Sentuhlah saya

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

17 March 2011

Petua untuk cantik

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi..hehehe

Tajuk entry memang aku nak bagi kau petua..petua untuk cantik.

TApi awal-awal aku pesan kau jangan harap aku nak bagi petua menggunakan timun,tomato,madu,susu dan sebagainya.

Itu semua tiada kena mengena mahu pun yang sudah dikupas,dipotong dan dimakan..tak ada kaitan okey.

Bulan lepas kan ada aku mengadu kat dalam belog sebab muka aku banyak parut chickenpop kan,serius aku down gila =(

Sedih ya amat,sebab ada makcik aku sound aku sambil gelak dia cakap macam ni

"eee..apalah muka berbelang teruk macam ni,kan nak jadi pengantin"

Dalam hati memang aku mencarut,dada siap berombak tahan marah..

Dalam hati:

"B**I betullah,hamsap,suka sangat nak cari kekurangan aku.Tak boleh betul nak tengok aku positif sikit"

Keluar dari mulut:

"dah nak sakit nak buat macam mana,tuhan nak bagi bukan kita mintak,sekurang-kurangnya tak kena masa nak kahwin.Yang penting bersyukur masih hidup dan insyaallah akan berkahwin"

EEEEEEEEEEEE....lepas je makcik aku tu blah,aku terus amukan berdarah...
Siap sms En.Tunang nak mengadu..

Tapi kau tahulah kalau lelaki kan,ada dia kisah.Erk..tapi tunang aku tu mulut dia laser dari aku tau.boleh bernanah je hati kau kalau kena.Hahahaha =p

En.Tunang suruh sabar banyak-banyak, dia siap belikan aku BIO OIL untuk hilangkan parut kat muka dan INNERSHINE PATI PRUNE untuk merawat muka dari dalaman.

Ini ikhtiar kitaorang je supaya muka aku elok.
Setakat ni hampir sebulan menjalankan eksperimen ke atas wajah sendiri,ALHAMDULILLAH parut semakin berkurangan kesan menggunakan BIO OIL,dan muka semakin BERCAHAYA dengan INNERSHINE *sambil buat gaya macam MAYA KARIN dalam iklan. =p

Bab INNERSHINE tu aku tak berani komen,aku tengah struggle minum,hari-hari...aku ulangi hari-hari.Hamba sedar diri,kulit muka berkerak dan tak elok..maka hamba berusaha untuk mencantikkan pemberian Allah S.W.T.Ni sebelum kahwin niat untuk diri sendiri,lepas kahwin terus tukar niat CANTIK UNTUK SUAMI..hahahaha =p

Tapi INNERSHINE mahal seyh,sekotak besar RM25.90 kalau kau beli kat GUARDIAN dalam tu ada 6 botol je.Kalau kau beli kat WATSON ada murah sikit..lalala~

Dalam sebulan aku spend RM120+++ untuk INNERSHINE je..eh bukan aku..hahaha kau tau sapa yang kena belikan kan?Tapi yang lepas ni aku beli sendiri,sebab kesian bakal suami. Segan pulak aku nak mintak-mintak kali ni, ada duit biarlah aku beli sendiri.KAdang-kadang ada duit pun aku pura-pura tak ada duit..*eh taktik ni sangat berkesan =p

Ok2..melalut,itu hanyalah usaha dan ikhtiar untuk mengembalikan kulit muka seperti sebelum sakit.

Sebenarnya untuk cantik ni mudah je,emosi+mental kau sendiri.Kalau dalam kepala kau set yang kau tu cantik,dalam hati kau yakin yang kau tu cantik,maka insyaallah kau akan jadi CANTIK secara semulajadi.

Biar orang pandang kau dengan persepsi apa sekalipun,biar orang nak kata apa sekalipun,yang penting kau tahu yang kau tu CANTIK.

Ni adalah salah satu cara nak UPkan diri kau sendiri,eh ni cara akulah nak menaikkan semula keyakinan diri aku berhadapan dengan orang lain.Kalau tak asyik rasa rendah diri sebab muka banyak bekas chickenpop.

JAdi En.Tunang nasihatkan aku supaya fokus dengan diri sendiri.

En.Tunang:sayang,jangan lemah semangat.Cantik tu datang dari dalam.Dai hati awk sendiri.

Aku:saya sedihlah,dah nak kahwin,muka saya tak elok lagi.. *menangis

En.Tunang:awak stress ni bila orang asyik tegur je pasal muka awak.

Aku:erm...*tunduk sambil menangis lagi.

En.Tunang:Saya ajar awk satu cara,mudah je.Besok,bangun je dari tido terus pegang muka awk dan cakap 'aku cantik,dan aku adalah wanita paling cantik'.

Aku:Eh,boleh ke macam tu?

En.Tunang:Ini kena fokus,sebab ini keyakinan awk terhadap diri sendiri,orang lain tak boleh tolong,saya pun tak boleh tolong.Ingat,tuhan bagi kecantikan itu sebagai pinjaman.Dah 25 tahun hidup dengan muka yang cantik,tuhan baru 'tarik' sikit awak dah sedih macamlah awk cacat kan?BErsyukur sekurang-kurangnya,awk 'sempurna' berbanding orang lain.

Aku:Erm..betul juga ye.

En.Tunang:Perempuan kalau mekap tebal camana pun,tapi dia masih tak yakin dengan diri dia,orang tak kan nampak kat mana kecantikan perempuan tu.Jadi,walau tak cantik atau tak hensem mana pun kita,tanam dalam diri sendiri 'aku cantik',Insyaallah awk akan yakin yang awk lebih cantik berbanding orang lain.Tak perlu orang lain tahu apa yang awak fokuskan,yang penting diri awk sendiri tahu yang awk CANTIK dah cukup.

Aku: (^_^)

BEtul tak cakap aku,semua orang nak kelihatan cantik waima budak-budak sekolah tadika pun dah tahu apa itu lipstick.Kecuali aku,umur 23 baru nak belajar pakai lipstick.ceh~

Pengajaran di sini,kau tak perlu mekap tebal-tebal untuk cantik,kau tak perlukan kosmetik yang mahal gila untuk cantik.Sebab semuanya datang dari dalam diri kau sendiri.

Kau pernah dengar tak kata-kata macam,'CANTIK ITU SEBENARNYA DARI HATI'.

Lagi kau kalau dengar orang-orang yang agak rasional tentang cantik ni,dia mesti cakap 'PEREMPUAN KALAU HATINYA CANTIK,MAKA CANTIKLAH LUARANNYA'.

Itu adalah salah satu cara,dan yang ingin aku kongsikan di sini untuk keyakinan kita bersama,memandangkan kita semua cantik dan handsome,maka tanamkan dalam diri sendiri 'AKU CANTIK' @ 'AKU HANDSOME'.

Sebab PESONA kita hanya orang lain yang nampak,tapi bagi aku,asal kau yakin yang kau itu CANTIK sudah memadai.

(^_^) Sharing is Caring

15 December 2010

Tips untuk korang lupakan Ex bf..ikhlas dari aku.

Salam,
selamat pagi..
muahaha,
tajuk entry tak boleh blah.

Okey,
entry2 sebelum aku memang pernah cerita pasal Ex-bf kan dengan korang?
jadi hari ni aku nak bagi kau tips supaya tak perlu lah nak berdendam bagai atau nak frust sangat.

Untuk imbasan pengalaman,
aku setakat hidup 25 tahun ni baru serius dengan 3 orang lelaki je termasuk En.Tunang.
Dengan harapan dan semoga tuhan dengar doa aku,biarlah En.Tunang yang teman aku sampai hujung nyawa dan aku bercita-cita mahu jadi bidadarinya di alam sana,itu pun kalau aku ni cepat2 taubat dan ingat dosa dah banyak.

MEmanglah sakit otak dan sakit jiwa bila putus cinta ni.
Tapi apa kan daya jodoh tiada..hahaha siap jadi lagu.
Belajar dari pengalaman hidup baru kau boleh tahu yang diri dan jiwa kau tu tough atau tak.JAngan sekadar cakap tapi sebenarnya kau tak tough pun.

Aku dah banyak jumpa orang macam ni,
cakap besar seolah2 tuhan tak dengar apa dia cakap.
Fikir sebelum cakap adalah lebih baik.
selalu je aku jumpa orang2 frust cinta dia akan cakap macam ni

'Eleh,setakat muka exbf/gf aku tuh,aku boleh dapat yang lagi cantik/hensemlah,tak heran pon kalau dia tinggalkan aku'.

ini ayat orang sombong sila jangan ikut ayat ini.

Kalau muka kau tu boleh dapat yang lagi bagus,apasal kau bercinta gak dengan dia?
betul?
baik kau cari yang bagus2 je untuk diri sendiri.

ada plak yang nangis2 tak henti2 *termasuk aku
aku menangis sekejap je,
tak kan kau nak menangis sampai buta,tu bodoh namanya.
yelah perasaan sedih kan,normal perasaan tu.
Tapi lagi hebat kalau kau boleh senyum lepas menangis.
hahaha

masa aku frust2 bodoh dulu,ada sorang kawan lelaki aku nih pujuk aku tau.

'dahlah jangan menangis lagi,sakitlah hati aku tengok kau macam ni.Kalau aku dapat exbf kau tuh memang aku tumbuk je.Cuba kau senyum dan ketawa macam biasa.Aku suka tengok kau ketawa,nampak cantik'

Dia memang berjaya pujuk aku,habis je dia bercakap aku terus ketawa dengan mata sepet.
hahaha..kawan2 juga merupakan terapi untuk kau lupakan exbf kau tuh.
dalam hal berkaitan masa2 genting tu kau harus bersama dengan kawan2.
jangan dok sorang2 karang asyik teringat dan melalak je.

Benda utama yang kau harus buat bila putus cinta,
kau nangislah puas2 sampai dah tak ada air mata.
serius kau akan lega.

Kemudian kau cari seseorang yang memang dinamakan sebagai kawan sejati.
DAlam hal ni Tuhan lebih mendengar.

Apa pun yang kau buat sila jangan belakangkan tuhan.
Tapi secara waras dan jujurlah kan.
Bila kau sedih macam nak mati baru teringat tuhan,
barulah kata2 macam ni kau akan cakap,

'Ya,Allah kau hapuskanlah kesedihan aku'

Cuba masa kau happy ada kau hengat dia.nan ado.
aku tak cakap semua orang sama,tapi sebagai manusia kita mudah alpa dan leka dengan nikmat yang dia bagi.

Bila kau rasa dah relax sikit,
kau lepak dan enjoylah dengan kawan2 ye.
Jangan dok termenung,orang termenung ni cepat kena sampuk.
sebab fikiran dia melayang2.

Sebenarnya yang paling penting,
kau kena belajar memaafkan,
bila hati kau dah tenang dan dah berjaya memaafkan secara tak langsung kau akan redha.
percayalah.memang nak memaafkan dan melupakan itu susah,tapi kau kena fikir positif.
contoh macam aku..nak jugak

'Aku yakin mesti ada lelaki yang lebih baik untuk aku di luar sana'

Jangan sekadar cakap je,
kau kena berusaha mencari lelaki yang kau nak tu dan berdoa.
yang penting kita memang tak tahu siapa jodoh kita.

Susah okey nak melupakan first love,bukan mudah.
Tapi cinta pertama bukan yang terakhir.
(^_^)
kalau kau ikhlas sayang partner kau,
maka dia akan sayang kau lebih dari kau sayang dia.

*perbualan bertopikkan hubungan sesama manusia,bukan hubungan manusia dengan tuhan.
Hubungan manusia dengan tuhan dah memang kita tahu sejak azali,kita harus cintakan dia lebih dari segala-galanya.Tapi bila baca ni lihat dan belek diri sendiri,cukupkah cinta kita kepada tuhan?*termasuk tuan belog.

Prinsip aku satu je.
Bila kita sayang dan cintakan partner kita dengan sepenuh hati dan seikhlasnya,secara tak langsung dia akan mempunyai tanggung jawab perasaan yang sama terhadap kita.dalam erti kata yang lain kau dan partner akan ada 'instinct'.Aku tak tahu nak panggil ini deria apa sebab tak nampak kan.Walau dia buat salah sikit pun kat belakang kau,hati kau akan berdetik dan tahu.

BAb ni kau jangan percaya sangat dengan aku,sebab bila aku cakap pasal hal ni.Kebanyakan orang akan perlekehkan aku.Dulu tunang aku pon tak percaya ini,sekarang cuma dia je yang tahu macam mana rasanya.Hehehe..padan muka dia,aku cakap tak nak percaya.

Jadi,
petua utama untuk kau lupakan bekas kekasih ialah FORGIVE AND FORGET.
itu je sebenarnya.

Sejujurnya tak payah lah nak kata jangan duduk sorang2 nanti asyik teringat ces~
jangan bohonglah silap2 kau tengah duduk termenung dalam jamban kau siap fikir lagi pasal bf kau tuh.

JAnganlah kata lepak dengan kawan2 kau akan lupa..hahaha tak semua orang boleh buat kak oi,silap2 balik main bowling terus mengadap gambar exbf tuh siap nangis2.kalau kawan call nak tau ok ke tak,cakap dengan suara serak..

'aku ok je ni,suara serak sebab menyanyi kat karaoke tadi bagai nak rak dengan korang'.

Tapi,sebelah tangan pegang hp sbelah lagi pegang tuala lap air mata.
haha9 tipu itu dosa ye.

Kau jumpa kawan2 memanglah kau lupa,tapi sekejap je..bila kau dok berangan sorang2 memang kau akan ingat.Kau sibukkan diri dengan kerja yang menimbun sampai masa kerja habis jugak,tak kan nak sibuk sampai mati ye tak?

Macam aku cakap maafkan dan lupakan lepas tu kau carilah bf baru yang lagi bagus.
MEmang tak ada lelaki sempurna,maksud aku cukuplah sekadar yang sederhana tapi mampu buat kau bahagia.Kau kena fikir positif,yang kau ni the most beautiful women on earth.

Kau tak perlu nak rasa rendah diri sebab pada usia kau tuh masih single dan available.
Peduli apa orang mahu kata,sebab kalau kita ni dengar sangat cakap orang memang tak boleh nak hiduplah kita.

Kau perlu kuatkan hati dan mantapkan jiwa kau.

Okey cara aku plak.

Bila aku dah frust dengan first love tak lama aku jumpa yang second love plak.
hahaha cliche..sebagai pengganti lah konon2.
dalam masa yang sama aku ni tak ikhlas nak cinta dengan si second ni sebab asyik terkenang yang first.

Macam aku cakap tadi kalau kita ikhlas partner kita pon akan ikhlas.maka bila aku tak ikhlas partner pun ada pompuan lain.tak boleh nak salahkan dia je sebab aku pon sama salah,bingai pi kenang2 first love.macamlah dia nak balik kat kau..hahaha padan muka.pengalaman hidup kan?kau ada?

Dahlah masih terkenangkan first love,second love pulak menyakitkan hati..hahaha
apakah perasaan?serius jiwa kosong sangat?
masa ni kawan2 pujuk macam nak rak...macam2 diaorang buat untuk aku supaya aku ketawa.

Tapi berbalik pada yang asal,bila dah sedih macam nak mati baru ingat tuhan.
Mulalah minta macam2 dan buat muka tak malu dengan tuhan sedangkan solat 5 waktu selalu fail.

Masa frust tu adalah waktu yang terbaik untuk kau muhasabah diri sebenarnya.
Jadi aku minta tuhan tutupkan pintu hati aku sehinggalah aku jumpa lelaki yang betul2 untuk aku.

RAhsia Allah kita tak tahu sehingga mana dan setakat mana,betul?
yang penting kau kena berusaha,berdoa,tawakal dan ditambah dengan keyakinan.
percayalah satu masa kau akan bahagia jugak.

Allah tu kan maha adil dan maha mengasihani.

Jadi apa pun yang kita buat berbalik pada yang satu,minta dan meminta tanpa jemu.

Kita hidup kat dunia ni ada bahagian masing2,aa yang memang bahagia je tanpa masalah.ada yang memang masalah je tak tahu bahagianya bila,ada yang bermasalah dan kemudian baru bahagia,ada juga yang bahagia baru bermasalah.

Tips aku sangat panjang kali ni,sila baca dan renung2kan selamat beramal.
hahaha panjang lagi aku nak cerita pasal hidup ni.kasi lain entry okey.

Aku?
alhamdulillah,hidup aku lbih etnang dan bahagia lepas amalkan FORGIVE AND FORGET.
Kalau kau ada baca entry amukan berdarah atau apa,itu semua luahan perasaan.Habis tu tak kan ank pergi bunuh orang pulak ye tak.hahaha..

enjoy ur day.Life,Love &.......

01 December 2010

Kerana Pulut santan binasa...

Salam,
selamat tengah hari..
welaweii..
live update from gua tempua..
eh salah..dari UPM
tempat di mana ilmu disimbah2 oleh para lecturer..
muahahaha

kenapakah ada disini..mahu pergi MAHA sebenarnya tettttt..
eh tak...mahu jumpa lecturer bincang sket..
dan mahu buat kerja..yang berupa tesis..
okey banyak menceceh..

aku asyik meroyan je kan dalam blog
la ni aku baik hati nak bagi petua puteri gunung ledang kat korang..
see...baru je jumpa dalam mimpi tadi..
ces..nampak sangat aku tido dalam perjalanan..
eh..tak okey...i asyik tembak babi je tadi..haha
tembak babi?aku main game 'hunter' lah dalam hp...

kesiankan dah dekat 3 tahun pakai hp ni br la ni aku perasan ada game best..isk..isk..isk.

wokey..sudah lambat mahu kasi petua laju2..

dulu..beberapa tahun yang lepas..sebelum aku masuk U
sebelum aku bz..
dan sebelum aku jadi gemuk macam hari ni *sigh

aku rajin mengamalkan satu petua ni untuk mencantikkan rambut dan kulit.
tak banyak modal...
hanya memerlukan sebiji kelapa tua..yang boleh diparut dan santan serta hampasnya boleh digunakan..hah?
faham tak?


Baiklah,ambil sebiji kelapa yang sudah diparut..
Perahkan santan...(pati yang paling pekat)
kemudian tapis,supaya segala habuk2 yang halus atau bendasing yang terdapat di dalam santan dapat diasingkan.maka tidak timbul masalah habuk2 melekat di rambut.

kemudian,hampas kelapa sila jangan buang..

bawak masuk ke dalam bilik air..
sila basahkan rambut dahulu,
kemudian siram secara perlahan2 pati santan di kepala,
sambil sebelah tangan mengurut kepala dan rambut,
haruslah basahkan keseluruhan rambut dengan santan.
kemudian sila bungkus kepala menggunakan kain batik.

sementara memerap kepala yang bersantan itu,
kau boleh melulur @ scrub badan menggunakan hampas kelapa tadi.
see..2 dalam satu kan...
gosok ke suluruh badan dan segala celah.
sampailah korang berasa puas yang segala celah sudah digosok dengan hampas.
Fungsi hampas sama seperti scrub2 yang ada di pasaran.
malah lebih baik lg dr itu.

setelah selesai menggosok,
kau dibenarkan untuk menjirus badan dengan air bersih..
kemudian rasakan kelicinan dan kehalusan kulit kau.
mungkin akan berminyak sedikit sebab yelah santan kan..
tapi yang penting kau akan rasa 'bersih' dan best..

kemudian barulah kau bukak balutan kain batik kat kepala tu,
bilas rambut bagi bersih..
takut ada hampas2 halus melekat kat rambut.
nak lagi baik jangan terus cuci dengan syampu.
biarkan satu malam.
besok pagi bangun baru kasi cuci dengan syampu..
bau memang ada kurang enak sikit..
tak apa yang penting santan itu adalah halal.

baiklah faedah dari petua ini ialah untuk menghitamkan rambut kau yang berkarat tu,dan melembutkan lagi struktur rambut.

Fungsi hampas pulak untuk membuang sel2 kulit mati bagi licin.

aku?
aku dah jarang buat,bergantung kepada kesempatan.
Tp la ni memang dah lama tak buat.
sebab banyak hal,aku tunggu 'orang' yang buatkan untuk aku..hahaha
tapi dulu aku rajin buat meh,tiap2 minggu.seminggu sekali.
hasilnya memang mantap.
tapi sesudah aku curlkan rambut..
hu..wa..wa..
rambut ku telah dicabul oleh kimia2.

maka,kalau kau rasa berbaloi..
silalah buat..
al-kisah berkongsi petua untuk hr ini.
*maklumlah sudah mahu kahwin kan,haruslah rajin2 buat semula petua2 yang dah lama aku tinggalkan =p