Assalammualaikum w.b.t
Selamat tengah hari...
Hari ni aku agak tepu. Sebabnya, gigi aku sakit dan tekak pula perit.
Gabungan yang sangat memberangsangkan untuk aku membuta sepanjang hari.
Tapi menjadi aku adalah tidak boleh untuk membuta ye.
Aku ada si kecil yang perlu diambil kira.
Malam tadi cukup menguji kesabaran, Rania boleh berjaga pada awal pagi.ajak berbual dengan main okey.
Apa nak dikata,kata emakkan? haruslah melayan anak. Aku tak boleh nak kejut suami, sebab pagi ni dia ada mesyuarat dengan orang penting.
La ni Rania tidur dengan nyenyaknya,aku curi2 masa nak surf internet,kemas bilik, basuh baju dan kerja2 suri rumah yang lain.
Aku dah lama x memasak. kadang2 malas, kadang2 sebab snow white aku boleh jadi drama queen...
Aku tinggalkan dia kejap je depan tv, nak jemur baju, sapu sampah dan mop lantai....erk kejaplah juga.mungkin dia boring....mula2 dia membebel je,lama2 blh jadi tangisan yang kuat .
aku kelam-kabut buat kerja, bila aku sampai je depan mata dia,dia boleh ketawa....
Fine......
okey.....ebab ku sudah bangun...daaaa...
2 comments:
pandai dia sakat mommy dia ;)
Ha'ah kak.Budak ni dah banyak akal..hehehe
Post a Comment