Sentuhlah saya

Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts

28 April 2011

Inai di jari

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.

kena update laju2...
jari aku sudah berinai ..
hehehehe...menghitung waktu...menunggu esok malam =)

26 April 2011

2 hari lagi

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi...

huhuhu..
aku masih kat opis.kau jangan tanya apa2 ye.hahaha
aku selesaikan segala hal sebelum bercuti.
dah dekat2 nak majlis ni aku baru hegeh2 nak pergi scrub badan kat spa.tu pon tak pergi buat appointment.Argh...kalau tak sempat nak scrub kat spa,dah kahwin akus uruh laki aku scrubkan..boleh?

hahahahaa..belum kahwin tapi sudah melucah..ada aku kesah..yang baca belog aku pon mesti dah tau fikir kan?kan?

Banyak benda yang aku risaukan..serius sakit kepala.En.Tunang dah bising2 tak kasi aku berfikir banyak sangat.dia nak aku rehat je.

BArang2 untuk gubah hantaran aku tak beli lagi.
nasiblah ada cousin yang baik hati sanggup amik cuti nak tolong aku..lalalala~
*aku sayang kau ain :p

last fitting baju khamis ni.Pakai inai pun khamis ni,call kakak yang ukir henna pon kata nak datang khamis ni.

Kadang2 aku terfikir,kita nak sempurna mana pun majlis kita,kita rancang dengan teliti pun mesti banyak benda yang boleh berubah dalam sekelip mata.

TApi aku dah redha..hahahaha..senyum sajalah..
Kalau ada yang tak kena memang yang bertanggung jawab sila tahan telinga kena amukan berdarah.

MAkin dah dekat majlis ni,selera makan semakin membuak..ops..hahaha *abaikan.
Tapi kena control diri sendiri...*tiba2 bersyukur sebab pakai korset..kalau tak badan mesti lagi tombam.

Semalam duduk menghadap barang2 hantaran.kira2 balik setiap sen yang dibelenjakan..OMG..banyak gila aku keluarkan duit.TApi fikir2 balik dah beli pon..hahahah.benda pakai.jangan menyesal...jangan menyesal..jangan menyesal.
MAsa beli tak nak fikir,asal aku suka dan selesa aku bayar je terus.kan..hahaha..


Umpama tunang aku kata,'kita beli barang hantaran ni sebab kita yang nak pakai'.
Kalau nak dibandingkan duit yang dia keluarkan untuk aku memanglah tak berbaloi dengan apa yang aku keluarkan untuk dia.Hahaha..tapi nasihat aku untuk bakal pengantin,sila rajin2 survey barang.BArang lelaki mahal seyh.boleh muntah darah kalau nak melayan selera lelaki ni.Nasiblah dia tak muntah darah layan aku.

Sekarang sila pening sebab gubahan hantaran akan dilakukan pada siang jumaat itu.lalala~

kalau tak sempat kasi tenyeh apa sahaja asal boleh.janji cantik..kan?kan?

Banyak je gambar aku nak snap dan upload.tapi tahap kemalasan aku melampau..hahahaha
sekian terima kasih.

25 April 2011

Ohhhh..tak tahu

Assalammualaikum...
selamat pagi...

selamat segala2nya..
hari cuma rasa malas nak angkat hp dan bercakap dengan orang lain.
banyak kerja nak dibuat.kena siapkan segera sebelum bercuti.saya sibuk...sekian terima kasih.

22 April 2011

Tak da duit pun boleh kahwin.

Assalammualaikum w.b.t


Selamat petang.





Aku dah macam zombie,tak cukup tido.MAlam tadi mama kena tahan kat hospital sebab hyper gastrik.aku tak tahu caman dia boleh kena.Kol 12.45 a.m angah col bagitahu,terus bersilat aku bangun tido.Berderau darah aku.





Kau bayangkanlah,johor bahru dengan kampung aku amik masa sejam lebih nak sampai,dahlah aku rasa ayah aku drive laju macam mana pun macam tak sampai-sampai je.





Kau bayangkan apa perasaannya,memanglah angah kata mama okey tak ada apa-apa.Tapi hati orang yang belum sampai dan tengok ni.Rasa macam nak pengsan je dengar.Setiap 15 minit aku call angah tanya keadaan mama,sampaikan angah naik rimas.





OK2..kau jangan risau sekarang ni mama aku dah okey,aku baru je call dia kat tempat katering.Adeh...pening aku.Aku yang naik risau.Majlis minggu depan,bukan aku je yang kena jaga kesihatan.Dia pun sama.





Okey.melalut..aku nak cakap pasal 'Tak ada duit pun boleh kahwin'.


Hahahaha...ok.ni ditujukan khas untuk aku.sekian terima kasih.





Untuk pengetahuan kau,aku adalah manusia yang tak habis study dan tak ada kerja tetap yang bergaji best.


Aku cuma tolong En.tunang dan abang ipar dia buat kerja kat office.Elaun bulanan aku adalah RM800.00.



Dalam zaman sekarang kau rasa cukup ke?


hahaha..jangan cakap apa-apa.


Terpulang pada kau nak kata aku gedik nak kahwin ke apa.TApi hakikatnya aku redha rezeki kahwin aku sampai dulu.

Duit gaji aku,aku simpan dan buat belanja sikit-sikit.selebihnya ditanggung oleh En.Tunang.Hahaha..bunyi macam pisau ciukur.ada aku kesah.orang nak bagi,aku tak mintak.Orang kata rezeki jangan ditolak.

Aku sedar diri,dan aku ada bajet tertentu dalam merialisasikan impian,prinsip aku 'Sederhana tapi Sempurna'.



Bermula dengan Katering:


Bahagian ni disupport 100% oleh orang tua aku.Sekian terima kasih.hahaha :p


Dalam family mama aku,kalau salah seorang nak buat kenduri atau kahwinkan anak,adik-beradik lain akan 'menderma' dalam erti kata lain 'support'.Walau tak banyak pun sikit.KAlau jenis yang banyak duit tu,memang akan support banyaklah,contoh macam kambing,ayam atau lembu.Tapi kalau yang kurang duit sikit,diaorang akan belanja goodies atau kuih-muih.Alhamdulillah rezeki nak kahwin,orang tua aku kata,jangan risau semua akan diselesaikan walau sulit macam mana sekali pun.




Dituruti dengan Tempahan dewan serta peralatan:


PArt ni aku selesaikan sendiri,sewa dewan tak mahal hanya RM150.00,yang jadi mahal sebab deposit RM200.00 belum ++++ dengan sewa red carpet+meja panjang + bla..bla..


Dewan dan meja aku sewa dengan Majlis perbandaran.Meja bulat dan kerusi untuk tetamu aku sewa dengan orang lain.Bab tu mama aku settlekan.Meja utama ,pak andam settle,meja buffet ayah aku settle.pergh..orang tua aku banyak beri kerja sama.Sekarang yang jadi masalah Reben untuk kerusi..alahai..kena beli pula.

oKey,untuk majlis berinai selepas nikah,nasib aku baik.sebelah rumah nenek aku ada dewan terbuka.Maka tiada kos di situ kecuali bayar bil air dan elektrik.Alhamdulillah =)



Diikuti dengan pelamin serta andaman:


Aku berangan nak buat seperti fairy tales.Berangan saja.sebab ada andaman yang superb dia kenakan bayaran pakej sebanyak RM8k keatas untuk tema seperti itu.Kau bayangkan,kalau 8k hanya untuk majlis bersanding macam mana dengan majlis berinai?*mati.



Aku x da duit.aku tak mampu dan aku tak nak berangan tinggi-tinggi.nanti aku lebih jealous tengok majlis orang lain.Jadi muhasabah diri.Kita buat apa adanya.Sebab kalau kita nak sama gah macam orang lain,sedangkan kita tak mampu,sanggup ke nak berhutang semata2 nak buat pelamin yang gah gila dan jadi sebutan ramai sampai orang meleleh air liur tengok pelamin kau?hahahahaha

Kalau aku..memang x da maknanya.Konsep aku sbnrnya agak simple berbanding sekarang ni.Tapi bila nak kahwin kadang2 kau perlu fikir banyak perkara juga,niat aku memang nak buat seperti apa yang aku inginkan tapi aku ambil kira perasaan dan pandangan orang tua aku juga.

*ye aku anak yang baik tak payah puji lebih2..wakakaka.pengsan.

Aku amik pak andam yang mengandam aku masa tunang.Aku jumpa dia dan nyatakan bajet aku serta bagitau dia apa yang aku nak.Alhamdulillah,dia boleh buat dan beri apa yang aku nak.Sepatutnya aku kena bayar lebih dari bajet aku,memandangkan aku request baju baru.TApi dia kata 'tak perlulah,sebab awak boleh bertolak ansur dengan kita'.

Hahahaha...rumah tunang aku pon amik dengan andaman yang sama.ok lepas majlis baru aku kasi tau pakej dan harga ye.Yang penting tak melebihi 8k untuk dua2 belah pihak.


Seterusnya adalah goodies:
Ni bab paling simple.HAhaha...semua parents aku settle.Goodies untuk kawan2 aku pun mama aku yang belikan.yeay..hahaha*aku tak mintak tau.aku ni kalau boleh semua sama je.

Yang ni rahsia juga.kalau bgtau awal2 nanti kau kutuk aku.hahaha

Tapi ada kawan ayah yang sangat baik hati,kemungkinan besar dia nak support separuh dari goodies.Kami terima apa adanya.Alhamdulillah (^_^)


Kemudian adalah barang hantaran:
Fine,terus-terang kami spend duit yang banyak untuk ini.sebab ikut nafsu dan kehendak masing2.hahaha..dia listkan segala barang dan kami cari bersama2.ops bukan pakai duit dia sorang ye,dia beli untuk aku dan aku beli untuk dia.adil kan?tapi dia ni demand..hahaha..tak leh blah.Paw aku gila2..hahaha *selama ni aku paw dia gila2 sampai poket dia rabak,dia relax je.hahaha

Umpama dia kata,'kita akan pakai barang2 ni yang,alang2 beli biar yang kita puas hati'.
Hahahaha..aku ok je.lalala~

Tapi ada salah satu barang tu dia memang hadiahkan khas untuk aku.hahaha.
kau jangan expect aku dapat handbag LV ke,Chanel ke.mak tak mampu noks.kau hengat bakal laki aku cop duit.hahahaha.Biasa2 je,kembali kepada konsep asal.'sederhana tapi sempurna'..untuk kami lah :p

Untuk belah aku,kira 30k jugaklah habis,tapi bakal suami lagi kesian..huhuhuhu..banyak seyh dia habis..banyakkkkkkkkkkkkkkk sangat.tu tak termasuk renovate bilik,perabot,duit hantaran etc.kesian dia.lepas kahwin ni memang betul2 kena berhati2 ketika berbelanja.


Sampingan:
Huhuhuhuhu..kami anggap honeymoon adalah perkara sampingan.Boleh?aku tak kisah ke mana pun.asal ada duit jalan.plan asal mahu ke bali.tapi sebab lambat tempah tiket dan pakej bagai.dalam malaysia pon boleh,kalau dia bawak aku ke sunway lagoon pun dah cukup bersyukur.Pssstttt aku nak makan buffet kat 5 star hotel sebab aku dah survey beberapa hotel yang buffet lunch dia meletops kau.*aku memang kuat makan,sebab tu aku tak kisah kalau tak honeymoon jauh2.

BAgi aku,percutian adalah = makanan yang lazat + tidur yang cukup @ berlebihan + waktu santai yang kosong tanpa memikirkan apa jua hal.

Okey dah penat menaip nanti sambung lagi.tiba2 kekeringan idea.hahahaha :p

20 April 2011

PWS

Assalammualaikum w.b.t
Senyum tak perlu kata apa2...
motip aku senyum nak ceriakan wajah yang kusam dan masam ini.
eh jangan salah faham,nak majlis memang penat ler katanya.

Hehehehe...

aku kasi tepek gambar pre wedding shoot.
jangan kau muntah plak ye..kalau ada gambar yang tak patut tu ya ampun.

Gambar lebih tak da dalam FB pun aku tepek sikit je.
INternet hr ni laju dari biasa..maka aku buat sambil tersenyum (^_^)

Aku bagitau awal2,kalau gambar PWS aku tak sebest gambar kau,harap kau nak kutuk tu dalam hati je hahahaa.

GAmbar2 ni aku tak edit.Aku pilih editing untuk Majlis sahaja.

Boleh kalau nak edit..tapi aku akan suruh dia buat lepas kahwin nanti.sekarang banyak benda yeop nak buat.


Ini adalah menunjukkan bahawa dia berminat dengan aku..erk ye ke..hahaha..abaikan.




Gambar ni eksklusif, aku tak tunjuk kat sapa-sapa..sapa yang baca belog aku je yang nampak.hahahah.Nak tepek kat FB,tapi ramai kaum keluarga di situ harap maaf.lepas kahwin aku upload ke sana.Katanya si Gemuk kendong si Comel..lalalala~

*masa ni kaki aku dah lenguh posing,aku malas nak jalan.Jadi En.tunang jadi mangsa :p


Ye PWS kami di kelab snooker...aku tak da idea..asal boleh je..hahaha..tapi aku suka sebab enjoy..lalala~


Dia ni garang tau,asyik nak gaduh je dengan aku,rasa macam nak tonjol dia je masuk lubang meja snooker ni. :p


Kata budak baru belajar,maka sifu yang selalu curi tulang masa kerja turunkan segala ilmu dia pada aku.hahahaha 'curi tulang masa kerja'?hahaha itu dia yang buat,katanya kerja sendiri kan.


Aku rasa jadi penyokong atau pemerhati lebih baik sebab tak bertekak.Dia sibuk suruh aku jadi cikgu,dia kata aku garang.Tapi aku rasa dia lagi sesuai jadi cikgu.Sebab dia lagiiiiiiii garang.




Ini adalah hasil kreativiti En.Tunang dan para photographer. (^_^)


Kau jangan terkejut..lelaki COMEL pun boleh melompat *pssstttt dia tak lah gemuk sangat kalau boleh buat gaya gini.hahahaha matiklah kutuk bakal suami :p



GAya gini sebab dia kata muncung aku comel.Ceit...dia tak sedar muncung dia lagilahhhh macam itik..tettttt..hahahaa..kutuk lagi.



Sekian ikhlas dari kami sekeluarga..ops..belum lagi..mana nak datang, cuma kami berdua..hahaha.























9 hari lagi

Assalammualaikum w.b.t
Hollaa....
rindu aku tak?
aku buat entry ringkas dan laju-laju ye.. :p

persiapan menjelang majlis perkahwinan..80% sudah diselesaikan..yang tinggal hanya 20%.
OMG aku dah nak kahwin..hahaha..x sabar...nak kahwin yeay *gatal

Aku kan jenis manusia yang jarang nak update pasal benda-benda kahwin ni kan.
Jadi mari aku tunjukkan....apa yang telah dilakukan bersendirian.

3 pasang baju untuk aku,baju nikah,baju untuk hantaran dan baju selepas majlis.
Apakah baju selepas majlis?
hahahaha..aku pun tak tahu.Hentam sajalah.Weh 3 pasang bajumenyebabkan aku pokai..hahaha.
eh tak baju nikah mama aku hadiahkan :')
Baju untuk hantaran aku beli sepasang dengan lelaki punya,kira pakejlah kat Gulatis RM350.00
Harga asa adalah RM389.00,aku kecek sampai dapat harga tu.sebab aku ambil sepasang lagi baju kurung yang menyebabkan pengeluaran wang menjadi RM500.00.Tapi nasihat aku,kau nak kena pandai kecek lah,mintak murah lagi.sampai salesgirl tu menangis..hahaha

Kau nampak kotak-kotak kecil ini?
Goodies untuk kawan-kawan rapat mama.Dia kata ada beli lagi untuk kawan-kawan aku.
aku tak kisah pun,asal ada,hahaha.Rezeki nak kahwin,ada kawan ayah nak support makanan ringan untuk goodies.Mula-mula kitaorang tak nak lah letak makanan sebab takut rosak atau berkulat.Tapi sebab orang nak bagi,kami terima je.Bukan kena pakai duit pun,cuma cakap Terima Kasih.





















Aku gigih okey,packing segala goodies sorang-sorang.Phewwww
aku rasa macam nak pengsan.Tapi tabah..ye sila tabah sebab nak majlis ni berlalu cepat-cepat..apakah?hahahaha..aku penat~
Orang kata,kalau dah dekat-dekat nak kahwin jangan jumpa sangat,tapi tak boleh nak elak.Aku dengan dia kerja bawah satu bumbung.Tang mana nak mengelaknya.Nak cuti awal,kau nak suruh aku membulat kat rumah?nak buat apa der kat rumah?
Aku amik cuti 2 hari sebelum nikah.Jadi ni tengahgigih edarkan kad jemputan fasa terakhir.

08 April 2011

Yuhuuuu

Assalammualaikum w.b.t selamat pagi... huhuhuhu Yuhuuuu.. aku dah boleh nikah.... sebab aku dah lepas interview kat pejabat agama.. untuk sesiapa yang tak tahu.. kalau pasangan pengantin di negeri johor memang ketat sikit prosedurnya. -Kursus kahwin -HIV test -Interview -Baru boleh nikah.. lalalalala Semalam aku tido awal sebab satu tahap dah berjaya dilepasi...OMG..aku tak percaya..aku dah nak kahwin..hahahaha..dan2 lepas je interview terus rasa lapar. Soalan yang dia tanya aku -Mengucap 2 kalimah syahadah -Al-fatihah -Rukun nikah -2 tanggungjawab isteri Alhamdulillah,aku berjaya menjawab kesemuanya.yippie.... sekarang tengah kalut dengan persiapan...OMG dah tak lama...arghhhhh.. banyak betul yang nak kena teliti ni.. Tapi sebelum babak ke pejabat agama,haruslah ada drama sikit..hahaha..hari sebelumnya aku bertekak dengan En.Tunang,ye..aku memang tengah meradang,nasiblah tunang i tu penuh kesabaran hahahaha..dapat pompuan berangin macam aku ni memang nak kena sabar lebih..hahahaha. Ada masalah sikit pada perjalanan majlis kami,tapi mesti boleh settle....nasihat aku kepada B2B,banyak hati nak kena jaga yang oiii..hati2 dengan kata2 serta perilaku.Kalau macam aku ni,tahap kesabaran dah menipis..hahahaha. Ok2..jumpa nanti...da.....

07 April 2011

Nanti2 update lagi

Assalammualaikum.. selamat pagi.. pheww...aku kena update laju2..banyak benda nak buat.. hahahaha 2 minggu lepas aku dah buat pre wedding shoot yang ala kadar..tiada idea menarik..tiada props..tiada dan tiada..semuanya adalah asal boleh....layan~ Entah semenjak nak kahwin ni..aku dah jadi manusia asal boleh je..janji KAHWIN.hahahaha Nanti senang aku tepek gambar pre wed..kalau malas aku tepek nanti2.. hahahaha..pre wed termasuk dalam pakej. aku ada gak cakap dengan En.tunang yang gambar pre wedding ni ala kadar je.dia kata tak pe..lepas kahwin kalau nak amik gambar yang lagi cun boleh je.. Jadi pada fikiran kami,tiada batasan dan tiada kerugian..hahaha..ok..ye sebab dua2 tak kisah dan asal boleh.. Bilik pengantin kat rumah lelaki..a.k.a bilik tetap dah dipenuhi dengan set perabot yang ditempah khas..hahaha bunyi macam mahal bebenor..*poyo sekejap feeling orang kaya. hahahaha..bilik dah siap renovate sikit,perabot dah ada,bilik cat kaler PINK..pink kau..hahaha..tu semua tunang aku uruskan..aku tak amik tau.aku tau masuk bilik tido..hahaha Harga perabot pun aku tak tahu..malas nak amik tahu,sebab kalau dia bgtau sia2 je dia kena bebel dengan aku.hahaha..aku dah cakap tak payah beli perabot sampai riban2..beli set dekat courts mamoth sudah.murah2 je.. Kali ni aku tengok En.Tunang plak over excited nak kahwin..segala benda dia buatkan dan listingkan.huhuhuhuhu..aku goyang kaki...hahaha..nak mati ke kalau duduk goyang kaki.. Banyak kerja seyh..aku rasa macam nak pengsan.. Semalam ada insiden tak diingini berlaku..hahaha..tiba2 aku rasa tak nak kahwin plak..*ye sila lempang aku laju2.. macam2 perasaan ada,was2..entahlah..kejap lagi nak pergi pejabat agama submit borang nikah.harap2 diaorang tanya soalan mudah je..haha atenya kalau tanya lebih2 karang aku membisu je. Nanti malam aku update kasi gambar ye.sekarang ni sibuk sangat banyak kerja nak buat.

16 March 2011

Goodies

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.

Aku nak menulis tapi tak tahu nak tulis macam mana.

kebelakangan ni aku rasa keadaan diri aku sangat teruk..serius bad..
Ingatan aku palingggggggggg teruk..ya Allah..
aku sampai lupa nak renew lesen,renew roadtax damn it...teruk gila perangai.

Borang nikah dari last week aku janji nak settle,sampai la ni aku tak kasi settle lagi,
apasal ni?
aku macam 'lemau' lah.. =(

Mungkin aku penat sangat kot,
Aku tak da betul2 rest dalam seminggu..ada je benda aku buat.

Semalam sudah bermula operasi untuk menyempurnakan goodies.
Bukan bagi apa pun,tapi adalah sikit cenderahati untuk tetamu.
Tu semua idea mama,dan yang melengkapkan idea itu adalah aku.
Nak tunggu mama aku buat..adeh..aku suruh confirmkan dengan DJ pun dia main tangguh-tangguh sampai tak dapat,
nasiblah ayah aku cergas dan tangkas dia terus hire kawan dia untuk majlis aku.

Aku tak boleh nak harap mama aku sepenuhnya untuk agenda-agenda lain.
yelah mama aku bukan duduk serumah dengan aku.
Hahahaha,lagi 2 hari nak nikah baru mama aku ambil cuti.
power tak mama aku?
hahaha..sebab bukan ada apa pun yang dia nak sibukkan sangat.

Tapi sejujurnya dari hatilah,
aku nak sangat supaya masa cepat berlalu,
penat seyh...tak tertahan badan menanggung keletihan.

BAnyak benda lagi nak buat.
Nampak gayanya lepas kahwinlah baru aku boleh fokus balik pada tesis aku.
Ni menaip pun aku kerja menguap je.

Semalam struggle gila..
balik je terus gigih siapkan goodies,
berhenti sekejap mandi dan solat maghrib,lepas tu sambung lagi.
Tak banyak pun aku buat semalam..tapi sampai terlentok gak lah..hahaha.

Nak tahu apa isinya?
hahahaha..sila datang majlis aku.
Nanti kad dah siap aku mintak alamat.

Kad tak siap2 lagi tarikh semakin hampir.
bingung aku dibuatnya hahaha *sempat lagi ketawa =p

Sebelum tetap tarikh lagi aku dah sound mama awal-awal.
Jangan nak buat macam-macam sebab kami tak mahu menyusahkan orang lain.
Buat benda simple supaya aku boleh selesaikan tanpa mintak bantuan orang lain.
Dan dia tunaikan.
Aku tak suka nak susahkan orang lain dan susahkan diri sendiri.

Kalau boleh aku nak buat sesimple yang mungkin.
Aku tak nak orang expect lebih pada majlis aku.
sebab semuanya simple sangat-sangat.

TApi bila difikir-fikirkan,
En.Tunang agak over excited..eh dia dengan mak dia..excited gila,
Aku risau kalau semuanya lari bajet,tapi dia relax je.
Jadi aku malas nak cakap banyak.

Kalau ikut aku..
tak perlu nak beli perabot baru,
tak perlu renovate bilik,
tak perlu dan tak perlu...

Sayang duit *sigh..

Adakah duit aku yang keluar.opkos tak.
Sebab bilik pengantin belah aku memang aku tak hias apa pun.MEmang aku dah cakap awal-awal dengan dia,aku tak melebihkan bilik sebab kat rumah nenek aku,aku emmang tak da bilik..huahuahuahuahua..

lagipun lepas kahwin aku duduk bilik dia....jadi aku lepas kahwin cuci kaki sajalah..hahaha

Erk..bunyi macam keji ek..aku tengah kusut ni nak gubah hantaran macam mana..pening...pening...pening...

15 March 2011

Baju Nikah lagi...

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi (^_^)

Minggu ni sibuk,minggu depan sibuk,minggu akan datang pun sibuk,
aku rasa selagi aku tak kahwin...aku memang akan sibuk tiap-tiap minggu..
Tiap-tiap hujung minggu ada majlis perkahwinan,dan perut aku dah buncit penuh dengan nasi minyak..hahaha tak payah tunggu makan nasi minyak dah memang buncit sejak azali sebab makan banyak =p

kalau sebelum ni aku menghitung bulan dan hari ni aku dah mula untuk menghitung hari..OMG
Penghujung bulan 4 semakin hampir...lalalala~

Semalam baru aku hantar tempah baju nikah =p
Taylor kata dia boleh siapkan sebelum tarikh aku nikah.
Harap-haraplah kan.

Secara tak rasmi aku dah ada 2 pasang baju nikah.
Amacam over x?
bukan aku okey ni semua perihal mama aku.Dia nak sangat aku pakai baju kurung moden.
JAdi dia pergi Jakel dan cari kain yang dia sangat-sangat berkenan.
Aku?
KAlau orang nak memberi tu laju je aku tadah.

Aku Tak kuasalah nak membantah bagai.
Dia emak kan..
selagi tak over bajet aku,kira okeylah tu.
LAgipun Kedua-dua baju nikah dia yang belikan.
lAgi aku nak banyak bunyi.

Ikut aku,aku nak pakai kaftan je..
tapi semua orang tak kasi..hahaha
tak pe selagi boleh layankan kita layankan..lalala

Dah dekat nak kahwin ni baru aku rasa aku hampir pokai..hahaha
serius weh duit aku habis...

Tapi tak pe lepas kahwin aku kumpul balik..katanya jobless kan..memanglah tak da duit.

Okey pasal baju nikah yang baru ni plak.Sepatutnya harga untuk 4 meter kain dan lining adalah RM450.00 tambah upah lagi RM120.00 boleh jadi jumlah keseluruhan ialah RM570.00.
Hampir RM600.00.

Tapi saya bangga mempunyai mama yang rajin beli kain serta pandai mintak harga kurang hahaha..

Dari RM450.00 mama aku tawar sehinggalah RM250.00..
percaya?...sila percaya.Mama aku kalau bab manawar orang kaya pun boleh bankrap.
Dan yang mewarisinya ialah bakal menantu dia..En.Tunang hahaha.

Kalau aku ni bukan pandai menawar sangat,silap2 lepas potong kain je aku terus bayar hahaha.

TApi masa kat Gulatis hari tu aku belajar menawar gak lah sampaikan staff kat situ nak pengsan kira harga aku.Hahaha..

Aku beli Kain untuk dibuat baju hantaran,aku ambil pakej RM350.00, siap dengan baju melayu untuk lelaki.

Tapi aku pilih kain untuk lelaki suka-suka hati aku,maksudnya aku tak ambil pun kain yang termasuk dalam pakej tu.

Nah sekali total adalah RM398.00.Haruslah aku mintak kurang banyakkan..
Sampai terdiam staff lelaki tu.Dia kira-kira,last dia boleh bagi aku RM380.00.
Aku tak mengalah,aku mintak lagi,sampai dia hampir menangis.


Aku:APa mahal kebenor RM380.00.BAgi je lah harga asal tu RM350.00

Staff:Tak boleh kak,sebab kain baju lelaki ni akak ambil yang mahal.

Aku:tak da maknanya okey,tu yang last sekali.Tak da,saya nak RM350.00 jugak.Nak bagi atau tak?

Staff:Kak,saya bagi RM360.00..last dah ni.

Aku:tak mahu,saya nak ambil kain lain lagi ni.KAlau spend banyak-banyak dekat situ nanti tak dapat baju lain.

Staff:LAst dah ni kak,dah tak boleh nak lari lagi.

Aku:Last RM350.00,kalau bagi harga tu saya tambah kain lain.

Staff:ok-ok lah kak,RM350.00 *sambil geleng-geleng kepala..

Hahahahahaa..kau hengat aku murah hati?
Ni semua penangan mama dengan En.Tunang lah,ajar aku mintak diskaun sampai macam tu sekali.Tapi mama aku lagi over okey.Kau cakaplah kain apa jenis dia mesti tahu rate harga.Aku ingat kalau mama aku tak kerja dengan kerajaan mesti dia dah jadi tokey kain sekarang ni..hahaha =p

Jadi total RM600++ telah menjadi RM370.00..sila senyum sekarang..lalalala

Aku ada tengok French lace gak,tapi erm..mahal,aku hampir-hampir beli okey Gucci lace.semeter adalah RM500.00.En.Tunang dah geleng-geleng kepala je.
Kalau aku dah suka,kau cakap apa pun,ada aku kisah.
Dari luar kedai tengok memang cantik,aku sampai tengok lace tu dah kurang berkenan.
Mungkin ada tempat lain yang lagi cantik kot.Entah,aku ni kan tak pandai nak menilai kain..less is more kot...hahaha.

TAk pe yang penting aku suka dengan apa yang ada.
Lagi nak dekat majlis ni,lai tak kisah di buatnya.
Aku sekarang dah jadi manusia 'asal boleh'..hahaha

Nak suruh aku D.I.Y..ya ampun...x tersempat yang.
Semalam bincang light-light dengan mama aku pasal agenda majlis,goodies..huahuahuahua..semua mama aku settle.Aku senyum-senyum je.
Mama aku siap pesan dia nak pak andam aku solek aku cantik-cantik dia nak aku 'meletops' hari tu.hahaha..overexcited ni.

Bagi aku semua pengantin cantik masa hari majlis tuh.yolah dah kena tepek mekap tebal-tebal mana nak nampak kesan jerawat.Lepas tu pakai kaler-kaler kat mata,bulu mata palsu lagi..hah amik kau mau tak meletops.

Minggu ni mesti kasi settle borang nikah,tak boleh tangguh lagi dah.Lusa mesti kasi hantar pejabat agama.

Next week kena pastikan kad jemputan siap,mesti..mesti..dan mesti.

Eh,kalau tag event kat dalam facebook sekarang ni,awal sangat x?
Hahaha..over okey..lalala~





Baju dalam gambar ni ala-ala baju nikah aku yang first.
*Kredit to Uncle Google
Aku nak pakai macam ni sebenarnya,lepas nikah terus tido..ops..hahaha
*Kredit to Uncle Google


Yang ni macam menampakkan punggung aku besar..hahaha..tapi boleh je.
*kredit to uncle google
Hahahaha..kesimpulannya buat kurung moden je..soon aku memang memerlukan baju kaftan tu.Hahahaha..tak tau kenapa macam dah berkenan sangat.lalala~


09 March 2011

Gubahan Bahan Hantaran

Asslammualaikum w.b.t

Selamat siang..hahahaha..
ok..over sikit =p

Aku dilanda sakit kepala yang teruk..secara fizikalnya tak nampak teruk sebab aku masih menjalani kehidupan normal seperti manusia lain,kecualilah terdapat alien di muka bumi ini yang nak menjalani kehidupan seperti aku.

Malam tadi aku tak boleh tido dengan lena....sampaikan aku boleh mimpi EN.Tunang jadi Zombie..kejar aku sebab nak peluk aku kuat2..apakah?

Mimpi je ok..dah lah mata dia bulat,keliling mata lebam pulak..sampai terjaga aku..hahaha teruk~.
Kalau tunang aku tahu ni cfirm dia gelakkan aku..nampak sangat tak sabar nak kahwin.
Kot ye pon x sabar nak kahwin jangan lah jadi zombie dalam mimpi aku..takut dowh.

Sekarang aku dah bingung..mama aku beli kain lain untuk baju nikah..
Baju nikah dah ada 2 pasang..OMG..
aku ni dah malas nak bising2,duit mak aku kan.Biarlah dia..

Tapi aku pening mana nak hantar jahit ni..hush..hush...hush..
KAd jemputan tak siap lagi ok...
Siapa nak tolong aku buat hantaran..

Ok,mari kita pening2 bab buat hantaran ni...
aku nak simple deco je..
tak mahu leceh2..
hujung2 pun diaorang bukan pakai segala hiasan tu.
FMIL tak kasi membazir duit untuk gubahan hantaran.
dia kata simple je sudah..hahaha macam tau2 bakal menantu tak da kerja ye makcik =p


Aku ada tempah Fresh flower,tapi tak banyak..sekadar suka2..boleh gitu?
hahahaha..
weh aku memang x da idea ni..
DIY?welawei..sekarang memang tak boleh nak fikir..tak tahulah nanti tiba2 terDIY plak kan?
orang kata kalau dah terdesak benda tak mungkin pun boleh jadi mungkin.

Antara contoh pilihan hati adalah seperti berikut:'TERIMA KASIH PAKCIK GOOGLE'





Tapi aku lebih suka yang pertama dengan yang kedua.Sebab bunga tak banyakkan.
LEss is more what..hahaha..cakap jelah kau kedekut kan senang.
NAk kahwin kau memang kena ada sifat macam ni sikit,
sebab banyak benda kau nak kena beratkan lagi.
JAngan terlalu over dalam satu2 hal.
Maksud aku,sebelum kau beli sesuatu kau kena plan dulu.
Serius...
aku tak nak survey banyak barang..
Sebab kau akan bingung dan silap2 kau boleh over bajet.
Aku selalu set dalam kepala,apa yang aku nak beli dan macam mana rupa barang yang aku nak tu.HAhahaha..sebab tu aku boleh completekan barang hantaran dalam satu hari je.
YAng penting fokus ma..eh tak yang penting duit..x da duit kau x boleh beli apa2...
Tapi kalau partner kau sudi nak keluarkan duit dia,
apa lagi terus je cakap..YES....hahaha
EH..melalut..aku ada keja nak buat.aku tengah x senang duduk ni,kad x siap lagi.matilah aku.



02 March 2011

Balang-balang Manisan =)

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi semua..

Dengan harapan pagi kau lebih indah dari semalam.
Huhuhuhu..
semalam adalah luahan hati yang tak terluah.

TApi malas nak layan perasaan..
mari kita mula balik dengan kerja-kerja persiapan untuk majlis.

Untuk pengetahuan kau,
kesemua hal2 yang berkaitan barang hantaran, andaman, baju dan segala macam kecuali katering dan goodies adalah bahagian aku. =)

Dengan bangganya kali ni aku boleh buat ikut suka hati aku lalala~
mama aku tak banyak komen,sebab aku dah sound dia awal2..
Hahahaha *kejam dowh jadi anak

Bukanlah sound yang macam anak derhaka tu,aku cakap lembut2 je..
sebab aku tak mahu ada konflik timbul.
Aku tak tahulah kalau mak orang lain,tapi mama aku ni nampak je macam tak kisah..tapi cerewet..huwaaaaa....*pengsan

Ok biarkan mama aku bahagia dengan idea ye..dia over excited okey..but i like~

Sibuk menjelajah blog B2B..aku suka dengan idea..Balang-balang manisan ni..
sangat manis~..... (^_^)

Aku tiba-tiba berangan nak amik satu port untuk aku letak segala balang-balang manisan ni dengan kek-kek cawan yang comel..hahaha..verangans..

sbnrnya..idea balang-balang ni,sebab aku malas nak deco dulang hantaran..
*mati..sapa nak tolong ni..kawan2 semua kerja.


Aku ni bukanlah suka sangat candy2 bagai ni,aku suka tengok je.TApi macam sweet kan..hahaha





*credit pics to Uncle G =)

Aku masih survey balang2 yang murah dan cantik...MIL suruh aku beli kat kedai RM2 je.sebab dia beli balang2 kat situ cantik2 dan murah2..kena pergi survey ni...

14 February 2011

Sedih

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi...

KEcewa+stress+sedih

Mula2 x da lah nak rasa sangat...tapi la ni dah sedih sangat.

Secara rasmi tarikh sudah fix,aku akan bernikah pada 29 april 2011 dan majlis resepsi pada 30 april 2011.

See...mula2 x banyak masalah now...dah terlalu banyak clash dengan orang2 lain.

apa patut aku buat?
sampai ada mintak tunda supaya boleh datang majlis aku.
what the?keputusan bukan boleh main ubah2 macam nak buat birthday party okey.
Ni melibatkan 2 pihak dan 2 keluarga..apakah...mahu tukar tarikh macam suka2 kita nak batalkan order makan kat kedai makan?

Kawan2 rapat ada yang memang x boleh datang sebab dalam pantang..so?x kan nak paksa datang dengan berparam bagai?aku x zalim sangat,memandangkan masa aku tunang diaorang sudah bersungguh2 datang.

Masa tunang pun satu hal,janji bagai nak rak,tapi hujung2 x datang.marah+kecewa..memanglah.
Tapi aku fikir tunang je pun.

La ni,aku senang kau x datang majlis aku dan aku x kan datang majlis kau.x da effect pon kan?
bunyi macam kejam...hahaha aku x macam ni okey.walau kau x nak datang majlis aku sekali pun.Insyaallah masih ramai yang akan datang.niat aku hanya untuk menyebarkan berita yang aku dah KAHWIN.hahahaha

Tak da lah nak keji sangat macam tu.

Ye aku memang sangat sensitif.Ingat senang mahu rancang plan besar macam ni.Kad kahwin aku tak tempah lagi,rasa memang sudah mahu merajuk,yang sana call bgtau awal2 tak dapat datang,yang sini macam2 hal..kalau kau..kawan2 yang kau harapkan datang.

Sampai rasa mahu buat majlis untuk family dan kawan2 yang betul2 mahu datang sahaja.

Boleh tak kalau nak bg kad,aku tanya macam ni
'kau boleh datang x ni?kalau x boleh aku x bagi kad'

hahaha...macam siamang je bunyi.

Dahlah dengan ada manusia ugut mahu memusnahkan majlis aku..
kau rasa stress...ye...aku stress..tapi aku ugut org tu balik.
'kalau berani cubalah,kau musnahkan majlis aku...dan aku musnahkan masa depan kau'

so what?
hahaha
x kan nak biar,haruslah hantar ke penjara kan?kan?

motip manusia tu adalah dendam..hahaha...

See,aku boleh gelak2 bagai...tak mahulah nak fikir banyak2.
Buat sakit kepala.

Aku tempah kad dan edarkan,dengan harapan aku boleh jumpa orang2 yang aku jemput masa hari bahagia aku.

walau kau x sempat jumpa aku,tapi aku tetap inginkan kau datang dengan niat aku memang naj menjamu kau makan.

sebab nenek aku selalu pesan,kalau orang dah jemput tu seboleh2nya datang.

Walaupun aku susah macam mana sekali pon,
walaupun aku x da transport sekali pon...walaupun dan macam2...

aku akan pastikan aku pergi sebab orang dah jemput.
Dan2 aku terus rasa agaknya berkat aku selalu pergi majlis orang tu yang aku akan kahwin tak lama lagi.

serius...aku rasa itu berkat dan tempiasnya sehinggakan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pernah sekali sebab terlalu banyak hal aku sampai majlis orang pon dah lewat,majlis dah habis,makanan dah habis,orang dah balik dan pengantin dah pergi outdoor photoshoot..

tapi aku rasa puas,dapat pass hadiah dan salam parents pengantin...
sebabnya aku dah buktikan aku cuba datang untuk meraikan..kecuali sbb aku kena chickenpox macam skrg sbb tu aku x boleh nak pergi.

Sedih banyak majlis aku x dapat attend.

huhuhuhu
kelakarkan...entry emori dowh..hahaha...

Tak pe, aku pujuk hati sendiri.
Sikit yang tak boleh datang,aku tak tahu hari kejadian macam mana kan?
mana tahu rezeki ada ramai pula yang datang.

Aku bukan apa...kahwin tu sekali...maka nak kongsi saat2 best dengan mereka2 yang aku sayang.

Tapi tak tahulah kalau esok2 En.Bakal suami nak buat majlis besar2ran setiap ulangtahun..merasalah aku nak naik pelamin bagai...hahaha *berangan

Kau hengat bakal suami kau jutawan..hahaha...sekali majlis je keluar duit macam nak tercabut nyawa.hahaha

entry emosi sebenarnya...tapi kuatkan semangat juga,walaupun tanpa teman2 rapat...bulan ni aku nak tempah kad dah..haha nanti aku bgtau kat blog.sesiapa yang terbaca blog aku ni berasal dari batu pahat...hahaha..jemputlah datang ye..mana tau boleh jadi kawan melepak...boleh bagi kad by hand juga.

mesti pelikkan..kenapa aku jarang share idea kahwin di sini?
hahaha...sebab..rahsia..x da lah nak rahsia sangat..nak tahu sila datang majlis...*ada unsur mengugut di situ...hahaha...dengan mama aku pon aku x bgtau baju pengantin kaler apa..hahaha...pengsan je kan sapa jadi mak aku..rasa mcm nak hempuk je anak yang sengal ini.

eh..okey..emo kejap je..(^_^)

dah sengih2 balik ni.....aku ni kan mana boleh nak marah2 lama2..lagi nak simpan dendam...mana2 kawan rapat aku semua memang jenis2 yang tahan kena marah..hahaha..eh ada sorang je kawan baik aku sangat tahu cara nak sejukkan aku..hahaha.....sebab dia selalu cakap

'alah kalau kau marah2 pon kejap je,lepas tu kau dah ok balik.janji kau x simpan dalam hati'

hahaha..walau di mana kau berada...aku sayang kau babe....sayang sangat.


Muahaha..aku tempah kad jemputanlah..hahaha jangan risau walau aku manusia kedekut..akan ku tempah juga demi kawan2 hahaha..

10 February 2011

Phewww akhirnya =)

Assalammualaikum w. b .t


walaupun aku agak lembab dalam menyiapkan tesis,tapi aku agak rajin membuta hahaha...
ok...minggu lepas aku dah dapat barang hantaran yang terakhir.Tak adalah yang akhir,yang sebelum akhir kot.

Tapi tak adalah nak pening sangat lepas ni,tinggal fikir pasal majlis dan tesis.owh tesis lagi...usaha along....

Kan zaman dah moden nak shopping pun hujung jari je,
tapi kalau hujung jari tak ada duit jangan bermimpi ye kawan2...



aku ni nak kahwin terkial-kial berjimat cermat,handbag pun dah berzaman tak berganti.esok lepas kahwin pakai je lah handbag hantaran tu..hahahaha.







Barang apakah di atas?muahaha..rahsia...tunggu aku kahwin nanti aku kasi tepek gambar ye...tapi la ni nak mencari rezeki dalam alam maya jap.bubye...eh...sapa-sapa nak kurus sila email aku,tapi sila baca iklan melekat kat blog aku ni dulu.

09 February 2011

Buat je lah apa pun =p

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi.

Chickenpop tak baik lagi,
gatal-gatal dan tangan aku pun gatal je nak garu.

Dah berapa hari ni satu kerja pun aku tak boleh buat.
Tapi nekad lepas publish post ni aku nak buka buku study hehehehe...
*semangat...semangat

owh,aku ada benda nak publish nak share dengan kau sebenarnya,
yolah kau kan tahu aku dalam proses berusaha menurunkan berat badan.
Hehehe..insyaallah besok aku publish buat sticky entry lagi *poyos.

Hah tengok melalut lagi,
aku nak update pasal perancangan majlis kahwin aku ni,
memandangkan aku tak sihat,maka banyak hal tertangguh,
tapi jangan risau banyak gak hal aku dah settle.

Tadi pagi *pukul 10 tu pagi ke?
mama aku call,

Mama: long,mama ingat nak bagi ******* sebagai giftlah.
aku:Terpulang mama lah,along ok je.
Mama:separuh dari gift ayah dah tempah.
Aku:Mama buatlah apa yang patut,along ok je.
Mama:untuk kawan-kawan awak dari jauh nak bagi apa?
aku:entah,kita tak fikir apa-apa lagi,apa mama sediakan kita bagi je lah.
Mama:hah ye lah,nanti mama cari.Awk makan pantang,cepat baik nanti.
aku:baik.

see,aku anak yang baik kan?
malas nak menimbulkan konflik,
aku kena faham satu perkara yang mama aku terlalu excited sebab nak terima menantu untuk pertama kalinya.

Jadi bab2 katering dan gift memang bahagian mama aku.aku x campur.
Buat apa nak pening2 kan,buat part aku cukuplah.Lagipun aku ni jenis bukanlah ambil kisah sangat.Hahahaha


see,kesian laki aku esok.Dapat bini asal boleh je..
hehehehe...jangan tertipu ye kak tipah sekalian.
aku ni jenis cerewet tapi bukan dalamsemua hal.
Dan aku x suka nak manage benda2 macam ni,
dalam kepala aku hanyalah duit,habiskan tesis dan kerja.


Sebab bagi aku kahwin itu pasti.
mula2 dulu memanglah aku inginkan majlis yang bertema bagai,
tapi dah sampai la ni,aku buat yang mana termampu,simple je.

Owh,aku dah hilang beberapa kilogram...lalalala~
sebab makan pantang kan?
Bosan okey makan nasi dengan lauk ikan singgang je,
memang sehari sekali je lah aku menghadap nasi.

Selebihnya,kalau lapar aku makan epal merah,biskut dan air milo.
aku banyakkan minum air putih.
see,kalau sakit aku sangat berdisiplin.hahahaha

Tapi ada satu lagi rahsia lain yang aku janji akan published besok.
Tunggu ye.....

Tapi nak kahwin ni seriuslah,aku sempoi je.
Mungkin sebab barang2 hantaran dah settle awal kot.
tinggal nak jumpa photographer dan tempah kad jemputan bulan ni.
Ops hujung bulan mahu ke pejabat agama,nikah...tetttttttt
hahahaha....x lah...mahu kasi settle borang nikah..kata nak kahwin..lalalala~
nak kahwin..... =p

22 January 2011

Aku nak yang ni... =p

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi..

x banyak benda nak cakap pagi ni..
cuma aku nak cakap benda merepek sikit.


ada sesiapa nak bagi hadiah macam kat bawah ni tak?

*kredit to uncle google


Aku nak dress ni.. =)



*kredit to uncle google
Ini juga..ada sesiapa mahu bagi?hahahaha
lawa seyh..aku nakkkkkkkkk...
terbeliak biji mata pak aji dan mak aji kalau aku pakai ini
lalalalala~

21 January 2011

Kad Jemputan

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi.

aku dah boring mengadap skrip drama,
jadi aku curi tulang sat nak update blog..
kata kawan aku blog adalah salah satu terapi stress..
memanjang stress kan?
mengada okey.

Aku tak tempah kad jemputan lagi,
sebab tak tau nak design yang macam mana.
Jadi aku pun berfikiran cuma nak yang simple dan sempoi yang penting MURAH.
hahaha.. =p


Untuk pertama kali memilih kad jemputan,aku suka yang kat bawah ni,
tapi kos dia agak tinggi.*kedekut
Kalau nak letak reben sendiri boleh,tapi aku tak da masa,
karang ada yang dapat ada reben ada yang tidak,takut ada yang kecik hati dapat kad tak ada reben *motip.

Cantikkan kaler dia?

*kredit untuk Pakcik Google

Setelah berfikiran lama,
aku macam berminat dengan kad jemputan yang ada gambar kartun macam ni...
kebetulan kitaorang pun ada gambar karikatur ga..tapi x hengat letak mana..lalala~
*kredit untuk Pakcik Google
NAk diikutkan aku lagi suka kad yang kat bawah ni..
wheeeehuuuu
Tapi aku takut mama aku tak kasi,
aloh tak pe lah mama aku serah bulat2 kat aku..heheh
*kredit untuk pakcik google
Kesimpulannya tak tempah lagi,
dengar cerita ada orang mahu belanja kos untuk kad jemputan ni.
Mudah2han jadilah ye dia belanja aku ni..
*kekeringan wang...
lalala~



14 December 2010

Tengok aku macam tak kisah.Ye kadang-kadang aku memang tak kisah pun.

Salam,

selamat tengah hari.



sihat?
hahaha..
hari ni agak gila sikit..
mungkin sebab penangan sarapan lempeng + sambal hijau..heaven~



Semalam adalah sesi melepak bersama Buddy,

memandangkan aku sangat-sangat kusut.

nampak macam hebat sebenarnya aku adalah lemah di dalam.



Haha..sesi gelak-gelak macam nak gila berjaya membuatkan aku discharged dengan baik semalam.



Okey,oleh kerana dah jumpa tentulah ada selit-selit cerita pasal majlis kahwin kan?

aku tabik spring okey kat Buddy aku nih.

dia seorang yang sangat rajin dan berbeza sangat dengan aku.

yolah kau tengok dia nak tunang je siap plan baik2.

aku ni,tunang asal boleh..tiada perancangan,tiada impian dan tiada apa2..sila tadah badan je.





Okey..

penat mahu jawab lagi..

ada kawan tanya..



'kau tak mahu buat blog macam orang kahwin-kahwin ke?'



'kau tak nak bagitau apa perancangan majlis kau ke?'



'kau tak nak..kau tak..kau ni..'



Penat sengal mahu layan semua soalan..

hahaha



Kesimpulannya ini jawapan aku:



-Aku bukan tak nak buat blog kahwin-kahwin ni,tapi sebab aku malas~



-aku bukan tak nak bgtau perancangan majlis,tapi majlis aku simple sangat dan kalau aku jemput kau datang mesti kau kata,'alah biasa je,letak dalam blog siap nak gembar-gembur macam hebat'



-aku bukan tak survey macam bakal pengantin lain,cuma aku nak buat apa yang aku nak dan aku rasa tak cukup masa nak survey banyak..hahaha...aku malas dan tak kreatif =p



-aku selalu je singgah blog2 bakal pengantin yang lain,tak kiralah dah tunang,belum tunang,dah kahwin,tak kahwin lagi,dah mengandung..semua aku jejak.



-Bukan tak nak kongsi apa ada dalam kepala..macam aku cakap..as simple as i can..



-okey..untuk puaskan hati orang yang bertanya ni,nanti kalau ada masa dan kalau ada gambar dan kalau..kalau..aku buat satu entry khas..



muahahaha..tapi semua dan kalau je lah..



Memanglah semua orang yang nak kahwin mesti nak ada baju cantik,hantaran yang best2,mekap yang meletops,pelamin yang gah.



Itu mungkin orang lain,aku biasa-biasa je.Tipulah tak ada angan-angan,masa belum tunang lagilah nak semua yang best aje masa kahwin.Tapi bila kau dah bertunang.kau akan fikir panjang,buat segala hal under bajet.maksud aku sila basuh baju ayng ada dalam bakul baju kau sendiri je..hahaha..faham?



Serius aku sendiri angankan perkahwinan yang bertemakan fairy tales.Tapi the bajet is..muahahaha bunuh diri sendiri.Adakah kau rasa berbaloi untuk menghabiskan duit sebanyak RM20k hanya untuk pelamin?tak termasuk yang lain2?



Aku?tak sanggup noks.aku tak mampu.

nak hire WP pun aku tak mampu.

jadi aku buat seadanya aku.



Aku cuma hire pak andam sahaja hahaha.

sempoi...



Aku pergi kat andaman bincang sikit2,dia ada apa yang aku nak.

kali kedua jumpa aku bayar deposit.sikit sangat tapi pak andam aku BOLEH GIVE AND TAKE.

SEE....

aku siap bawak FMIL,

dan untuk majlis bertandang ke rumah lelaki pon amik andaman yang sama..settle bukan?



untuk tema sebelah aku,mama serahkan bulat2 kat aku.cuma ada perbincangan sikit2 antara kami anak-beranak.

Hallooo beb..kepala otak prents aku lagi meletops ok..hahaha tak sangka..keinginan diaorang melebihi aku.tapi ok jugak tak melibatkan penambahan kos.

Banyak benda aku tak buat lagi nih,adeh..hahahaha.KEpala banyak sangat fikir.untuk waktu terdekat ni aku fokus pada study dulu.Mungkin masuk bulan januari baru dapat feel sikit2 kot.haha..kalau feel tu timbullah..buat secara slow.

Hollaaaa..baju nikah aku dah siap...ting..beli readymade.Simple juga,hahaha..baju nikah mama aku settle.aku malas nak fikir banyak.asal ada dan asal boleh je.

Pasal menu pun parents aku settle.

Pelamin sudah ada gambaran,pak andam aku dah tahu apa yang aku nak.alhamdulillah semua masih under bajet.

buah hati dr kami sekeluarga pun,mama aku settle.

hahahaa..serius majlis kitaorang simple.

sebelah En.Tunang,aku tak amik port.Dia kasi settle sama orang tuanya.Pelamin dan baju sanding kat rumah dia pon aku kasi mak dia settle.mudah bukan.hahahaha.

Kad jemputan..hahaha ni satu lagi kes.Bajet aku sekeping adalah 60sen.Tapi kitaorang nak cari yang sekeping adalah 20 sen..ada tak?

muahaha..kedekut seyh.okey secara umum aku tanya kau buat koleksi ke kad2 jemputan yang kau dapat tu?

Tak payah jawab kat aku lah.JAwab sendiri.

bukan kedekut sesangat.

Cuma banyak lagi yang harus dipentingkan sekarang ni.lainlah kau memang kaya sesangat dan banyak duit.nak buat macam mana pon aku tak kisah.muahaha..jangan ikut style aku.

sebab aku fikir lebih untuk lepas kahwin.Maksudnya,kan mahu juga merasa horny-moon.Lepas tu kalau lepas majlis demam,kan perlu ubat dan pergi klinik.Lagi kalau..eh..banyaklah..sila fikir2 sendiri.

eh..oklah..yang penting untuk B2B tu,kau janganlah pemalas macam aku ni.sila buat majlis yang grand2 dan best2.=)