Sentuhlah saya

06 March 2012

First month injection :)

Assalammualaikum w.b.t
Selamat petang kawan2 mummy...

Hari saya kena cucuk untuk bulan pertama..
tak..tak..saya tak menangis pun...

ok..saya tak nak tipu..
masa makcik nurse cucuk peha saya...saya ada menjerit sikit..tapi kuat,lepas dia keluarkan je jarum injection tu saya terus senyap.

Mummy?
mummy tak ikut masuk,babah yang bawa saya masuk untuk cucuk.
mummy duduk luar sambil bergenang air mata.
Mummy cakap dengan makcik nurse dia tak mahu tengok saya kena cucuk,dia tak sanggup.Jadi babah kenalah teman saya.

Mummy semenjak lahirkan saya dia jadi sensitif sikit.
Mummy kata mungkin dia baru faham perasaan sebenar seorang ibu.

Ops..saya terkena jangkitan kuman sikit kat kulit saya...
mungkin sebab tu mummy asyik susah hati.
Walaupun doktor kata saya tak ada apa2...tapi selagi saya tak sembuh sepenuhnya mumm tak kan senang hati.

Lagi satu mungkin mummy tengah tahan sakit,sebab nipple dia luka.
Tapi mummy tak marah saya,dia faham lidah baby memang tajam.Ramai kawan2 suruh mummy sabar sebab jihad ke jalan Allah memang banyak cabaran.
Kadang2 saya kesian tengok mummy sebab menangis2 tahan sakit masa menyusukan saya.

Tapi mummy selalu cakap,dia halalkan setiap titik susu yang masuk ke badan saya.dan mummy juga selalu cakap....

"Rania umpama nyawa kedua mummy"


*babah dan saya....cutekan babah masa dia tidur :p

1 comment:

Raihana said...

cute baby rania..baby nk tido bwh x? baby saya asik nk riba je.kalu ltk tilam dia celik.mlm ke dia lena tdo bwh