Sentuhlah saya

27 May 2009

Hati....

Ntah napa minggu ni kood aku macam hampeh je.Nak wat kerja pon x besyt...x bernafsu betul nak kerja..n yg lg teruk aku x bernafsu nak belajar..knapa ye?mungkin emosi x stabil kot?time ni lah syaitan suka datang kacau hati.Lau kita tgh merapu n merepek, nauzubillah.aku tgh cb sabarkan diri.Cepat sangat aku nak marah,knapa?aku tertekan sgt kot.Slalunya aku relax je wat kerja.Datanglah sebesar kerja pon aku mesti akan selesaikan.tapi kali ntah,mungkin sbb aku bosan berurursan dengan org2 yang menyakitkan hati.Datang tau tya da siap belum...ikut hati mmg nak menjwab je tp pk hormat.Tapi takut gak tb2 lau aku ni jd HULK ke.lg payah...abes opis ni nanti hehehe.Hati x leh dibiarkan bercelaru,masalah nanti.ada je anasir2 jahat yang mengganggu,ada je perasaan2 yang jahat2 timbul.Masa ni lah aku nak belajar jd org yang sabar,aku x leh mengalah.mungkin aku penat sangat...erm.Semalam aku jalan2 amik angin sorang2 kat alamanda.so far,alhamdulillah...lega gak hati ni...walaupun kusut tu masih ada.tapi aku masih mampu rasa lega.kadang2 sorang2 ni lebih baik dr berteman.tapi yelah lau kuar sorang ni orang2 yang kita sayang plak risau...banyak hati nak kena jaga sbnrnya...jadi aku x leh nak layan sangat perasaan...nak kena bertahan nih...apa pun yang berlaku aku mesti siapkan kerja n habiskan belajar..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangakal lengan.

12 May 2009

Hati yang mula menyampah..

Fuh...aku da mula menyampah ni.ada ke patut aku call tanya baik2 dia nak hangin pagi2 ni ngan aku.Pagi2 bukan malaikat rezeki tengah JALAN2 ke?Ya!Allah kau bagilah petunjuk pada insan ini.Kenapa aku doa macam ni pagi2?aku bukan mengharapkan yang buruk untuk dia,cuma aku nak dia sedar kita hidup kat dunia ni sementara,kita hidup bermasyarakat penuh dengan kasih sayang,hormat-menghormati.susah sangat ke nak hormat orang bawahan?atau mentang2 aku kuli suka hati dia je nak wat aku camana.nasib baik aku masih ada kesabaran nak berhadapan dengan dia.ikut hati da lama aku nak quittapi tu cara orang yang putus asa n manja.kena marah sket x boleh, aku kena buktikan x suka mana pon dia kat aku, dia HARUS mengadap aku sampai r projek ni selesai.Lau ikut marah n menyampah da lama aku maki balik tapi aku masih ada rasa hormat.Mama hantar aku belajar tinggi2 bukan nak melayan orang macam dia, tapi untuk jadi orang yang berilmu dan berjaya.Asraghfirullahhalazim....kenapa aku marah sangat?merosakkan mood aku je pagi2 ni.Baik2 idea segar banyak timbul,semua dah tenggelam balik...aku x leh letak kesalahan pada dia.abes x kan aku plak?aku cuma jalankan tanggungjawab je..lau bapak angkat balik dari out station, dia tya aku progress pasal meeting tu apa aku nak jawab.aku lagi yang nak kena dengar bapak angkat mengeluh.susah sangat ke nak ke pusat koko ni, lau x lama dapat 30 minit pon jadi r.memudahkan kerja aku,x nak 30 minit potong jadi 15 minit da cukup baik,janji benda ni lancar perjalanannya.aku hidup memegang prinsip jangan MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN.Sebab wat tambah dosa org jek menyumpah aku.lau boleh mudah aku nak mudahkan lagi wat buku ni.sakit kepala,hati...macam2lah.masa untuk diri sendiri pon x da.tapi kerana ilmu dan pengalaman aku teruskan gak.dan yang penting demi sesuap nasi.aku bukan nak mintak duit diaorg pon,aku cuma nak mintak TOLONGLAH PERMUDAHKAN KERJA NI UNTUK KITA BERSAMA.Bila da siap da x payah nak mengadap muka aku walau camana menyampah pon dia kat aku.tiap kali aku call n cakap lembut2 dia mula nak tunjuk ego.aku budak baru belajar memang r banyak wat silap.Tapi kenapa orang lain boleh relax n betulkan untuk aku.Bapak angkat pernah cakap, aku x leh nak jadi budak manja yang selalu mengadu itu ini bila kena marah dengan majikan.aku bukan nak mengadu, aku cuma nak tau apa masalah dia sampai marah2 kat aku?cuma lewat hantar artikel je.Ya!Allah kau bagilah aku kekuatan untuk berhadapan dengan insan ini,kau berilah aku kesabaran agar x hilang rasa hormat aku pada dia.aku masih di sini kerana aku dah berjanji akan menghabiskan buku ini.aku bukan orang yang buat kerja separuh jalan.walaupun hati aku membengkak aku masih mampu tersenyum dan tertawa.Sebab ketawa penawar duka, kenapa aku mesti nak mengalah dan merintih pasal orang yang x bagi aku makan?hehe2 aku kan kuat.Aku kan dah janji dengan diri sendiri,walau macam mana pun masalah n dugaan datang, aku dah x nak duduk dan menerima,tapi aku nak berusaha menghadapinya walaupun sakit dan kecewa.Bukan kerana aku bongkak atau berbangga,tapi segala hal yang macam inilah banyak membantu aku meneruskan kehidupan.Jadi insan yang berani berhadapan dengan situasi,walaupun pada hakikatnya aku lemah n x mampu untuk terus berdiri.Aku dah puas rasa kecewa dan aku x nak perasaan tu menjadi kelemahan dan penyebab kenapa aku mesti mengalah.Biar apa pun dia nak cakap,amanah tetap amanah.Aku sedar aku bukanlah muslimah sejati yang bertudung litup serta soleh dari segala hal, tapi aku masih belajar dan belajar tentang segala ilmu Allah.Aku x mahu jadi orang yang MUNAFIK kerana lupa akan janjinya,camana pon aku mesti tunaikan janji ni,walaupun aku akan rasa perasaan yang sangat menyakitkan n aku harap aku aku mampu dan tabah menghadapi.

06 May 2009

Cinta...Sabar

erm...CINTA?hehehe...kenapa ye sinonim dengan wanita?gadis dan perempuan...jarang perkara ni diberatkan kepada lelaki.bila bercinta orang akan kata wanita adalah goongan yang sentiasa memberi komitmen yang penuh.erm...x bermakna lelaki x bagi komitmen.mungkin benda tu semua x berapa nampak kat lelaki sebab lelaki kan macho...hahaha sangat.Terlalu mementingkan ego, aku bercakap bukan melalui pandangan atau apa pun...tetapi pengalaman dan apa yg berlaku kat sekeliling.kadang2 kita ni sebagai wanita alpa kerana terlalu taksub dengan cinta dan lupa akan tanggungjawab yang lain.erm...kadan2 ada juga yang sanggup membunuh diri kerana putus cinta.bukan ke tu masalah,dah tentu confirm mati sesat pas tu jadi hantu...hehehe pandai je aku ni.lau kita putus cinta sekalipun x bermkna hidup kita berakhir.banyak lagi hal2 yang perlu kita fikirkan.kita kena sabar kerana perkara yang indah tu datang bila kita dah bersusah payah.x bermaksud bila tuhan bagi dugaan kita kena tunduk dan menerima sahaja,kita perlu berusaha dan bersabar.cakap memang senang,tapi itulah hakikatnya...betul?Great things come to who's wait....kalau kita kehilangan lelaki yang kita sangka paling baik kita pernah ada, bermaksud tuhan nak bagi yang lebih baik dari apa yang pernah kita ada, bukan sahaja cinta tapi hal2 lain pon sama gak.Kerana aku adalah antara orang yang selalu merintih bila ditimpa dugaan.Aku x percaya dengan hikmah di sebalik kejadian...kerana aku x kuat iman.tapi bila kita belajar bersabar dan tenang serta redha menghadapi segalanya,xmustahil hikmah tu akan muncul jua,cuma x pasti cepat atau lambat.yang penting kita kena sabar.dalam banyak hal yang pernah aku lihat, ada seorang kawan di mana hidupnya rosak kerana seorang lelaki.dan lelaki tu dah tinggalkan dia...aku tanya menyesal ke dengan apa yang berlaku.dia cuma senyum dan menggeleng.dia kata"aku cuma kesal kerana kebodohan aku' tapi aku x kesal dia hilang dari aku.erm...aku x berapa faham sebenarnya, tapi lama2 aku tau benda dah berlaku,lagipun silap kita sendiri.kita x leh nak salahkan orang lain atas pe yg dah berlaku.yang penting jangan ulangi kebodohan kita.erm...lagi penting lau lelaki yang dengan kita tu nampak x meyakinkan n banyak sifat2 dia yang bengong je suruhlah dia berubah lau dia betul2 nak kat kita.lau dia x nak kita cabut cari org lain..huhuhu.Untuk semua insan di luar sana,banyak2kan bersabar walau apa pun yang mendatang,kita x boleh tentukan semuanya.Yang penting berusaha+doa+tawakal=insyaallah Allah akan dengar doa kita.