Sentuhlah saya

27 April 2010

Sunat!!!!!!!

Salam,
selamat malam,
huhuhuhu...besok rabu yeay....
lagi 2 hari hujung minggu....


hari ni penat sesangat...
sebab balik sekolah kol 4,ada meeting..
aduh...hari2 penuh dengan cabaran...
umpama kata En.Bf "jangan mengeluh sayang"

Andai kata dapat ku berehat2 di tepi pantai,
sambil berjemur dan tido...@ baca novel yang tak terhabis baca....
Bahagianya hidup..
tak pe2...
belum sampai masa nak senang....
usaha tangga kejayaan....(^_^)


okey hari ni aku dihantui perasaan bengang,malu dan sengal kerana aku masuk2 kelas je dah dapat soalan yang aku rasa aku memang tak boleh nak jawab.


Pelajar CINA 1:Cikgu SUNAT tu apa?
Aku:Erk...kenapa tanya?
Pelajar CINA 2:Cikgu SUNAT tu sakit tak?
Aku:erm...tanya pelajar Melayu lelaki ye...saya tak tau nak jawab
Pelajar CINA 3:Cikgu SUNAT tu potong semua ye?
aku:???????



Aku:Apakah? Kenapakah? Bagaimanakah?....


Kau rasa2 apa aku patut jawab..banyak betul soalan diaorang ni...
pening kepala aku,kalau yang tanya tu Melayu senang aku nak bagi jawapan,sama ada rujuk kat Ustaz atau Ustazah...

Tapi aku bagi jawapan yang simple gak...
aku cakaplah..
"Bersunat bertujuan untuk mengelakkan penyakit"

ok tak jawapan tu?
diaorang cuma angguk kepala tanda faham..
tapi pelajar2 melayu dah gelakkan aku...
bongok..memang nak kena ngan aku...tunggulah korang..
aku bagi latihan karangan banyak2...hahahaha


Banyak cabaran dan banyak mulut...
kalau ikutkan baran aku memang aku dah cubit2 sapa yang ajar budak2 cina nih...
geram betul..
ada ke patut tanya kat aku...
nasiblah aku ni bukan jenis tegak...
sekurang2nya bg gak jawapan yang boleh diterima akal...

Sebenarnya sepanjang 2 minggu mengajar ni aku terasa yang....aku ni x MATANG...hahaha
aku dengan budak sekolah sama je perangai...matiklah ...camana nak jadi bini orang....

No comments: