Sentuhlah saya

02 June 2009

Jahat mulut

Blog ni da macam diari..hahaha aku pon bukan peduli org baca atau x,sbb aku lbh meluah perasaan.Bukan apa aku cuma nak berkongsi rasa dan pengalaman,jadi lau ada sapa2 yang tersinggah tu..maklum je lah ye...blog ni suku dr kehidupan aku.hehehe.Erm..sejak masuk U ni,aku kenal ramai orang termasuk yang suka aku n yang x suka.Aku macam biasa,x jadi masalah pon pada aku.Cuma yang ingin aku katakan disini, kawan ni kadang2 seperti madu n kadang2 seperti racun.Ada yang boleh kita percaya n ada yang kita x leh percaya, pengajarannya sbb aku ni sangat telus.Walaupun nampak macam serabut je, tapi aku x pernah fikir yang buruk ttg kawan2,semua yang baik2 je.Walau apa pon sifat mereka.Tapi bila dah aku anggap macam tu plak,ada yang berani amik kesempatan...tikam aku dr belakang,aduh SAKITNYA.Kerana sikap kawan yang x kenang budi ni (pernah lah gak aku tolong dia) aku hampir2 putus kawan ngan kawan yang lain,padahal sebelum ni kitaorg ok je.Leh gelak2 tgk cd n berbual.Aku x paham napa dia wat mcm tu ek.Hati mmg sakit,tapi aku cukup serik nak berbaik ngan minah, depan kita muka baik gila,tapi bila kat belakang ntah apa dia bawa mulut.Astaghfirullah..aku bukan nak korang mengesyaki kawan2 masing tapi itulah hakikat.Aku x pernah jumpa kawan yang macam ni sejak skolah rendah,tapi bila kat U,zaman yang org kata, masa kita menempuh kedewasaan.Hish,dah dewasa tp perangai macam budak tadika.Aku rasa budak tadika pon tau wat benda mcm tu dosa.Walaupun kecil da dikira fitnah.Perasaan aku masa tau kawan aku yang baik sangat ni wat fitnah, aku x leh nak cakap apa (lupa nak tumbuk muka dia,hehehe),nasib ada kawan2 yang sabarkan hati.X sangka org yang kita tolong leh buat mcm tu.Org yang kita percaya n tido sebilik.Fuh..nasib perangai baran aku ada sket kurang r,lau x aku igt jahanam dah muka minah tu aku kerjakan.Dah macam tu bf dia lak boleh cakap jangan kawan ngan aku sbb aku ni jahat n sosial..sama ler tu korang berdua.Kesan dia cukup dalam..sakit betul hati aku,aku cb memaafkan tapi x leh,aku belum sampai tahap melupakan.Tiap kali terserempak aku mesti rasa marah yang membuak2. Selagi dia x minta maaf ngan aku, mungkin aku x kan maafkan dia.Dengan Allah dia blh minta ampun (tu pon lau dia ada buat r).Erm..lepas insiden yang menyakitkan tu berlalu,aku amik keputusan tok pindah bilik, alhamdulillah aku dapat roommate yang besyt n sporting gila.Start tu aku x pernah amik port pon pasal minah ni,lantak dia lah lau pk2 wat tambah dosa je (dosa aku dah banyak ni).Sem akhir aku dgr cerita x best dr kawan2 lain, astaghfirullah minah ni mmg jahat,x pernah nak taubat.Dia boleh wat fitnah kat kawan baik dia,bukan setakat kawan baik satu group lagi.Lau ke mana2 diaorg slalu sama2, x sangka betul.Aku pon x paham napa dia wat macam tu.Sepatutnya, lau kawan kita mesti r sayang macam adik beradik walau x rapat pon jangan ler wat macam tu...gila betul.Akhirnya kawan yang difitnah ni mengundur diri dgn kuar dari rumah sewa tu.Yang peliknya pompuan mulut jahat ni dok kolej bukan rumah tu pon..tapi slalu lepak kat situ(erm..sapa yang patutnya kuar ni ek?)kesian aku tgk kawan yang teraniaya ni,smoga Allah S.W.T memberikan kesabaran yang tinggi pada dia.Kalau aku lah,isk..x da maaf bgmu.Aku rasa bukan aku sorang je yang dah jumpa pompuan mulut jahat macam ni..korang pon mesti pernah gak kan?dia x terfikir ke dunia skrg ni apa kita buat kat org Allah bayar cash je.Takut plak aku,lau nak jahat pon jangan libatkan atau aniaya org lain..x baik kesian kawan kita ..Kawan lah yang kita ada masa kita berjauhan ni,lau bukan kawan sapa lg nak tlg kita....

01 June 2009

MAMA....

Isnin..lagi..hehehe.i hate monday.sebenarnya bukan apa,aku malas nak memulakan minggu baru.Semalam,kelmarin dan sebelumnya.Hujung minggu yang membahagiakan...balik kampung jumpa mama and si dia.Kesian mama kalut nak balik kampung tunggu adik yang x tau jalan balik rumah.Tiap2 minggu macam tu, tunggu anak yang degil,tapi mama x pernah jemu walaupun dia tau adik x kan balik n gi melepak kat rumah best friend dia.erm...seronok berbual dengan mama,walaupun aku x rapat dgn mama tapi semenjak dewasa ni banyak benda yang membuatkan kitaorang jadi seperti 'kawan baik'.Sebenarnya mama open-minded,sporting dan mudah dibawa bicara.Ruginya zaman remaja aku sebab x nak berusaha mengenali mama, sebenarnya bukan x nak mengenali tapi takut..mama garang sangat masa tu.Mungkin mama tertekan dengan masalah,bukan setakat masa tu tapi sampai hari ni mama menghadapi banyak sangat dugaan..but mum i love you so much..mama yang terbaik,sangat sempurna,sangat tabah,sangat lembut hati.Mungkin mama kecil hati dengan aku,aku dah lama x balik Skudai, asyik2 balik batu pahat.Bukan aku x mau tapi aku x da 'kehidupan' disana,jd untuk apa aku pulang ke skudai.Aku plak menyusahkan mama,aku paksa dia balik kampung,dengan rela hati mama pulang ke kampunguntuk berjumpa ngan aku.Kadang2 sayu hati lau dengar soalan mama 'Along x nak balik jb ke?' , aku terus menjawab 'malaslah,bukan ada apa kat sana'.Tapi aku x sedar mungkin dia rindukan aku n perlukan aku.Mungkin dia terasa yang aku asyik berjumpa dengan si Dia...atau mama rasa aku lebih pentingkan si dia dr mama.sebenarnya x,mama tetap nombor satu, dan mama tetap keutamaanku,x pernah berubah dan x mungkin berubah kecuali aku sudah berkahwin nanti, sebab suami yang akan menjadi keutamaan, itu antara pesan mama.AKu semakin dewasa n perlu berfikir..aku mungkin pentingkan diri,tapi aku x nak melukakan hati mama.Kalau aku balik cuma bergaduh ngan adik yang x nak dengar cakap n menambahkan beban kat hati dia je untuk apa.Bukan sengaja nak lepas cakap n lepas laku,tapi aku manusia biasa yang sentiasa menyimpan perasaan x puas hati.kadang2 aku cakap mama pilih kasih sebab manjakan adik, wallahualam,aku x tau apa sbnrnya dalam hati mama.Mama belikan apa je yang adik minta,tapi aku pada usia adik, semua kena cari sendiri.Aku x kan dapat apa yang aku nak hanya dengan meminta,tapi aku kena tunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran baru keinginanku ditunaikan.Mama pilih kasih ke? sepatutnya aku bersyukur kerana dengan segala apa yangdia lakukan untuk aku sebenarnya mempunyai hikmah, kalau x kerana sifatnya yang garang x mungkin aku menjadi seperti aku yang sekarang, betapa bangganya dia jika ada yang bertanyakan fasal aku,nampak cahaya kegembiraan n kebanggan dalam matanya, bodohlah aku hanya menilai mama dr luaran.Petah mulutnya berbicara fasal aku,tidak kira pada sesiapa,keluarga,sahabat,bos,jiran mahupun peniaga kat pasar malam.Walaupun aku tahu apa yang aku buat selama ni x cukup memadai,tapi dia sangat berbangga dengan aku.Dia x pernah marah kalau aku dapat pointer teruk, tapi bila aku mengadu 'mama susahlah belajar,sakit kepala.Rasa macam nak berhenti je' dia akan menjawab dengan tenang 'mana ada belajar senang,kalau senang tukang kebun pun ada degree'..hehehe betul gak cakap mama.Dia slalu kata dia x berpeluang macam aku nak belajar tinggi,sebab cita2 dia x sampai kesitu.Dia nak aku pergi sehingga tahap aku dah x boleh nak belajar lagi, erm...dia faham isi hati aku,dia tau cita2 aku untuk apa.Aku bukan ingin bermegah, tapi tujuan aku hanya satu 'ingin mengubah kehidupan keluarga'.Aku dah puas rasa diperlekehkan, n hari ni walaupun aku x brapa kukuh, aku masih mampu berasa puas untuk mama n diri aku sendiri,aku dah lalui pelbagai fasa pendidikan dan sekarang ni aku hampir mencapai cita2.Setiap doa mama untuk ku, alhamdulillah menjadi,aku x sangka air mata kesedihannya menjadi air mata kegembiraan..semuanya kerana mama.Aku tau aku bukan anak yang baik,banyak melakukan kesilapan.Kalaulah mama tau segala perangai aku,mesti dia terluka dan kecewa..mama ampunkan along.Sedikit sebanyak hati ibu mesti terasa akan kesilapan yang anaknya lakukan,tapi mama lebih kepada langkah biar aku yang berterus-terang.Mama cukup sabar dengan sifatku yang sering melawan dan marah2, dia tahu aku cukup tertekan dengan situasi,aku tahu..aku adalah antara anak derhaka yang sentiasa menambah dosa untuk diri sendiri..tapi mama..sentiasa mengampunkan,sentiasa melupakan segala perilaku aku.Dia sentiasa berpesan 'along maafkan semua kesalahn orang lain, jangan simpan dendam.X apa sekarang ni dunia dah akhir zaman,Allah akan bayar cash semuanya'.X kiralah amarah aku masa tu ku tujukan untuk siapa...baik kawan @ lawan.Mama tahu hati n sifat aku,dia tau aku cepat marah n cepat melupakan kecuali perkara yang berlaku itu menyentuh maruah ku.Aku x teragak2 akn melakukan apa sahaja pada sesiapa yang melukakan mama, erm...aku anak yang berani ermm..ntahlah.Tapi yang pasti aku sanggup korban apa sahaja demi mama.Kat dalam hati kecilku banyak rencana yang telah aku buat untuk mama,aku cuma minta dia doakan semoga cepatlah aku dapat kerja yang bagus dan tetap..yang penting dekat dengan family..sebab..erm..dalam perancangan hehehehe..x lama lagi je..walaupun lebih 365 hari..aku tau aku x mampu beri kemewahan pada mama,tapi insyaallah minta2lah Tuhan x jadikan aku insan yang lupa pada orang tua.sebenarnya aku rasa berdosa ngan mama, aku slalu berkasar, tinggi suara dan marah2 mama ats apa yang dia dah lakukan.Tapi mama hanya mendiamkan diri, walau apa pun halnya(teruk betul aku ni kepala angin).Bukan apa, aku x nak dia terlalu lembut hati dan manjakan adik sangat.aku tau,aku gagal jadi kakak yang baik tapi,aku dah cukup berusaha,aku sanggup lakukan apa sahaja untuk adik2,dan aku dah buktikan.Walaupun aku perempuan aku mampu bersemuka dengan orang2 yang menyakitkan adik2 aku.Cuma bila dewasa ni, masing2 dah pandai jaga diri sendiri dan aku rasa diaorng pun dah x perlukan PERLINDUNGAN dr aku.Untuk mama, dr hati kecil along sendiri..terima kasih banyak2 mama, along minta ampun segala silap yang dah along lakukan..along sayang mama...