Sentuhlah saya
12 May 2009
Hati yang mula menyampah..
Fuh...aku da mula menyampah ni.ada ke patut aku call tanya baik2 dia nak hangin pagi2 ni ngan aku.Pagi2 bukan malaikat rezeki tengah JALAN2 ke?Ya!Allah kau bagilah petunjuk pada insan ini.Kenapa aku doa macam ni pagi2?aku bukan mengharapkan yang buruk untuk dia,cuma aku nak dia sedar kita hidup kat dunia ni sementara,kita hidup bermasyarakat penuh dengan kasih sayang,hormat-menghormati.susah sangat ke nak hormat orang bawahan?atau mentang2 aku kuli suka hati dia je nak wat aku camana.nasib baik aku masih ada kesabaran nak berhadapan dengan dia.ikut hati da lama aku nak quittapi tu cara orang yang putus asa n manja.kena marah sket x boleh, aku kena buktikan x suka mana pon dia kat aku, dia HARUS mengadap aku sampai r projek ni selesai.Lau ikut marah n menyampah da lama aku maki balik tapi aku masih ada rasa hormat.Mama hantar aku belajar tinggi2 bukan nak melayan orang macam dia, tapi untuk jadi orang yang berilmu dan berjaya.Asraghfirullahhalazim....kenapa aku marah sangat?merosakkan mood aku je pagi2 ni.Baik2 idea segar banyak timbul,semua dah tenggelam balik...aku x leh letak kesalahan pada dia.abes x kan aku plak?aku cuma jalankan tanggungjawab je..lau bapak angkat balik dari out station, dia tya aku progress pasal meeting tu apa aku nak jawab.aku lagi yang nak kena dengar bapak angkat mengeluh.susah sangat ke nak ke pusat koko ni, lau x lama dapat 30 minit pon jadi r.memudahkan kerja aku,x nak 30 minit potong jadi 15 minit da cukup baik,janji benda ni lancar perjalanannya.aku hidup memegang prinsip jangan MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN.Sebab wat tambah dosa org jek menyumpah aku.lau boleh mudah aku nak mudahkan lagi wat buku ni.sakit kepala,hati...macam2lah.masa untuk diri sendiri pon x da.tapi kerana ilmu dan pengalaman aku teruskan gak.dan yang penting demi sesuap nasi.aku bukan nak mintak duit diaorg pon,aku cuma nak mintak TOLONGLAH PERMUDAHKAN KERJA NI UNTUK KITA BERSAMA.Bila da siap da x payah nak mengadap muka aku walau camana menyampah pon dia kat aku.tiap kali aku call n cakap lembut2 dia mula nak tunjuk ego.aku budak baru belajar memang r banyak wat silap.Tapi kenapa orang lain boleh relax n betulkan untuk aku.Bapak angkat pernah cakap, aku x leh nak jadi budak manja yang selalu mengadu itu ini bila kena marah dengan majikan.aku bukan nak mengadu, aku cuma nak tau apa masalah dia sampai marah2 kat aku?cuma lewat hantar artikel je.Ya!Allah kau bagilah aku kekuatan untuk berhadapan dengan insan ini,kau berilah aku kesabaran agar x hilang rasa hormat aku pada dia.aku masih di sini kerana aku dah berjanji akan menghabiskan buku ini.aku bukan orang yang buat kerja separuh jalan.walaupun hati aku membengkak aku masih mampu tersenyum dan tertawa.Sebab ketawa penawar duka, kenapa aku mesti nak mengalah dan merintih pasal orang yang x bagi aku makan?hehe2 aku kan kuat.Aku kan dah janji dengan diri sendiri,walau macam mana pun masalah n dugaan datang, aku dah x nak duduk dan menerima,tapi aku nak berusaha menghadapinya walaupun sakit dan kecewa.Bukan kerana aku bongkak atau berbangga,tapi segala hal yang macam inilah banyak membantu aku meneruskan kehidupan.Jadi insan yang berani berhadapan dengan situasi,walaupun pada hakikatnya aku lemah n x mampu untuk terus berdiri.Aku dah puas rasa kecewa dan aku x nak perasaan tu menjadi kelemahan dan penyebab kenapa aku mesti mengalah.Biar apa pun dia nak cakap,amanah tetap amanah.Aku sedar aku bukanlah muslimah sejati yang bertudung litup serta soleh dari segala hal, tapi aku masih belajar dan belajar tentang segala ilmu Allah.Aku x mahu jadi orang yang MUNAFIK kerana lupa akan janjinya,camana pon aku mesti tunaikan janji ni,walaupun aku akan rasa perasaan yang sangat menyakitkan n aku harap aku aku mampu dan tabah menghadapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment