Sentuhlah saya

05 March 2013

Sabah

Assalammualaikum w.b.t..

Selamat malam...

Rinduuuu....korang..ngehehe...*auta

Aku malas nak upload gambar masa besday Rania...*aci x?

Ni nak upload masuk pesbuk je setaun...*lap peluh..

Kebelakangan ni tengah kecoh pasal kes penceroboh kat sabah nun..
sayu hati tengok balu2 wira yang gugur semasa bertugas.Innalillah..dah sampai ajal. :'(

Tapi yang buat aku hangin ni..dalam pesbuk kecoh mengaitkan hal ni dgn politik..helloooo people..boleh guna otak x?

Hal berkaitan nyawa,tak kan kita sanggup nak perjudikan????

Kadang2 update status..macamlah kau yang pegang senjata..padahal tangan lincah je menaip di keyboard..pfft..

Kadang2 akal kurang waras aku mengatakan mereka2 yang kepoh pasal politik dalam pesbuk ni mcm tak ada perasaan...hell...

Cubalah kau bayangkan kalau ahli keluarga kau yang kena bertugas kat Sabah tu..

By the way..Lahad Datu adalah tempat asal kawan baik aku masa kat UPM.

Ila...berhari2 aku col dia..baru semalam dia angkat..risau gila.

Dia kata...keadaan kat sana waktu siang berjalan mcm biasa..cuma waktu malam..masing2 takut nak keluar kerana waktu tu pencoroboh bermaharajalela...

Ila ada kat UPM..family dia yang kat sana.Ikut apa yang mak dia cakap,kalau keadaan masih tak aman...adik2 dia akan dihantar ke semenanjung.

Pheww...aku takut sebenarnya..takut sangat..kalau2 lepas pilihanraya nanti silap2 darurat.
Rakyat sekarang ekstrem..emo...obses..

Aku tak tau apa yang mereka gilakan sbnrnya..
Hanya kerana kuasa...

Bila tengok mereka2 yang kehilangan orang yang tersayang..hati aku pilu..sebab aku masih lagi bergelak ketawa dgn Rania..berpelukan dgn suami..tapi mereka...

Suami yang diharapkan agar pulang dgn selamat ke pangkuan dah pergi selamanya..

Subhanallah..beratnya rasa..

Oklah..aku dah x mampu nak menaip..karang Batu Pahat plak banjir dgn air mata aku..

Good night..nanti2 kita sambung lagi.