...seronok berbual dengan mama,walaupun aku x rapat dgn mama tapi semenjak dewasa ni banyak benda yang membuatkan kitaorang jadi seperti 'kawan baik'.Sebenarnya mama open-minded,sporting dan mudah dibawa bicara.Ruginya zaman remaja aku sebab x nak berusaha mengenali mama, sebenarnya bukan x nak mengenali tapi takut..mama garang sangat masa tu.Mungkin mama tertekan dengan masalah,bukan setakat masa tu tapi sampai hari ni mama menghadapi banyak sangat dugaan..but mum i love you so much..mama yang terbaik,sangat sempurna,sangat tabah,sangat lembut hati.Mungkin mama kecil hati dengan aku,aku dah lama x balik Skudai, asyik2 balik batu pahat.Bukan aku x mau tapi aku x da 'kehidupan' disana,jd untuk apa aku pulang ke skudai.Aku plak menyusahkan mama,aku paksa dia balik kampung,dengan rela hati mama pulang ke kampunguntuk berjumpa ngan aku.Kadang2 sayu hati lau dengar soalan mama 'Along x nak balik jb ke?' , aku terus menjawab 'malaslah,bukan ada apa kat sana'.Tapi aku x sedar mungkin dia rindukan aku n perlukan aku.Mungkin dia terasa yang aku asyik berjumpa dengan si Dia...atau mama rasa aku lebih pentingkan si dia dr mama.sebenarnya x,mama tetap nombor satu, dan mama tetap keutamaanku,x pernah berubah dan x mungkin berubah kecuali aku sudah berkahwin nanti, sebab suami yang akan menjadi keutamaan, itu antara pesan mama.AKu semakin dewasa n perlu berfikir..aku mungkin pentingkan diri,tapi aku x nak melukakan hati mama.Kalau aku balik cuma bergaduh ngan adik yang x nak dengar cakap n menambahkan beban kat hati dia je untuk apa.Bukan sengaja nak lepas cakap n lepas laku,tapi aku manusia biasa yang sentiasa menyimpan perasaan x puas hati.kadang2 aku cakap mama pilih kasih sebab manjakan adik, wallahualam,aku x tau apa sbnrnya dalam hati mama.Mama belikan apa je yang adik minta,tapi aku pada usia adik, semua kena cari sendiri.Aku x kan dapat apa yang aku nak hanya dengan meminta,tapi aku kena tunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran baru keinginanku ditunaikan.Mama pilih kasih ke? sepatutnya aku bersyukur kerana dengan segala apa yangdia lakukan untuk aku sebenarnya mempunyai hikmah, kalau x kerana sifatnya yang garang x mungkin aku menjadi seperti aku yang sekarang, betapa bangganya dia jika ada yang bertanyakan fasal aku,nampak cahaya kegembiraan n kebanggan dalam matanya, bodohlah aku hanya menilai mama dr luaran.Petah mulutnya berbicara fasal aku,tidak kira pada sesiapa,keluarga,sahabat,bos,jiran mahupun peniaga kat pasar malam.Walaupun aku tahu apa yang aku buat selama ni x cukup memadai,tapi dia sangat berbangga dengan aku.Dia x pernah marah kalau aku dapat pointer teruk, tapi bila aku mengadu 'mama susahlah belajar,sakit kepala.Rasa macam nak berhenti je' dia akan menjawab dengan tenang 'mana ada belajar senang,kalau senang tukang kebun pun ada degree'..hehehe betul gak cakap mama.Dia slalu kata dia x berpeluang macam aku nak belajar tinggi,sebab cita2 dia x sampai kesitu.Dia nak aku pergi sehingga tahap aku dah x boleh nak belajar lagi, erm...dia faham isi hati aku,dia tau cita2 aku untuk apa.Aku bukan ingin bermegah, tapi tujuan aku hanya satu 'ingin mengubah kehidupan keluarga'.Aku dah puas rasa diperlekehkan, n hari ni walaupun aku x brapa kukuh, aku masih mampu berasa puas untuk mama n diri aku sendiri,aku dah lalui pelbagai fasa pendidikan dan sekarang ni aku hampir mencapai cita2.Setiap doa mama untuk ku, alhamdulillah menjadi,aku x sangka air mata kesedihannya menjadi air mata kegembiraan..semuanya kerana mama.Aku tau aku bukan anak yang baik,banyak melakukan kesilapan.Kalaulah mama tau segala perangai aku,mesti dia terluka dan kecewa..mama ampunkan along.Sedikit sebanyak hati ibu mesti terasa akan kesilapan yang anaknya lakukan,tapi mama lebih kepada langkah biar aku yang berterus-terang.Mama cukup sabar dengan sifatku yang sering melawan dan marah2, dia tahu aku cukup tertekan dengan situasi,aku tahu..aku adalah antara anak derhaka yang sentiasa menambah dosa untuk diri sendiri..tapi mama..sentiasa mengampunkan,sentiasa melupakan segala perilaku aku.Dia sentiasa berpesan 'along maafkan semua kesalahn orang lain, jangan simpan dendam.X apa sekarang ni dunia dah akhir zaman,Allah akan bayar cash semuanya'.X kiralah amarah aku masa tu ku tujukan untuk siapa...baik kawan @ lawan.Mama tahu hati n sifat aku,dia tau aku cepat marah n cepat melupakan kecuali perkara yang berlaku itu menyentuh maruah ku.Aku x teragak2 akn melakukan apa sahaja pada sesiapa yang melukakan mama, erm...aku anak yang berani ermm..ntahlah.Tapi yang pasti aku sanggup korban apa sahaja demi mama.Kat dalam hati kecilku banyak rencana yang telah aku buat untuk mama,aku cuma minta dia doakan semoga cepatlah aku dapat kerja yang bagus dan tetap..yang penting dekat dengan family..sebab..erm..dalam perancangan hehehehe..x lama lagi je..walaupun lebih 365 hari..aku tau aku x mampu beri kemewahan pada mama,tapi insyaallah minta2lah Tuhan x jadikan aku insan yang lupa pada orang tua.sebenarnya aku rasa berdosa ngan mama, aku slalu berkasar, tinggi suara dan marah2 mama ats apa yang dia dah lakukan.Tapi mama hanya mendiamkan diri, walau apa pun halnya(teruk betul aku ni kepala angin).Bukan apa, aku x nak dia terlalu lembut hati dan manjakan adik sangat.aku tau,aku gagal jadi kakak yang baik tapi,aku dah cukup berusaha,aku sanggup lakukan apa sahaja untuk adik2,dan aku dah buktikan.Walaupun aku perempuan aku mampu bersemuka dengan orang2 yang menyakitkan adik2 aku.Cuma bila dewasa ni, masing2 dah pandai jaga diri sendiri dan aku rasa diaorng pun dah x perlukan PERLINDUNGAN dr aku.Untuk mama, dr hati kecil along sendiri..terima kasih banyak2 mama, along minta ampun segala silap yang dah along lakukan..along sayang mama...

No comments: