Sentuhlah saya

30 July 2012

Miss me :)

Pakcik dan makcik...rindu saya...?
mummy bz bisnes kuih raya..nanti dia update....
saya ganti mummy...
saya rindu semua pembaca belog mummy...bye..naik main kejap..nanti sambung. (^-^)

16 July 2012

Bercuti di KL

Assalammualaikum w.b.t..
fuh..*tiup segala sawang..
al maklumlah..dah lama x update katanya..hahaha..



malam ni aku paksa diri gak update entry....
anak dengan suami dah tidur maka aku berseorangan melayan tv dan lappy.


ok..cerita dah seminggu baru nak update..ye tak..
orang lain bercuti obersea...relax saja.aku baru ke kl dah meriah..hahaha tak tahan...
katanya suri rumah,dok rumah sentiasa *tipu...En.suami selalu bawa berjalan release tension katanya..kejadah..bukan kerja opis pun nak stress bagai..hahaha


Last week,kitaorang dengan in law ke KL atas beberapa urusan.
FIL aku ada appointment dengan IJN hari selasa,dan appointment di HUKM hari rabu...

Mula2 aku memang tak nak ikut..
kewangan agak tidak memberangsangkan..pergi KL tanpa shopping (^_^') memang taklah.
Tapi rezeki last minute siapa boleh jangka kan?




Penyejuk hati kami..pantang tengok cermin mesti dia senyum,kalau nampak muka aku boleh terus gelak....yayang mummy..


My bambam besok mahu disuntik untuk bulan ke-5...sepatutnya last week,tapi dah kat kl katanya maka ditangguh...


suka peluk budak ini..hahaha...bear2 baru mummy...*En.suami please jangan merajuk hahaha

Ini adalah muka teruja nak bershopping kat sogo..hahaha..sogo jelah...rezeki akan datang tak tahu lagi..hehehe..





kadang2 aku ni dah kehabisan idea nak type apa kat blog.serius weh...aku macam kosong je..
nanti2 aku updatelah.bye...

02 July 2012

Saya kembali...tada....

Assalammualaikum...w.b.t
Selamat awal pagi...

ingat shaye lagi tak?
mummy kata sorry sebab dah lama tak on9,mummy bz dengan bisnes kuih raya dia.
Kesian mummy,hari2 penat.Tapi dia kata tak pe,nak ringankan beban babah.
Shaye sayang mummy...
Besok shaye dah 5 bulan...
shaye dah pandai meniarap dengan jayanya..mummy menangis masa tengok pertama kali shaye meniarap.



shaye...Rania Humairah =)




Tapi jangan main2 dengan mummy shaye..
mummy lagi garang dari babah...
mummy selalu pukul tapak kaki shaye dengan jari dia...sbb...shaye selalu ligat masa mummy nak tukarkan pampers.



Mummy sayang shaye,mummy selalu peluk + cium + main dengan shaye...
mummy cakap dia cuba update blog hari2..
dia rindu untuk menaip dalam blog...





Mummy cakap lagi,shaye dah banyak akal..hehehehe..
Oklah...mummy suruh stop dulu,dia nak bagi shaye minum susu sedap...bubye auntie & uncle's
i lebiu =)

16 May 2012

3 Bulan 14 hari

Assalammualaikum w.b.t
Selamat sejahtera kawan2 mummy...

Saya telah membulat dengan jayanya.
Berkat susu yang Allah beri pada mummy utk saya.

Hari ni saya nak kena cucuk lagi untuk bulan yang ketiga.
Mummy tengah pening nak pakaikan saya baju apa besok,sebab mummy cakap dengan babah..kita kena mudahkan kerja nurse,maka kerja kita pun akan mudah.

saya tak kisah pakai apa pun boleh.
baju saya dah banyak yang muat2 dan dah ada yang tak muat.

Mummy senyum2 je...mummy suruh saya doa banyak2 supaya claim babah cepat masuk,jadi nanti boleh shopping.

alhamdulillah,rezeki saya banyak.ramai kawan2 mummy bagi saya baju..nenek pun rajin belikan saya.

Mummy kata anak tu rezeki...Allah dah janjikan..
Setiap kali mummy bawa saya jalan2, mesti ada insan2 yang beri saya duit atau baju.

Mummy tolong simpankan dalam akaun.
mummy kata nanti kalau saya dah besar senang nak berbelanja untuk belajar.

ok..lah...saya nak berpelukan dan bermain dengan mummy..bubyee...



Abaikan rambut saya :p


03 May 2012

My little Snow White

Assalammualaikum w.b.t
Selamat tengah hari...

Hari ni aku agak tepu. Sebabnya, gigi aku sakit dan tekak pula perit.
Gabungan yang sangat memberangsangkan untuk aku membuta sepanjang hari.


Tapi menjadi aku adalah tidak boleh untuk membuta ye.
Aku ada si kecil yang perlu diambil kira.

Malam tadi cukup menguji kesabaran, Rania boleh berjaga pada awal pagi.ajak berbual dengan main okey.

Apa nak dikata,kata emakkan? haruslah melayan anak. Aku tak boleh nak kejut suami, sebab pagi ni dia ada mesyuarat dengan orang penting.

La ni Rania tidur dengan nyenyaknya,aku curi2 masa nak surf internet,kemas bilik, basuh baju dan kerja2 suri rumah yang lain.

Aku dah lama x memasak. kadang2 malas, kadang2 sebab snow white aku boleh jadi drama queen...

Aku tinggalkan dia kejap je depan tv, nak jemur baju, sapu sampah dan mop lantai....erk kejaplah juga.mungkin dia boring....mula2 dia membebel je,lama2 blh jadi tangisan yang kuat .
aku kelam-kabut buat kerja, bila aku sampai je depan mata dia,dia boleh ketawa....

Fine......








okey.....ebab ku sudah bangun...daaaa...




02 May 2012

Ulangtahun yang pertama (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tengah hari...

Lama aku tak menaip dalam dunia belog ni.
Entry terakhir aku yang lepas mengenai dugaan yang melanda kami.

Aku anggap itu sebagai hikmah dan kunci kejayaan kami pada masa hadapan.

Kami bermula dari bawah semula.
Tiada wang yang banyak + tiada kereta + banyak cabaran dan kesukaran.
susah aku nak berterus-terang dalam ni memandangkan semua yang berlaku adalah berkaitan dengan keluarga.Maruah seseorang harus dijaga kerana aku akan berdosa kalau bercerita hal yang sebenar.

Aku cuma berharap En.suami akan tabah untuk BANGUN SEMULA .
Ya...Allah aku cintakan suami sepenuh hati.
Aku berharap jalan yang kami pilih ni lebih bermakna.

Aku sangat bersyukur bila semua ni berlaku.
Tanpa sedar banyak hikmah yang aku dapat.
Tanpa aku sedar allah makbulkan doa2ku.

Tak pe,kita hanya merancang tapi allah yang menentukan semuanya.
aku percaya hanya kita sahaja yang mampu mengubah takdir sendiri dengan berusaha + berdoa.

Hidup baru sahaja bermula.
Aku rasa bebas dari masalah,aku mampu menyusukan rania dan yang paling penting 24/7 aku dengan rania.




aku cintakan mereka sepenuh hati.













Sebenarnya aku nak ucapkan ini kepada En.suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama pada 29 April hari tu.


'Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama abang,sayang cintakan abang sepenuh hati.Terima kasih sebab menjadi suami yang penyayang dan bertanggung jawab,terima kasih sebab menjaga kami sebaik mungkin,terima kasih untuk segala yang abang lakukan untuk sayang dan rania,kalau dunia mampu mendengar ini,sayang sebagai isteri akan sentiasa berdiri teguh di belakang abang untuk menyokong apa juga usaha yang abang lakukan,sayang sediakan bahu agar abang tahu yang sayang sentiasa ada untuk abang melepaskan lelah dan mendengar segala-galanya.....tiada apa lagi yang mampu diucapkan dengan kata-kata...semoga Allah kuatkan ikatan cinta kita hingga ke syurga'.

















aku tak pandai mengarang jadi korang jangan muntah...

*jom meraikan cinta.....


31 March 2012

Dugaan :(

assalammualaikum w.b.t

Selamat malam...beratnya rasa hati nak menaip...

Ya..allah dugaan apakah yang kau berikan kepada kami suami isteri.

subhanallah...3 hari yang berlalu ni cukup membuatkan dada aku sesak dan resah...

Bermula dengan hari khamis duit gaji aku dan suami hilang entah tercicir dimana dan kini kami berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat lagi.

Semalam berlaku satu insiden yang memang kami dah jangka akan berlaku. Cuma tak sangka waktunya adalah semalam.

Aku dan suami menangis sambil berpelukan dan disaksikan oleh rania.....
Si kecil yang seolah2 memahami perasaan mummy dan babahnya.

biarlah apa yang berlaku menjadi tauladan kepada kami agar 1 hari nanti apabila kami sudah berjaya, kami masih tahu cara menghormati dan menyayangi orang lain.

Aku berjanji dengan suami aku....walau teruk mana pun keadaan yang menimpa kami...
Kami mesti bertahan dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan...

Kalau dulu kami boleh bertahan, kenapa tak kini kami bertahan dengan lebih kuat lagi.

Allah itu maha besar, maha adil, maha pengasih dan penyayang, maha pemurah...
BErdoalah dan jangan berhenti...

Aku rasa biarlah apa yang berlaku ni umpama angin yang lalu.

tuhan terima kasih untuk Rania Humairah yang kau hadiahkan kepada kami, buah cinta kami, pembakar semangat kami, dan dia jugalah kekuatan kami.