Sentuhlah saya

Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts

02 February 2011

Serabutnya =(

Assalammualaikum w.b.t

aku tak tahu nak taip apa,

tapi aku nak tanya,apa yang akan kau buat kalau orang yang kau sayang tak percaya pada kau lagi?

Apa yang kau akan pertahankan kalau memang silap berpunca daripada kau,kau tak berniat dan tidak disengajakan?



tak perlu tinggal jejak,kau jawab dalam hati je =(

09 December 2010

Kadangkala bersendirian itu penting untuk hilangkan stress,sambil2 kita boleh survey barang2 untuk bidadari kecil

Assalammualaikum w.b.t

selamat malam..

huhuhuhu...


jerawat sudah semakin banyak di muka,
hahaha..sila gelak ye.
aku baru balik dari The Mines..
jangan harap aku nak tepek gambar..

sila guna imaginasi kau..
Tunggu aku expert guna hp baru ni br aku upload gambar,
tak pon tunggu aku beli balik hp lama aku..
walaupun gambar tak cantik..tapi hp lama banyak jasa.

*aku tengah menyimpan impian untuk iphone..(saja berangan padahal tak tau guna)
haha selera besar...
Hari ni aku bangun pukul 12 tengah hari..
matahari tegak2 atas kepala
*tipu,sebab bilik gelap tak nampak matahari pun + sejuk


malam tadi aku tido lambat.
Dekat kol 4 pagi baru aku membuta itu pun dengan bantuan ubat batuk...
Ye..batuk tak baik lagi...
Kenapa tido lambat?
adalah atas sebab2 tertentu2

i kan tengah melatih diri sendiri untuk jadi isteri mithali tunggu laki balik dari melepak malam2 buta..miahaha



sebenarnya aku tak boleh tido..
mungkin sebab stress,
dulukan aku ada penyakit stress yang melampau sampai tak leh tido..
atau mungkin suasana baru kot kat UPM ni..
hahaha baru sangat *homesick..mengada



Aku bangun dah memang tengah hari..
relax tengok movie dulu..
baru mandi dan solat zohor..uits tiba-tiba solat kan..
sebab Subuh aku dah menjadi dosa sebab tak bangun sembahyang...*sigh
sarapan di waktu 2.00 petang adalah sangat syurga juga sebab perut sudah menjerit-jerit.
kemudian belek-belek muka sendiri kat cermin

'kenapalah muka seperti mayat hidup,pucat dan tak ceria langsung'


tiba2 terajin mahu mekap sikit bagi ceria..hahaa alasan..
sebenarnya mahu keluar merayap..
motip mekap?
nak habiskan mekap aku,maka ada alasan nak mintak mekap sebagai barang hantaran.

panjang intro aku nih..
hahaha

Balik dari fakulti aku terus tunggu bas..
ikut kaki..
tak tau hala tuju ke mana..

aku call En.Tunang cakap nak pergi merayap ke Mines..
nak cari dominos.
teringin hahaha..

Tapi malang kat mines tak ada,
jadi pergi layang hot plate mee..
sambil2 cuci mata tengok mamat hensem..tetttt
hahaha..
tak adalah..hahaa
aku mencuci mata survey harga barang untuk aksesori flower girl..

muahaha...tapi kebanyakan aksesori warna pinklah..
cantik2..jadi kena decide gown flower girl mahu kaler apa..
putih atau pink..
*pening...
hahaha

Putih suci,pink lembut..
ces~
aku dah keliru...

Tak pelah nanti aku guna imaginasi..
putih atau pink yang cantik...

tak da motif untuk entry ni.. =p

02 December 2010

Masihkah ada lagi harapan?

salam,
selamat pagi..
wuhuuuuu..
gembiranya..kenapakah?
hahahahaha

Damn stress...
kena start buat tesis balik semula..
betulkan segalanya..
tajuk
isi
metodologi..
owh..jangan tanya kenapa..

Rasa macam Fuck gila..
hahaha..shit..
okey sila jangan baca benda yang mengarut bagai nih..

fikir positif..fikir positif..
sila racun otak anda dengan pemikiran positif.

kenapa masa ni harus give up..
bukan ke aku dah buang segala mala stress itu dengan berkaraoke selama 3 jam tanpa henti..
owh..
sepatutnya aku sujud pada yang esa meminta tanpa hentis..
ces~
jahil sungguh.
patutlah susah nak dapat apa yang aku nak.

*sigh
ye,aku tau Allah tak kan uji hambanya kalau hambanya tidak mampu.
serius aku memang kecewa.
target mahu hantar sem ini.
tapi tak boleh..ye tak boleh sebab aku tak layak..
hah betullah tu..memang tak layak pon asyik blurr memanjang.

Jadi tak boleh duduk diam.
sudah janji dengan diri sendiri mahu buang segala stress
dan mulakan yang baru..
ada 3 pilihan
Struggle,tangguh dan quit.
jadi sila pilih mn yang jd pilihan hati.

huhuhuhu..
sila..sila

En.tunang..dia sangat cool..
dia kata tak apa buatlah sampai habis.
fine jerawat juga sudah timbul2..
maka harus relax..
kena stabilkan diri..
coolkan otak kalau tak mahu jarawat timbul banyak.

Sekarang bukanlah waktu melayan perasaan..
harus mulakan langkah..yuhuuuu...Babe..thanx for the advice..i love you bebeh.
walaupun kecewa,aku masih mahu berusaha sehingga satu tahap yang aku tahu aku betul2 tak mampu.Jadi selagi mampu kena buat juga...

B.e.R.u.S.a.H.a

21 November 2010

Jiwa Kacau

Salam,
selamat pagi..
such a jerk day..

eh..bukan hari..tapi aku.
aku tak boleh dah duduk lama2 kat batu pahat ni..
aku tak tahu kenapa sakit sangat jiwa ni.

Macam2 hal dalam satu masa.
I think i'm not good enough to solve my problems..
huhuhuhu

sangat jeles tengok En.Tunang.
dia sangat sabar..cool okey
apa pun yang berlaku...dia sangat cool.
kenapakah?
aku tak boleh macam dia..
susah..
susah sangat mahu seperti dia =(


Dia agak bz sekarang ni jadi aku tak mahu ganggu dia dengan segala masalah remeh temeh..
kesian kat dia..
lebih2 lagi kalau tengok muka dia tengah tido..
shittt..
bukan lama pun mahu naik UPM.
satu malam je.
tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Tapi serasanya esok dia dah amik aku balik.
mintak2 dia jadi pergi Klang besok =)

i'm not in a good mood.
kesian dia selalu je kena tempias2 jiwa kacau aku.
tapi selalu je dia yang pujuk aku
'sabarlah..'

see..
kadang2 sampai aku cakap dengan dia,
'asyik nak sabar je,sabar,sabar,sabar...kenapa nak kena sabar?orang buat kita macam2'

dia senyum je,tak marah pun..
eeeee...aku plak yang sakit otak.
'Sabar sayang,ustaz kat kursus tu kan cakap sabar tu adalah perisai kita'

last2 kalau aku hilang sabar,aku menangis je..yup..menangis.
and he will hugs me...
'shhhhhh...semuanya akan selesai tak lama je lagi,anggap ni dugaan kita nak kahwin,percaya allah tu sayang kita'

i'm not strong enough like him
lately memang banyak je entry meroyan aku.
owh blog aku,ada aku kisah
*ceit perempuan ni poyos.

Hahaha...
kadang2 aku nak je mintak kat tuhan,percepatkanlah hr yang berlalu.
aku tak nak sakit hati.aku nak cepat2 kahwin.
banyak dugaan woooo..
selagi tak kahwin,selagi tu macam2 hal.

Jadi2..sapa mahu bagi saya tips bergembira?
lalala~
i need rest
i need peace

rasanya bila marah aku lapar.
la ni tak langsung..mungkin hati tengah tak best kot.

*sigh...

*tarik nafas,hembus..tarikkkkkkkkk...hembussssss

aku dapat rasakan yang badan sangat2 lemah..
adeh macam ni je lah tiap kali..
asal jiwa kacau je aku tak sihat.
mahu jumpa doktor mintak ubat yang paling kuat,
makan ubat pastu tido,
bila bangun memory yang tak best semua terpadam...
see..adakah ubat macam tu.
kalau banyak confirm laku dan habis betul?
kaya Farmasi2 dan Doktor sebab org nak ubat yang padamkan memory.


Kalau aku cakap macam ni..
'i need rest in peace'
hahahaha..
mampos je orang akan kata baik kau mati je long..
aman bahagia..memang peace..
eh..sapa kata..
kau hengat aman?
kalau kat dunia ni banyak dosa..
boleh bayangkan?
tak tunggu kiamat lagi sudah rasa seksaan kubur okey.


No need to talk about 'rest in peace'
seems like macam tau je nak mati bila
*sigh

Okeh2...
aku mahu mandi dan segarkan jiwa yang kacau.
*korang nak ikut mandi?
hahahahahahaha..
rumah atok aku tak ada swimming pool tapi kolah ada r....mahu?
*semua orang tahu kolah tu apa?google..sila2