Sentuhlah saya

20 October 2010

Rindu Dia (^_^)

Salam,



Walaupun setiap hari jumpa...

aku selalu rindukan dia...



Semalam,masa minum petang aku tanya dia..



Aku:Awak cintakan saya kerana apa?



En.Tunang:(senyum)kenapa tanya sayang?



Aku:Erm..kamu tak nak jawab?



En.Tunang:saya cintakan awak kerana awak..tapi sebenarnya saya tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan awak.Setakat kata2 tak memadai,saya tak boleh buktikan cinta saya kepada awak kerana saya tak mampu,kerana saya tak suka mengucapkan SAYA CINTAKAN AWAK setiap kali,kerana biarlah hati saya yang simpan bagaimana perasaan CINTA saya untuk awak.

Aku:*speechless



Sebenarnya tak adalah nak minum petang sangat dah minum maghrib dah tu namanya sebab lepas waktu bekerja,kami terus pergi menonton Alpha & Omega..

cerita kartun...



Ye..cerita kartun..sekarang ni dia pon dah terjebak dengan kartun,sebab aku suka sangat tengok kartun.Kata mama masa dia mengandungkan aku dulu,ayah sangat suka tengok kartun.



Aku rindu dia walaupun kejap lagi aku akan jumpa dia...
kenapa?
aku tak tahu..dalam situasi sekarang 90% hidup aku adalah dengan dia..
maaf aku tak perlu terangkan keadaan aku kenapa dan mengapa.



6 tahun usia cinta kami,menyulam perhubungan dengan terlalu banyak cabaran...
nampak macam tiada apa2,tapi aku pernah mintak 'putus' dengan dia..
ya,lelaki yang aku cinta,lelaki yang sentiasa pastikan aku bahagia walaupun dia memendam rasa.
Itu cerita setahun lebih yang lepas,tindakan dan kata2 atas kebodohan aku sendiri.Ye..aku tengah ketuk kepala aku sendirilah ni..sebab bangang sangat..

Aku tak kata kalau aku tak da jodoh dengan dia aku akan mati,
Cuma aku mintak sangat dengan tuhan biarlah dia yang terakhir...

Kenapa aku buat entry jiwang karat+emo ni..
atas sebab2 tertentu...
kadang2 bila terlalu banyak cabaran+dugaan+rintangan+halangan...
aku rasa kau pon akan luahkan lebih dari ini..

KEnapa aku cerita ni semua dengan kau ek?alahai...sekadar renungan..jangan ulangi kebodohan aku mintak putus suka2 macam orang tu tak da perasaan..*dush..aku dah tumbuk diri sendiri..

Tapi tak bermakna bercinta ni kau sampai memperbodohkan diri sendiri..jangan sekali-kali..ingat ye kakak2 dan abang2...jangan sekali-kali...

*aku tak tau apa motip aku tulis gini...

No comments: