Sentuhlah saya

05 March 2013

Sabah

Assalammualaikum w.b.t..

Selamat malam...

Rinduuuu....korang..ngehehe...*auta

Aku malas nak upload gambar masa besday Rania...*aci x?

Ni nak upload masuk pesbuk je setaun...*lap peluh..

Kebelakangan ni tengah kecoh pasal kes penceroboh kat sabah nun..
sayu hati tengok balu2 wira yang gugur semasa bertugas.Innalillah..dah sampai ajal. :'(

Tapi yang buat aku hangin ni..dalam pesbuk kecoh mengaitkan hal ni dgn politik..helloooo people..boleh guna otak x?

Hal berkaitan nyawa,tak kan kita sanggup nak perjudikan????

Kadang2 update status..macamlah kau yang pegang senjata..padahal tangan lincah je menaip di keyboard..pfft..

Kadang2 akal kurang waras aku mengatakan mereka2 yang kepoh pasal politik dalam pesbuk ni mcm tak ada perasaan...hell...

Cubalah kau bayangkan kalau ahli keluarga kau yang kena bertugas kat Sabah tu..

By the way..Lahad Datu adalah tempat asal kawan baik aku masa kat UPM.

Ila...berhari2 aku col dia..baru semalam dia angkat..risau gila.

Dia kata...keadaan kat sana waktu siang berjalan mcm biasa..cuma waktu malam..masing2 takut nak keluar kerana waktu tu pencoroboh bermaharajalela...

Ila ada kat UPM..family dia yang kat sana.Ikut apa yang mak dia cakap,kalau keadaan masih tak aman...adik2 dia akan dihantar ke semenanjung.

Pheww...aku takut sebenarnya..takut sangat..kalau2 lepas pilihanraya nanti silap2 darurat.
Rakyat sekarang ekstrem..emo...obses..

Aku tak tau apa yang mereka gilakan sbnrnya..
Hanya kerana kuasa...

Bila tengok mereka2 yang kehilangan orang yang tersayang..hati aku pilu..sebab aku masih lagi bergelak ketawa dgn Rania..berpelukan dgn suami..tapi mereka...

Suami yang diharapkan agar pulang dgn selamat ke pangkuan dah pergi selamanya..

Subhanallah..beratnya rasa..

Oklah..aku dah x mampu nak menaip..karang Batu Pahat plak banjir dgn air mata aku..

Good night..nanti2 kita sambung lagi.

23 February 2013

Handbagssssss....

Assalammualaikum w.b.t

Selamat malam..

Hehehe..aku bosan x tau nak update apa...
alang2 on9..baik kita survey design dan harga designer handbag..

Mak aihh..lepas offer masih lagi riban2...*sentap..gigit jari.
Apa nak diharap..suri rumah..tgok je lah.*nafsu x leh kawal


Hahaha..x sampai sebulan beli Handbag baru,mata dah gatal tengok yang lain.

Coach plak asyik sale memanjang...sakit jiwa ahkak tau..*sentap lagi.

ada balance duit yang En.suami bagi,ingat nakbeli wristlet coach...sekali aku terpandang handbagggggg lagi..tapi kena gosok2 En.suami dulu malam ni mintak tambah duit.*Ketawa jahat.

Confirmlah dia akan cakap..'Baru beli handbag yang hari tu'..

Pitamlah kau dapat bini mcm aku..
Kerja 'menggosok' je *eh,macam Aladdin gosok teko jin dia tu..

Bhahaha...aku x da mood nk upload gambar handbag.Setakat aku blogger picisan upload coach je...sapa heran.

Hahahaha..kalau kau tgok kakak2 blogger lain pakai Chanel lagi merintih hati kau nak..hahaha.*ni semua nafsu dan dunia semata.

eh...ok2..katil dan Lil queen dah memanggil2 ajak tido..

Nite peeps...

22 February 2013

Jauh :(

Assalammualaikum w.b.t

Selamat malam...

He's away from home..
i miss my hubby.

Bukan jauh pun, dia ke kl.Urusan kerja.
Alhamdulillah...dia maju setapak ke hadapan.

Tadi masa dia nak bertolak,dia renung2 aku dalam2...macam berat je dia nak tgalkan aku dgn anak.

Dari malam semalam lagi dia dah cakap..'kita x pnh berenggang kan?'

Sepanjang aku hidup dengan dia,ini kali ke-3 aku tidur malam tak peluk dia.*statement pitam..ada aku kisah..suami aku kan,

Kali pertama,masa baru2 kahwin.Aku ke UPM.Kali ke-2 dia terpaksa bermalam di kajang atas urusan kerja (tidak dirancang).Kali ni,atas urusan kerja juga.

Rasanya utk 1 malam ni je.Anak x merengek...mummy plak yang merengek..ceh.


Okeylah,aku lapar..malas nak ke dapur sbb x da kawan.
Good nite..babai :)

07 February 2013

Admitted :(

Assalammualaikum w.b.t
hehehe..kan aku dah cakap..azam baru nak update sekerap mungkin.
Sila hadap sampai muntah purple..lalalala

Okey..aku nak cerita pasal permulaan tahun baru yang kurang memberangsangkan..
Rania admitted..awal januari lepas..
Sebab demam virus..paed panggil RSV..
aku tak tahu makna penuh dia...


Dah tak sempat nak memikirkan,sbb risaukan anak demam tak baik2..

Ceritanya bermula bila Rania mula demam di petang hari.
Aku bawa ke klinik biasa,bagi makan ubat.
Tapi bila menjelang tengah malam,badan dia makin panas...panas yang melampau..
Aku yang pangku dia ni..tangan boleh rasa perit sebab suhu dia terlampau panas.

Aku bagi ubat macam biasa,tapi bila tak baik2 juga..aku paksa suami bawa jumpa paed.
Dan kami diminta supaya membenarkan Rania admitted..
masa ni jantung aku mcm nak gugur....sbb aku dah terbayangkan yang tangan dia mesti kena cucuk sbb nak dripp kan...

*mak pitams

Check in je,paed terus cucuk tangan rania bagi dripp..baru je budak ni nak berhenti menangis dah kena sedut kahak pulak..aku plak rasa nak tepuk je nurse yang buat prosedur ni...dah mmg itu cara2nya kan.Nampak kasar..tapi kena redhalah..kata nak anak baik...


Masa ni hari last Rania kat spital,dah tak da sedut2 kahak.Dia main tepuk2 je..masa ni aku dah beranilah nak tgok prosedur dia,kalau tak harammm...anak kena sedut kahak,mak yang melelh air mata kat hujung katil...*sobs...sobs...sobs







Masa ni tengah layan cerita kartun..lepak punya pasal..sampai tertidur kat kaki aku..sedih weh masa ni..dia x nak makan,tak nak minum..tidur nak berpangku..merengek memanjang..aku plak yang sayu....








Opkoslah...manja babah kena lebih sket...tak boleh langsung babah dia nak angkat punggung..jangan harap..ada yang meraung satu spital karang.





Ini budak kecik dapat hadiah besday awal.Babah belikan kereta.Kau tengok sampai menganga tidur syok sangat naik kereta...bosan weh..6 hari admitted..budak ni x boleh keluar lgsg dari bilik.Paed takut orang lain berjangkit.Penyudahnya..aku yang berjangkit demam..tak pe..demi anakkkk... *macam mintak sakit pulak kan..hahaha



Masa ni dia macam dah sihat sikit..tapi still merengek2 manja..cheh..hahaha..Tapi dia cukup fobia dgn orang pakai baju biru (nurse)..bila pintu terbukak je,mesti laju2 dia tgok siapa yang masuk..kalau nurse..dia terus peluk aku sambil menangis dan merengek..



Mau tak seriau..kalau aku pon sama..silap2 panjat bumbung spital..selang beberapa jam kena makan ubat..kalau sejenis x pe..ni berjenis2..belum yang disuntik..yang masuk melalui tangan..guna machine..eh peninglah...belum part sedut kahak...*pengsan..

Memanglah budak ni tak nak tgok nurse..suara paed pun dia dah cam.
Habis semua nurse yang try bagi makan ubat kena sembur dgn Rania..kira sepanjang dia admitted..agak pemeslah dalam kalangan staff2 kat situ..asal bercerita je.. 'Baby bilik mana ye?'...nanti yang lain jawab 'alah baby yang sembur ubat kat kita baliklah..'..kan????

Bila discharge..meriah r bahagian tu,semua nak bergambar dgn budak kuat sembur..x paham aku..Dia plak boleh relax je senyum2 posing amik gambar..

Al kisah..alhamdulillah..dia dah sembuh..tapi aku still berhati2..kalau demam je sket..cepat2 kasi ubat...seriau dah tgok Rania kena admitted...nehi....

ok..aku dah penat..esok sambung...bye..*lambai tangan

06 February 2013

Happy Birthday Baby :')

Assalammualikum w.b.t
aku tau dah lambat nak buat entry pasal besday Rania..
Dah lepas pun 3 februari..

Demi anakkkk....
Mummy buat juga entry khas..walaupun mummy buntu tak tahu nak tulis apa..

*lantakssss..hahaha



Dear Humairah (panggilan manja oleh mummy)

Happy Birthday Sayang...
Semoga menjadi anak yang sihat,sempurna,cerdik,berakal,berilmu dan beramal soleh.
Mummy harap Allah bantu mummy dgn fasihkan lidah yayang untuk membaca al-quran dan hadis.

Mummy sempoi...tak akan paksa yayang jadi apa yang mummy nak..
yang penting jadi manusia yang berguna,taat dan patuh kepada agama islam serta mummy dan babah...

Humairah..mummy halalkan segala sakit dan mudarat yang datang pada mummy semasa mengandungkan yayang...

Mummy halalkan setiap titis susu yang mengalir dalam tubuh yayang.

Mummy tak sempurna...
Mummy tak mahu balasan @ hadiah..
Mummy cuma nak yayang tahu yang mummy korbankan cita2 mummy untuk sementara hanyalah untuk yayang dan babah.
Mummy tak sanggup nak berpisah dengan yayang,sbb tu mummy berhenti belajar.
Mummy nak bagi babah stabil dan usaha keras untuk cari duit.
Mummy janji dgn diri mummy,bila yayang dah bercerai susu,mummy akan sambung balik cita2 mummy.

Tapi ingat 1 perkara walau apa pun yang berlaku,mummy dan babah sayang adik sangat2...sayang sangat. :')

Signature




Selalu orang letak kat bawah..tapi aku letak kat atas..amacam feeling retis..kau ada?hahahaha..

Saja nak feeling mcm blogger otai..hell...padahal harammm...hahhaha...

Dah2..jangan layan aku sangat nanti kau senget.

ok.Bye

05 February 2013

Perkara terbaik :)

Assalammualikum w.b.t.

Pheww...lamakan tak update..
aku x sempat..bz memanjang..
padahal..harammmm..pemalasss.

La ni dah bulan februari..baru hegeh2 nak laksanakan azam tahun 2013..
nak update sekerap mungkin..apakah terlaksana..*biasanya aku mimpi je :p

2012 banyak kenangan yang aku simpan kemas dalam ingatan..
Paling utama ialah kelahiran Nur Rania Humairah..buah cintaku... :)

Syukur..ahad lepas Rania dah setahun..sihat alhamdulillah..
sbnrnya bulan lepas dia admitted 6 hari kat spital..
seriau aku...korang tolonglah jaga anak baik2.Kalau demam cpt2 hantar ke klinik.Jangan biarkan.

Itu aku cerita panjang kat entry sekian..hahaha .*keji
Aku kalau boleh dah tak nak ingat perkara2 takbest yang berlaku tahun lepas.Tapi itu semualah yang buat aku lebih tabah menghadapi dugaan dan menjalani kehidupan yang sangat hebat hari ni.*kau bajet kau retis????

29 disember 2012..
aku kehilangan seorang pakcik yang aku anggap seperti bapaku sendiri.Arwah merupakan adik mama aku.Pergi mengejut..sakit pun tiba2 je..dah sampai ajalkan.
Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan mereka2 yang dikasihi.

Dah2..stop sedih2 ni..*lap air mata..jilat air hidung..hahaha :p 
Yang pergi tetap pergi..yang hidup ni beramallah..kerana mati itu pasti..

Meh aku ajak korang cuci mata tgok gambar buah hati kesayangan ni..babah & Rania..
dua2 memang kesayangan aku..



Anak aku dah pandai jalan..dah banyak akal :')
sob..sob...cepat je masa berlalu.Aku dah dengar2 suara2 merdu tanya 'dah boleh bagi Rania adik ni'...

ceh...sorang ni pun aku tercirit nak jaga.Aku tak tolak rezeki Allah..tapi buat masa ni..biarlah Rania membesar dulu.Biar dia pandai berdikari sket..

La ni pun manja bukan main..haish..

eh ok..aku dah penat..esok sambung..

bye!!!

16 November 2012

Assalammualaikum w.b.t..

hye peeps...
belog dah bersawang kan???

ampunlah...since jadi mummy ni,aku x sempat nak menaip..ada je kerjanya *tipu,aku malas sbnrnya :p

malaslah nak janji2 update ni..sementara Rania tidur ni..aku amik kesempatan menaip...sebelum tu kena sapu sampah sket kat belog ni..karang hidung gatal dok bersin2..hehehe..

Nice kan Rania dah 9 bulan lebih baru aku hegeh2 nak update...dasar...PEMS..HUHUHU

lately banyak benda berlaku..kepala aku pening memikirkan hal2 dunia ni :(

next entry aku kongsi masalah jiwa dgn korang ye..la ni layan gambar si gebu aku..
ni masa 6 bulan lebih..my Humairah :)

bye...

16 October 2012

Sweet 27 :p

Assalammualaikum w.b.t..

Hari ni ulang tahun aku yang ke-2.....17...sweet 17..kahkahkah..

aku nak cakap tu je..

masih muda..baru ada anak 1...

cuma gemuk sikit..tapi aku bahagia banyakkkkkk...
(^_^)

29 September 2012

Alhamdulillah (^_^)

Assalammualaikum w.b.t...
phewww.....aku ni berkira2 nak menaip entry ni...

Macam mana aku nak mulakan?
haish...susah plak..hahaha
internet katanya..sekali taip semua keluarkan?

Hidup kami sekeluarga berubah sekelip mata since Rania dalam hari lagi...
:'(

Kalau ini adalah dugaan yang Allah beri untuk permulaan kesenangan dan kebahagiaan kami...Aku redha.

Kurang beberapa hari sebelum Rania genap 2 bulan, kami ditimpa ujian kecil. En.suami kehilangan pekerjaan atas beberapa sebab kecil.Kami lost..down...down to earth ok..hehehe.

Lama juga aku tak surf internet,sebab masalah duit nak bayar bil....
Aku terpaksa pentingkan suami dan anak dulu.
Diri sendiri terabai tak pe.Janji suami dan anak cukup semua.

Kau bayangkan,dengan baru je ada anak kecil...isteri yang turut sama berhenti kerja...macam mana nak hidup????????

Pampers anak?makan?minum?bil?insurans?simpanan?...ya Allah...
perit....sangat perit...konflik dengan keluarga...banyak yang kami hadapi...banyak sangat.

Tapi Allah tu maha pemurah dan maha penyayang...aku ulang sekali lagi 'MAHA'.....
Aku percaya dengan pesanan kawan2 'anak tu rezeki long,Allah dah janjikan rezeki yang banyak dengan kehadiran mereka'.

Rezeki lil rani mmg tak pernah berhenti....kami ada mereka2 yang mempunyai hasad dengki ke atas kami,malah Allah dekatkan juga mereka2 yang ikhlas membantu kami.

Apa yang kami ada beberapa bulan lepas?we have nothing :'(

Tapi Ramadhan yang muncul umpama membawa 1000 rahmat :')
Aku minta izin En.Suami nak berniaga kuih raya,dengan niat nak membantu perbelanjaan untuk raya nanti.Kami memang tak rancang untuk diri sendiri,bersungguh cari duit hanya untuk Lil Rania dan kerana Allah S.W.T.

Sebab nikan tahun pertama Lil Rania beraya,sikit sebanyak dalam hati kami memang nak beraya sakan.

Tapi apa yang Allah berikan lebih besar...besar sangatttt :')
Bukan Lil Rania je bershopping sakan,malah kami juga merasa tempias rezeki allah.

*En.suami belanja handbag baru..lalalala...(pompuan jakun)

Kami suami isteri menangis...menangis dan menangis setiap kali mendapat perkara baik.Minggu terakhir puasa,memang betul2 ajaib.

Pasal study plak...erm...tak tahu nak cakap..buat masa ni..biarlah dulu.
Aku ada perancangan lain.

Ada kawan2 yang pelawa join bisnes diaorang..
Tapi En.suami tak merestui.*dia dah kaji semua bisnes yang kawan2 aku offer.
Now,aku hanyalah suri rumah sepenuh masa..*sbb tu aku gemuk...motipppp..hahaha

Apa yang Allah aturkan lebih baik...tanpa kami sedari.
Aku tengah cari kerja gak,tapi dengan separuh hati..separuh lagi ada pada lil rania...aku tak boleh nak bayangkan macam mana kalau aku berkerja nanti...kena hantar dia ke pengasuh...amaigadddddd....neeehiiiiii.

En.suami plak...dia jalankan bisnes dia sendiri...berani mati...ungkapan yang boleh aku cakapkan.
En.suami sangat tabah,sabas dan sentiasa +ve...sbb tu i love him so much.

sekarang kehidupan lebih baik dari beberapa bulan lepas....
alhamdulillah kami bahagia walaupun hidup dalam keadaan sederhana...*sederhanasangatshoppingtakingatdunia :p

aku tengah rajin mencuba pelbagai resepi kek,sebab ada permintaan suruh aku jual kek plak.
mentang2 kuih raya i laku noks..hahahaha *terjun gaung puji diri sendiri :p

Aku cubalah ye,ikutkan memang tak terlayan...ada anak kecil..lagilah tak boleh nak tunggu mak dia geledah dapur...ada keluar suara nyaring dia mintak dukung...*heippp...mengada okey lil rania.

Dahlah...ni je aku nak cerita.Tak boleh banyak2 nanti mengaibkan orang lain plak..dosa nanti masuk neraka.

Yang aku boleh cakap sekarang ni,kehidupan berjalan dengan lancar..eceh..walau ada beberapa insan yang kurang menyukai kehidupan aku...sekian terima kasih...nanti aku sambung...tatatata

28 September 2012

Miss me???

Assalammualaikum w.b.t...

Walaupun raya dah habis,aku tetap nak ucap selamat hari raya gak...huhuhuhu.
Sebelum kita sama2 bersin sebab habuk dan sawang yang banyak kat belog aku ni,biar aku sapu sket ea..*amik penyapu sapu screen lappy...kuang2...

semenjak deliver nih..kepala otak mcm ada kurang sket..banyak putus urat katanya...*ceaser...putus urat celah mana kan?meneran pun tidak :p

Aku sajikan korang dengan gambar keluarga kecilku ini...
Nampak wanita gemuk yang cantik itewww....wakakakaka *pang...sedasss....hahaha

aku sedar diri sebab gemuk (^_^') phewww...

My lil Rania,next week masuk 8 bulan...OMG..since dia lahir brapa kali je aku update belog...matiklah...tak sempat katanya layan suami dan anak...erkkkk.....layan anak lebih sikit....layan suami malam je tettttttt.....hahaha.

Aku tak mahu janji dah...nak update belog bila.sebab aku slalu tak sempat.

Banyak yang aku nak cerita kat sini...banyakkkkkk sangat :))))))

Aku rasa dah ramai kawan2 belog aku cabut...mesti cakap dalam hati 'kau delete je belog kau ni'..hehehe

Ada yang rajin sms aku tya bila nak update...*kembang kejap...
hengat aku retis orang nak baca cerita rojak mcm ni..hahaha...

update sket pasal lil Rania ..
Dia dah pandai diri dan lepas tangan,suka makan bubur campur ayam tanpa rasa..means tanpa garam.Sukakan air putih dan susu ibu,dah banyak akal,suka bergurau...eh banyak lagilah.Malas nak tepek gambar dia kat sini,sbb dalam fb aku asyiklah mengupload gbr si kecik ni.


okeyh...sat lagi aku buat entry lain plak ea.nak menggoogle jap,cari resepi kek dan biskut..tata...

30 July 2012

Miss me :)

Pakcik dan makcik...rindu saya...?
mummy bz bisnes kuih raya..nanti dia update....
saya ganti mummy...
saya rindu semua pembaca belog mummy...bye..naik main kejap..nanti sambung. (^-^)

16 July 2012

Bercuti di KL

Assalammualaikum w.b.t..
fuh..*tiup segala sawang..
al maklumlah..dah lama x update katanya..hahaha..



malam ni aku paksa diri gak update entry....
anak dengan suami dah tidur maka aku berseorangan melayan tv dan lappy.


ok..cerita dah seminggu baru nak update..ye tak..
orang lain bercuti obersea...relax saja.aku baru ke kl dah meriah..hahaha tak tahan...
katanya suri rumah,dok rumah sentiasa *tipu...En.suami selalu bawa berjalan release tension katanya..kejadah..bukan kerja opis pun nak stress bagai..hahaha


Last week,kitaorang dengan in law ke KL atas beberapa urusan.
FIL aku ada appointment dengan IJN hari selasa,dan appointment di HUKM hari rabu...

Mula2 aku memang tak nak ikut..
kewangan agak tidak memberangsangkan..pergi KL tanpa shopping (^_^') memang taklah.
Tapi rezeki last minute siapa boleh jangka kan?




Penyejuk hati kami..pantang tengok cermin mesti dia senyum,kalau nampak muka aku boleh terus gelak....yayang mummy..


My bambam besok mahu disuntik untuk bulan ke-5...sepatutnya last week,tapi dah kat kl katanya maka ditangguh...


suka peluk budak ini..hahaha...bear2 baru mummy...*En.suami please jangan merajuk hahaha

Ini adalah muka teruja nak bershopping kat sogo..hahaha..sogo jelah...rezeki akan datang tak tahu lagi..hehehe..





kadang2 aku ni dah kehabisan idea nak type apa kat blog.serius weh...aku macam kosong je..
nanti2 aku updatelah.bye...

02 July 2012

Saya kembali...tada....

Assalammualaikum...w.b.t
Selamat awal pagi...

ingat shaye lagi tak?
mummy kata sorry sebab dah lama tak on9,mummy bz dengan bisnes kuih raya dia.
Kesian mummy,hari2 penat.Tapi dia kata tak pe,nak ringankan beban babah.
Shaye sayang mummy...
Besok shaye dah 5 bulan...
shaye dah pandai meniarap dengan jayanya..mummy menangis masa tengok pertama kali shaye meniarap.



shaye...Rania Humairah =)




Tapi jangan main2 dengan mummy shaye..
mummy lagi garang dari babah...
mummy selalu pukul tapak kaki shaye dengan jari dia...sbb...shaye selalu ligat masa mummy nak tukarkan pampers.



Mummy sayang shaye,mummy selalu peluk + cium + main dengan shaye...
mummy cakap dia cuba update blog hari2..
dia rindu untuk menaip dalam blog...





Mummy cakap lagi,shaye dah banyak akal..hehehehe..
Oklah...mummy suruh stop dulu,dia nak bagi shaye minum susu sedap...bubye auntie & uncle's
i lebiu =)

16 May 2012

3 Bulan 14 hari

Assalammualaikum w.b.t
Selamat sejahtera kawan2 mummy...

Saya telah membulat dengan jayanya.
Berkat susu yang Allah beri pada mummy utk saya.

Hari ni saya nak kena cucuk lagi untuk bulan yang ketiga.
Mummy tengah pening nak pakaikan saya baju apa besok,sebab mummy cakap dengan babah..kita kena mudahkan kerja nurse,maka kerja kita pun akan mudah.

saya tak kisah pakai apa pun boleh.
baju saya dah banyak yang muat2 dan dah ada yang tak muat.

Mummy senyum2 je...mummy suruh saya doa banyak2 supaya claim babah cepat masuk,jadi nanti boleh shopping.

alhamdulillah,rezeki saya banyak.ramai kawan2 mummy bagi saya baju..nenek pun rajin belikan saya.

Mummy kata anak tu rezeki...Allah dah janjikan..
Setiap kali mummy bawa saya jalan2, mesti ada insan2 yang beri saya duit atau baju.

Mummy tolong simpankan dalam akaun.
mummy kata nanti kalau saya dah besar senang nak berbelanja untuk belajar.

ok..lah...saya nak berpelukan dan bermain dengan mummy..bubyee...



Abaikan rambut saya :p


03 May 2012

My little Snow White

Assalammualaikum w.b.t
Selamat tengah hari...

Hari ni aku agak tepu. Sebabnya, gigi aku sakit dan tekak pula perit.
Gabungan yang sangat memberangsangkan untuk aku membuta sepanjang hari.


Tapi menjadi aku adalah tidak boleh untuk membuta ye.
Aku ada si kecil yang perlu diambil kira.

Malam tadi cukup menguji kesabaran, Rania boleh berjaga pada awal pagi.ajak berbual dengan main okey.

Apa nak dikata,kata emakkan? haruslah melayan anak. Aku tak boleh nak kejut suami, sebab pagi ni dia ada mesyuarat dengan orang penting.

La ni Rania tidur dengan nyenyaknya,aku curi2 masa nak surf internet,kemas bilik, basuh baju dan kerja2 suri rumah yang lain.

Aku dah lama x memasak. kadang2 malas, kadang2 sebab snow white aku boleh jadi drama queen...

Aku tinggalkan dia kejap je depan tv, nak jemur baju, sapu sampah dan mop lantai....erk kejaplah juga.mungkin dia boring....mula2 dia membebel je,lama2 blh jadi tangisan yang kuat .
aku kelam-kabut buat kerja, bila aku sampai je depan mata dia,dia boleh ketawa....

Fine......








okey.....ebab ku sudah bangun...daaaa...




02 May 2012

Ulangtahun yang pertama (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tengah hari...

Lama aku tak menaip dalam dunia belog ni.
Entry terakhir aku yang lepas mengenai dugaan yang melanda kami.

Aku anggap itu sebagai hikmah dan kunci kejayaan kami pada masa hadapan.

Kami bermula dari bawah semula.
Tiada wang yang banyak + tiada kereta + banyak cabaran dan kesukaran.
susah aku nak berterus-terang dalam ni memandangkan semua yang berlaku adalah berkaitan dengan keluarga.Maruah seseorang harus dijaga kerana aku akan berdosa kalau bercerita hal yang sebenar.

Aku cuma berharap En.suami akan tabah untuk BANGUN SEMULA .
Ya...Allah aku cintakan suami sepenuh hati.
Aku berharap jalan yang kami pilih ni lebih bermakna.

Aku sangat bersyukur bila semua ni berlaku.
Tanpa sedar banyak hikmah yang aku dapat.
Tanpa aku sedar allah makbulkan doa2ku.

Tak pe,kita hanya merancang tapi allah yang menentukan semuanya.
aku percaya hanya kita sahaja yang mampu mengubah takdir sendiri dengan berusaha + berdoa.

Hidup baru sahaja bermula.
Aku rasa bebas dari masalah,aku mampu menyusukan rania dan yang paling penting 24/7 aku dengan rania.




aku cintakan mereka sepenuh hati.













Sebenarnya aku nak ucapkan ini kepada En.suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama pada 29 April hari tu.


'Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama abang,sayang cintakan abang sepenuh hati.Terima kasih sebab menjadi suami yang penyayang dan bertanggung jawab,terima kasih sebab menjaga kami sebaik mungkin,terima kasih untuk segala yang abang lakukan untuk sayang dan rania,kalau dunia mampu mendengar ini,sayang sebagai isteri akan sentiasa berdiri teguh di belakang abang untuk menyokong apa juga usaha yang abang lakukan,sayang sediakan bahu agar abang tahu yang sayang sentiasa ada untuk abang melepaskan lelah dan mendengar segala-galanya.....tiada apa lagi yang mampu diucapkan dengan kata-kata...semoga Allah kuatkan ikatan cinta kita hingga ke syurga'.

















aku tak pandai mengarang jadi korang jangan muntah...

*jom meraikan cinta.....


31 March 2012

Dugaan :(

assalammualaikum w.b.t

Selamat malam...beratnya rasa hati nak menaip...

Ya..allah dugaan apakah yang kau berikan kepada kami suami isteri.

subhanallah...3 hari yang berlalu ni cukup membuatkan dada aku sesak dan resah...

Bermula dengan hari khamis duit gaji aku dan suami hilang entah tercicir dimana dan kini kami berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat lagi.

Semalam berlaku satu insiden yang memang kami dah jangka akan berlaku. Cuma tak sangka waktunya adalah semalam.

Aku dan suami menangis sambil berpelukan dan disaksikan oleh rania.....
Si kecil yang seolah2 memahami perasaan mummy dan babahnya.

biarlah apa yang berlaku menjadi tauladan kepada kami agar 1 hari nanti apabila kami sudah berjaya, kami masih tahu cara menghormati dan menyayangi orang lain.

Aku berjanji dengan suami aku....walau teruk mana pun keadaan yang menimpa kami...
Kami mesti bertahan dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan...

Kalau dulu kami boleh bertahan, kenapa tak kini kami bertahan dengan lebih kuat lagi.

Allah itu maha besar, maha adil, maha pengasih dan penyayang, maha pemurah...
BErdoalah dan jangan berhenti...

Aku rasa biarlah apa yang berlaku ni umpama angin yang lalu.

tuhan terima kasih untuk Rania Humairah yang kau hadiahkan kepada kami, buah cinta kami, pembakar semangat kami, dan dia jugalah kekuatan kami.

26 March 2012

Milkbooster?

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi + tengah hari....

Maaflah dah jarang update sebab sibuk nak menyesuaikan diri dengan aktiviti baru.
syukur alhamdulillah,sekarang rania dah fully breastfeed :)

masa check yang lepas nurse kata susu aku banyak...
jadi x da masalah untuk akufully bf rania.

masalah sekarang aku x buat stock untuk rania lagi.
petang ni aku nak steril segala botol2 dan pam.
malam ni aku cuba untuk buat stock yang pertama.

aku ni azam je lebih...takut2 lepas bf rania akuterus membuta balik..bhahaha...

untuk hari ke-53 selepaskelahiran rania,aku dah berjaya sarung jeans kesayangan.
Tapi satu je lah ada lagi berhelai2 yang tersangkut kat peha,tak leh pakai...ciss..

x pe..aku nekad,kawan aku kata kalau kita ikhlas bf baby,inshaallah allah akan tolong kita kuruskan badan.Lagipun niat utama ialah jihad ke jalan Allah kan.

ok2...aku nak cerita pasal milkbooster sbnrnya.
aku tak dapat nak kenal pastimana satu milkbooster aku setakat ni...sebab apa je yang orang cakap makanan untuk banyakkan susu badan aku telan dan minum..sebelum tu akunak memperkenalkan korang dengankrim yang banyak membantu semasaaku hampir2 give up masa bf rania...tadaaa....


Bepanthen...tak mahal pon dan yang penting tak beracun.
Masa niple aku luka dan melecet aku sapu krim ni.
Alhamdulillah lepas tu luka cepat kering.








Tapipaling mujarab adalah susu badan kau sendiri
bila luka atau lepas menyusukan baby,kau picit sikit breast kau supaya susu keluar kemudian kau sapu tempat yang luka dan melecet tu dan anginkan.









Maksud aku anginkan kau biarkan breast kau terdedah kejap.
Jangan kau tayang satu rumah...hahaha..
buatlah kat tempat2 tertutup macamkat bilik kau sendiri ke.
Sebab susu kita je yang sebati dengan badan.

















Okey mari kita beralih kepada apa yang aku cuba dan amalkan untuk banyakkan susu badan.
antaranya ialah ini...

pil ni mengandungi habbatus sauda.
tak mahal pon,aku beli kat batu pahat ni sekotak RM10.00.
kau cari je kat toko2 jamu dan yang seangkatan dengannya.











sumber2 yang lain pula...
aku minum horlick,milo,mamil mama (susu untuk ibu menyusu),aku minum soya jenama MELILIA,quaker oat coklat (air minuman),quaker oat bijirin.












Dan yang lain aku makan lobak putih,sayur2an hijau macam sawi dan kailan.
ops,kau jangan pelik ye kailan bukan goreng ikan masin je tapi boleh dimasak air dan dicampurkan dengan kentang.sedap wok...rugi xcuba.











la ni aku masih mencari apa lagi makanan @ minuman yang boleh membantu untuk penghasilan susu badan yang banyak.kalau ada sesiapa yang nak membantu dengan memberi info sangat dialu2kan (^_^)

22 March 2012

Weeehuuuu...kembali lagi

Assalammualaikum w.b.t
Halloooo...sorry dah lama mummy saya tak menaip di sini...


mummy tak sempat langsung,sebab saya tak sihat.
hidung saya tersumbat.tidur tak lena,tiap2 malam resah dan gelisah je.
Mummy dan babah dah risau.....

Tapi sekarang alhamdulillah saya dah sihat.
mummy dah habis pantang 44 hari...
mummy mana boleh duduk rumah lama2...kaki dia gatal..hahaha


tadi mummy bawak saya pergi carrefour..*eh betul tak saya eja ni..kalau salah tolong tunjukkan.
sebab mummy dengan babah kejarkan offer untuk pampers saya.mummy kata kalau tak beli masa offer mahal.

mummy dengan babah dah pandai berbelanja mengikut keperluan semenjak saya ada.diaorang pon dah lama tak shopping untuk diri sendiri.

Sebab babah kata kat mummy 'sekarang kita kena dulukan Rania dalam segala hal'.
Saya sayang mummy dengan babah.

Tapi saya lebih manja dengan mummy...tiap2 malam2mesti nak berkepit dengan mummy.
Kadang2 tidur kat atas riba mummy,kadang2 celah kelengkang,kadang2 tepi kaki mummy.
Mummy dengan babah risau sangat sebab saya tidur lasak.

kalau mummy letak saya kat tengah2 antara dia dengan babah,sedar2 je saya dah terselit kat belakang badan babah.

Kalau mummy letak saya tepi mummy,sedar2 je saya dah ada kat bawah ketiak mummy...
mummy selalu bebel saya tak macam budak berusia sebulan.

Hohoho..kurang 2 minggu saya dah nak masuk 2 bulanlah mummy...
owh...sekarang ni kalau nak on9 mummy kena tunggu saya tidur lena betul baru dia on lappy.

eh...oklah...saya dah penat nak tidur dulu.nanti nak bangun nak hisap susu cap gantung...baby kawan2 mummy ...I LOVE YOU...



*sweetheart babah masa tak sihat