Sentuhlah saya

02 May 2012

Ulangtahun yang pertama (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tengah hari...

Lama aku tak menaip dalam dunia belog ni.
Entry terakhir aku yang lepas mengenai dugaan yang melanda kami.

Aku anggap itu sebagai hikmah dan kunci kejayaan kami pada masa hadapan.

Kami bermula dari bawah semula.
Tiada wang yang banyak + tiada kereta + banyak cabaran dan kesukaran.
susah aku nak berterus-terang dalam ni memandangkan semua yang berlaku adalah berkaitan dengan keluarga.Maruah seseorang harus dijaga kerana aku akan berdosa kalau bercerita hal yang sebenar.

Aku cuma berharap En.suami akan tabah untuk BANGUN SEMULA .
Ya...Allah aku cintakan suami sepenuh hati.
Aku berharap jalan yang kami pilih ni lebih bermakna.

Aku sangat bersyukur bila semua ni berlaku.
Tanpa sedar banyak hikmah yang aku dapat.
Tanpa aku sedar allah makbulkan doa2ku.

Tak pe,kita hanya merancang tapi allah yang menentukan semuanya.
aku percaya hanya kita sahaja yang mampu mengubah takdir sendiri dengan berusaha + berdoa.

Hidup baru sahaja bermula.
Aku rasa bebas dari masalah,aku mampu menyusukan rania dan yang paling penting 24/7 aku dengan rania.




aku cintakan mereka sepenuh hati.













Sebenarnya aku nak ucapkan ini kepada En.suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama pada 29 April hari tu.


'Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama abang,sayang cintakan abang sepenuh hati.Terima kasih sebab menjadi suami yang penyayang dan bertanggung jawab,terima kasih sebab menjaga kami sebaik mungkin,terima kasih untuk segala yang abang lakukan untuk sayang dan rania,kalau dunia mampu mendengar ini,sayang sebagai isteri akan sentiasa berdiri teguh di belakang abang untuk menyokong apa juga usaha yang abang lakukan,sayang sediakan bahu agar abang tahu yang sayang sentiasa ada untuk abang melepaskan lelah dan mendengar segala-galanya.....tiada apa lagi yang mampu diucapkan dengan kata-kata...semoga Allah kuatkan ikatan cinta kita hingga ke syurga'.

















aku tak pandai mengarang jadi korang jangan muntah...

*jom meraikan cinta.....


No comments: